Cinta tak boleh dipaksa. Sehebat mana kita berusaha untuk mencuba tapi kalau hati tak mampu nak menerima, perasaan cinta itu tak akan mungkin boleh hadir dengan mudah.Sebelum ini Helina paksa dia putus dengan Haizal gara- gara Haizal bukan menantu pilihannya. Kali ini, dengan tiba- tiba Helina cuba kenalkan dia dengan seorang lelaki anak kawannya. Huh! Marsha dah tak sanggup nak teruskan niat Helina. Hati dia tak semudah itu untuk dipaksa. Lagi- lagi bila nama Haizal tetap utuh di dalam hati. Tak pernah hilang.
Helina minta dia cuba menerima. Jadi dia cuba untuk berkenalan dengan lelaki itu. Nama dia Razee. Satu keluarganya mengenali dia disebabkan dia satu- satunya anak perempuan Helina. Helina berkawan dengan Maryam, mama Razee.
Namun sepanjang perkenalan Marsha dan Razee, dia rasa ada sesuatu tak kena. Bukan dia. Tapi Razee. Razee seolah- olah sedang dipaksa. Sama seperti dirinya. Bila kali pertama mereka berjumpa di luar, lelaki itu seperti berjaga- jaga. Mungkin risau ada orang melihatnya. Itu hanya tanggapan Marsha saja.
Tepat tekaannya. Dia tak menyangka yang Razee sebenarnya milik orang lain. Tapi kenapa mamanya dan Maryam mahu kenalkan dia pada Razee. Takkan Maryam tak tahu yang Razee dah berpunya. Atau hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain? Fuh! Banyak masalah betul. Walaupun hakikatnya Marsha dah tahu yang Razee sudah berpunya, dia tetap berjaga- jaga. Risau jika tiba- tiba diserang oleh kekasih Razee.
Lain pula yang jadi. Bila mana dia diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Alia. Wanita itu mengaku yang dia hanya kawan Razee. Jauh di sudut hati, Marsha yakin Alia bukan sekadar kawan, tapi lebih daripada itu. Mereka punya hubungan.
Kalau tidak Alia tak akan cemburukan dia.
Kalau tidak Alia tak akan memilih untuk meninggalkan Razee.
Dan Marsha bukan pemusnah hubungan pasangan itu. Bukan dia.
Marsha simpan beg duit di dalam tas tangannya. Dia baru selesaikan urusan di bank. Kaki melangkah keluar dari bangunan bank. Kereta di parkir sedikit jauh gara- gara tak ada parkir kosong ketika dia sampai. Terpaksa dia menapak jauh sedikit menuju ke kereta.
Dalam perjalanan ke kereta, Marsha langsung tak sedar dirinya sedang diperhatikan. Hanya kemudian, tiba- tiba tas tangannya melorot jatuh kebawah dan dicapai oleh seorang pembonceng motosikal. Kerana tak dapat nak seimbangkan badan, Marsha jatuh menyembah bumi.
Marsha panggung wajah. Dilihatnya penunggang motosikal laju meninggalkan kawasan itu. Sudahlah kawasan ini jauh dari orang ramai sebab dia memilih tempat parkir di belakang bangunan. Pandangan Marsha jatuh pada lengan dan lututnya. Habis terkoyak di bahagian itu. Mendesis sakit Marsha melihat kesan cakar berdarah di kulitnya.
"Cik... cik okey ke?" Tegur satu suara.
Tanpa mengangkat wajah, Marsha angguk. Tapak tangannya yang terlekat batu- batu kecil dibuang. Dia menepuk- nepuk halus. Tangan menongkat ke jalan raya, Marsha terus berdiri tegak.
"Tas tangan saya kena rompak." Marsha mencari wajah itu. Seketika dia terhenyak. Wajahnya terngadah. Marsha pejamkan mata, kemudian kembali buka. Dia memang tak salah melihat. Walaupun dah bertahun berlalu, wajah itu masih kekal dalam ingatannya.
Haizal. Dia sama seperti dulu. Tak ada yang berubah. Cuma wajahnya terlihat kumis- kumis halus. Badannya sedikit tegap berbanding dulu. Agaknya disebabkan latihan sewaktu di PULAPOL itu buatkan dia berubah sebegini.
"Saya hantar cik ke hospital untuk rawatan. Kemudian, saya akan panggil polis untuk buat siasatan. Cik ada telefon? Kalau boleh hubungi keluarga cik untuk beritahu dia orang apa yang berlaku pada Cik tadi."
Tanpa suara, Marsha meraba poket seluarnya. Mujur ada telefonnya. Selalunya Marsha memang suka letak telefon di poket seluar. Senang ambil. Dalam tas tangan cuma ada beg duit dan barang- barang penting lain.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Storie breviKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: