Haura melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Akhirnya, dia berjaya juga tamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun ini. Sungguh, Haura tidak sangka dia berada di tahap ini. Tak sabar dia nak kongsi perasaan gembira ini bersama suaminya.Namun, semuanya seakan berubah bila teringatkan Hans. Hampir seminggu Hans tiada di rumah. Suaminya ada urusan di luar negeri bersama papa mertuanya. Tak semena- mena langkah yang tegap menjadi longlai. Tergesa- gesa balik pun bukan suami ada dekat rumah. Hampir seminggu juga dia menanggung rindu terhadap lelaki itu.
Masa berlalu dengan pantas, tidak sangka usia perkahwinan mereka sudah mencecah satu tahun. Hans sangat- sangat memahami dia. Suaminya sering memberikan dia semangat. Bila ada Hans dalam hidupnya, kehidupan Haura seakan berubah seratus peratus. Hans selalu ada saat dia memerlukan. Hans betul- betul mengotakan janjinya.
"Haura..." Langkah Haura terhenti. Serentak tubuh menoleh ke belakang. Senyuman yang sirna kembali terukir melihat wajah wanita itu.
"Mama." Tegur Haura. Tubuh Dr Hanisah didekati. Tangan wanita itu dicapai dan dicium hormat.
"Dah habis paper kan?" Soal Dr Hanisah. Dia juga ambil maklum tentang jadual peperiksaan menantunya. Apatah lagi saat ini Haura ditinggalkan sendiri di rumah. Ada juga Dr Hanisah mengajak dia untuk duduk bersama, tetapi Haura memilih untuk tinggal sendiri di rumahnya dan suami.
"Dah mama." Haura balas bersama anggukan.
Dr Hanisah tersenyum lega. Syukur, Haura berjaya tamatkan pengajiannya. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar sudah berakhir. Hanya tinggal menanti keputusan peperiksaan. Harapnya, Haura dapat mencapai keputusan cemerlang seperti semester- semester sebelum ini.
"Tahniah. Nanti balik rumah mama. Mama masak sedap- sedap sempena Haura dah habis belajar."
Teruja Haura mendengarnya. Laju saja kepala mengangguk. Lagipun dia ada terniat nak pergi bermalam di rumah Dr Hanisah memandangkan Hans masih belum pulang.
"InshaAllah, mama. Nanti Haura kemas- kemas baju sikit. Boleh bermalam rumah mama."
"Baguslah. Mama pun bosan tak ada papa dekat rumah. Ada Haura boleh juga teman mama." Dr Hanisah mengusap halus bahu si menantu.
"Mama nak kena gerak dulu. Sekejap lagi ada miting. Haura balik naik apa?" Sambung Dr Hanisah bersama soalan diajukan buat menantu.
"Haura naik grab, mama. Tapi mama jangan risau. Haura dah biasa." Haura yakinkan Dr Hanisah. Tahu sangat Dr Hanisah risaukan dia pabila wajah wanita itu seakan berubah. Bukan Hans tak sediakan kereta untuk kegunaannya ke fakulti, tetapi dia lebih selesa mengagunakan pengangkutan awam memandangkan dia masih lagi risau untuk memandu seorang diri.
"Okay, janji dengan mama balik rumah terus call tau."
"Okay mama." Haura naikkan jari kelingking sebelah kanan, tanda berjanji untuk hubungi Dr Hanisah setelah tiba di rumah.
"Baik, jaga diri. Mama pergi dulu." Tangannya disalam lagi Haura sebelum dia berjalan meninggalkan menantunya.
Haura memandang belakang tubuh Dr Hanisah sebelum wanita itu menghilang dari pandangan. Dapat lihat mama, terubat juga rindu pada si anak. Wajah Dr Hanisah dan Hans saling tak tumpah.
Haura berjalan ke lif untuk turun ke lobi fakulti. Sampai di bawah, dia terus menghala ke kanan, jalan menuju ke pintu ke luar fakulti. Namun, langkah Haura tersekat saat dia menangkap susuk tubuh seseorang sedang berdiri membelakanginya. Haura tak rasa dia tersilap pandang, apatah lagi dia sangat cam tubuh itu dan kereta yang berada di hadapan tubuh lelaki itu.
"Abang?" Haura berbisik perlahan memanggil nama itu. Serentak, tubuh itu terus berpusing sembilan puluh darjah menghadapanya. Seakan tahu dia sedang memanggil lelaki itu.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
القصة القصيرةKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: