'Kerana mendoakan adalah cara mencintai paling rahsia.'
Mereka tidak ditakdirkan bersama. Segala impian terbang begitu saja gara- gara tidak mendapat restu daripada seorang ibu. Melepaskan. Hanya melepaskan saja mampu melihat pasangan masing- masing bahagia. Begitulah cerita Marsha, kerana Haizal bukanlah pilihan hati mamanya, wanita itu bertegas untuk dia memutuskan hubungan.
Katanya...
"Mama tak suka lelaki tu! Dia tak sama taraf dengan kita. Marsha nak kawan mama, keluarga mama cerita belakang tentang hubungan Marsha dengan dia. Nanti Marsha yang tak sanggup dengar."
Tak sama taraf. Hanya kerana itu mama tak izinkan mereka bersama. Dengan alasan yang remeh itu. Kenapa mama selalu saja mahu mengejar kemewahan. Seolah- olah dengan duit dia boleh dapat nama. Dekat luar sana, banyak saja keluarga yang banyak duit dan kaya raya, tapi mereka langsung tak bahagia.
Money can't buy happiness. Hah! Itu ungkapan yang sesuai.
Setiap malam. Marsha akan berdiri di balkoni bilik. Membiarkan kedinginan malam menyejukkan tubuhnya. Pemandangan di hadapan di pandang sepi. Bulan dan bintang menjadi saksi kesedihan yang sedang ditanggungnya.
Walaupun sudah bertahun mereka berpisah, tapi Marsha tak mampu lagi untuk melupakan. Mereka bukan kenal sehari dua. Mereka dah kenal bertahun- tahun. Sejak dari sekolah lagi. Dari seorang kawan menjadi kekasih. Namun status kekasih itu hanya sekejap bila hubungan Marsha dan Haizal diketahui Helina.
"Apa cita- cita awak?"
"Cita- cita saya.... nak jadi bakal imam awak." Haizal sengih nakal.
Serentak hujung bibir Marsha ternaik. Tangan laju menampar lembut lengan lelaki tu. Langsung tak ambil serius dengan kata- kata lelaki itu.
"Awak jangan mengada- ngada. Tiba- tiba nak jadi bakal imam." Marsha jeling. Tangan naik memeluk tubuh.
Tiba- tiba, Haizal mara sedikit ke hadapan. Mendekati Marsha secara rapat. Tapi masih ada jarak antara mereka.
"Boleh saya nak cakap sikit dengan awak?" Serius nada suara Haizal menyoal. Riak wajahnya berubah serius.
Ternaik sebelah kening Marsha. Tiba- tiba Haizar bertukar serius. Selama mereka berkawan rapat tak pernah lagi dia tengok Haizal sebegini rupa. Selalunya Haizal dengan wajah tenangnya, wajah ketawanya yang suka mengusik. Wajah seperti ini... tak pernah lagi.
"Kita dah berkawan berapa lama?" Haizal menyaol. Wajah Marsha ditatap.
Marsha diam. Di dalam kepala sedang mengira berapa lama mereka berkawan. Tangan kanannya, satu persatu diangkat jari.
"6 tahun." Jawab Marsha. Mereka muka berkawan rapat sejak berumur 16 tahun, sewaktu mereka ditempatkan kelas yang sama. Kemudian berkawan sehingga masing- masing berumur 21 tahun. Kini Marsha pun dah tamat belajar. Tapi Haizal tak senasib seperti dia. Gara- gara tak cukup duit lelaki itu memilih untuk bekerja dari menyambung belajar.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Storie breviKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: