Dalam rasa gementar Dyana kuatkan juga hati. Tiba- tiba terasa tangannya dicapai. Dyana menoleh memandang raut wajah suaminya sebelum mata beralih menunduk pada tangan kasar yang menyulam bersama jari jemarinya.
"Jom keluar." Ajak Ezra.
Dyana angguk sekali. Bibir digigit kerana ketakutan mahu mengadap wajah mak mertuanya. Bukan kerana wajah itu sebenarnya, tetapi kerana kata- kata yang bakal didengarnya nanti.
"Jangan risau. I'm with you, Dya. Selagi abang ada dengan Dya, Dya jangan kisah apa yang mak cakap pada Dya."
Kali ini sudah masuk kali ke berapa Dyana mendengar pujukan lembut suaminya itu. Sedikit sebanyak melegakan hati yang sedang berkocak hebat.
"Dah jom sayang." Ezra lepaskan tangannya sebelum keluar dari kereta. Dyana juga buat perkara yang sama. Keluar daripada kereta kemudian mengikut langkah Ezra ke muka pintu. Rapat sungguh jarak dia bersama Ezra.
"Assalamualaikum."
Hanya dengan sekali salam, pintu rumah dibuka dari dalam. Muncul wajah garang yang menyapa di muka pintu.
"Waalaikumsalam." Abah menyahut dengan senyuman lebarnya di bibir. Nampak saja wajah abah garang tapi bila dengan anak- anak dia sangat lembut.
"Sampai pun budak berdua ni." Tambah abah lagi. Serentak Dyana dan Ezra menyalam tangan abah penuh hormat. Tak sempat Dyana nak senyum lebih muncul pula wanita yang digeruninya itu.
"Baru jumpa jalan balik kampung." Ada nada sindiran keluar dari mulut mak.
Dyana sudah menyorok di belakang tubuh suaminya. Hujung baju Ezra dipintalnya. Bila Ezra menyalam tangan maknya Dyana juga buat perkara sama. Takut itu satu hal. Adab dengan orang tua pun kena tahu juga.
"Sorry mak. Along dengan Dya sibuk sikit kerja dekat bandar." Ezra menjawab bagi pihak mereka berdua. Mak menjeling mendengar jawapan Ezra.
"Kerja tu takkan habis dekat sana. Kalau tak puasa, raya memang tak muncul lah korang berdua."
"Dah lah tu Jah, budak berdua ni baru je sampai. Awak dah membebel dekat mereka. Bersyukurlah dia orang balik nak jenguk awak, kalau tak sampai bila- bila awak nak membebelnya." Abah menyampuk. Menggeleng kepalanya melihat perangai isterinya. Bagi dia, tengok wajah anak dan menantu pulang pun satu nikmat yang perlu disyukuri. Bukan senang Ezra dan Dyana mahu pulang ke kampung kerana sibuk dengan kerja mereka.
"Bukan main lagi abang bebelkan saya depan anak dan menantu abang." Mak menjawab dengan nada tak puas hati. Berpeluk tubuh dia memandang suaminya.
Ezra keluh perlahan. Masalah dia jarang balik jadi punca pergaduhan mak dan abah. Cepat- cepat Ezra mematikan niat abah untuk bebel mak kembali.
"Dah lah abah. Along pun dah balik ni."
"Balik pun kalau sekadar hantar isteri buat apa." Hambur mak sebelum berlalu pergi ke dapur meninggalkan mereka bertiga. Terlepas keluhan berat dari bibir abah. Kalau tak kerana ada Dyana di depan matanya, dah lama dia hambur isterinya.
Dyana yang berada di belakang sudah mengemam bibir. Ketakutannya meningkat. Sebelum mereka berkahwin mak baik saja dengan dia. Selepas berkahwin juga pun sama. Tetapi bila masuk tahun pertama dia tak mengandung mak terus berubah. Sehinggalah tahun- tahun yang seterusnya.
Selagi dia tidak disahkan mengandung, selagi itu mak akan melayan mereka begitu. Sampaikan pernah Dyana makan hati dengan kata- kata mak dua tahun lalu. Disebabkan itu Ezra jarang bawa dia balik ke kampung sebab tak nak bagi dia terasa mendengar sindiran mak.
"Dah bertahun- tahun kahwin tapi seorang anak pun tak keluar. Dyana tu mandul agaknya sampai tak boleh nak lahirkan anak buat kamu. Kamu tu mampu Along. Pergi cari isteri lain yang boleh mengandungkan anak kamu. Mak ni penat nak dengar orang- orang kampung asyik menyoal bila nak ada cucu. Nak harapkan adik kamu tu sekolah lagi."
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: