DEMI CINTA II

970 70 5
                                    


Irham pandang susuk tubuh Erra yang terbaring. Erra nampak lemah dan tak berdaya. Sebelum dia sampai tadi jururawat ada beritahu Erra dah sedar tapi sekarang wanita itu kembali tidur.

Irham letakkan makanan dan minuman di atas meja. Tanpa sengaja dia dah mengacau lena wanita itu. Saat itu mata mereka saling beradu. Mata Erra merah dan sembab. Mungkin kerana wanita itu baru saja lepas menangis.

"Apa you buat dekat sini?"

Irham keluh perlahan. Tengah sakit pun masih nak menyakitkan hati dia. Ada saja yang tak kena dengan dia pada pandangan wanita itu.

"Aku nak melawat. Takkan tak boleh?"

Erra diam. Tiada balasan keluar dari mulutnya. Mungkin dah penat kerana bila berlawan mulut dengan Irham yang pastinya dia akan kalah.

"Aku ada bawa makanan dari rumah. Makanan untuk orang berpantang." Irham beritahu tujuannya ke sini. Bukan kerana itu saja, dia jatuh kasihan melihat Erra keseorangan. Erra dah tak ada sesiapa. Jadi sebagai orang paling rapat dia rasa dia perlu ada dengan wanita itu. Lagipula Erra telah kehilangan anak yang dikandungnya.

"You tak jijik dengan I, Am?" Soalan itu keluar dari mulut Erra. Sejak Irham datang kembali dalam hidupnya, semuanya berubah.

"Kenapa pula nak kena jijik?"

"You tak perlu buat tak faham Am. I kotor. I jijik. I berdosa. Bila you baik dengan I macam ni I rasa tak selesa." Erra beritahu hal yang sebenar. Dia tak nak Irham ada di sini kerana simpati.

Irham tersenyum nipis. Tak berdaya lagi nak menegur Erra. Jauh di sudut hati dia tahu Erra dah mula rasa terkesan dengan setiap yang berlaku pada dirinya.

"Kau lapar? Aku bawa ikan rebus dengan sayur." Irham buka plastik bekas makanan. Dia gerakkan meja makan meja di hadapan katil ke arah Erra.

Erra mendongak pandang Irham. Saat ini dia rasa serba salah dengan Irham. Dan paling utama dia rasa berdosa. Berdosa pada DIA, berdosa pada semua yang pernah dia sakiti, dan berdosa pada diri sendiri.

"Jangan baik sangat dengan I, Am. I tak layak terima kebaikan you."

"Semua orang berhak dapat peluang kedua. Takkan kerana kau buat satu kesilapan, aku perlu tutup semua kebaikan kau. Manusia boleh berubah. Hati pun boleh berubah. Tak salah untuk rasa menyesal dengan perkara yang lepas dan berubah demi kebaikan diri sendiri." Kata- kata Irham cukup mendalam sehingga Erra terasa insaf.

"Makan ni. Lepas dah makan boleh berehat semula." Arah Irham sebelum dia meninggalkan Erra sendirian di dalam bilik.

Keluar saja bilik, Irham memegang dada sendiri. Kenapa dia rasa detakan jantung dia seakan berdetak seperti dulu...

Di mana dia merasakan cintanya masa ada.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Erra rasa serba salah sangat dengan Irham. Irham banyak tolongnya. Sejak dia keluar dari hospital dan seminggu dia berpantang di rumah. Irham tak pernah terlepas nak sediakan keperluan dia seperti makanan.

Cuma yang membuatkan Erra rasa tak senang bila tiba- tiba Irham buat keputusan untuk berkahwin dengannya.

"Kita kahwin. Aku boleh tolong jaga kau. Dalam keadaan sekarang ni bantuan aku terbatas." Lancar saja ayat itu keluar dari mulut Irham. Seperti langsung perkahwinan itu hanya perkara mudah bagi dia.

"You bermimpi ke, Am? Kalau mimpi tolonglah bangun. Jangan buat permintaan mengarut dekat I." Erra rasa tak betah dengan lamaran Irham yang tiba- tiba itu. Apa yang membuatkan lelaki itu buat keputusan untuk menikahinya? Kerana kesian atau simpati?

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now