Tiga bulan kemudian,
Bangun daripada tidur Ezra terus mencari isterinya. Celik mata tadi kelibat Dyana yang sering berada di sebelah sudah tiada. Selepas membersihkan diri, langkah Ezra dibawa menuju ke tingkat bawah rumahnya. Seperti biasa, isterinya dicari dahulu.
Sudah diagak, Dyana berada di bawah. Wanita itu sedang membuat kerja di dapur. Bukan main lagi fokus memasak. Langkah dihayun mendekati sang isteri. Mendekat saja tubuh itu Ezra sauk masuk kedalam pelukannya membuatkan Dyana sedikit tersentak dengan kemunculannya yang tiba- tiba itu.
"Good morning sayang." Perlahan nada suara Ezra bersama kepala melontak diatas bahu isterinya. Sesekali pipi yang terhidang di depan mata itu diciumnya.
"Morning abang." Dyana membalas dengan senyuman mekar di bibir.
Bila dapat melihat senyuman isteri di pagi hari barulah Ezra melepaskan pelukan. Beri ruang buat Dyana membuat kerjanya kembali. Risau nanti kerja Dyana kemana, mereka kemana.
"Awal sayang masak breakfast pagi ni?" Ezra menyoal. Dia bawa tubuh ke kerusi di meja island di dapur rumahnya itu. Mata masih lagi tunak memandang setiap perbuatan isterinya menghidangkan makanan diatas meja.
"Pukul 10 nanti kan abang nak bawa Dya pergi pasar nak beli barang dapur yang mak suruh. Nanti lambat pergi takut habis pula barang dekat sana." Dyana mengingatkan balik rancangan Ezra malam tadi.
Pada keesokan hari umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti- nantikan sepanjang tahun. Sungguh Dyana juga tak sabar nak menyambut bersama dengan suaminya tahun ini.
Namun, Dyana sedikit terkilan. Di awal ramadhan, Dyana tak dapat nak sambut puasa bersama Ezra. Lelaki itu perlu ke Kedah untuk seminggu atas urusan kerja kali ini. Dan Dyana 'terpaksa' duduk di rumah keluarga mertuanya.
Ikutkan hati Dyana mahu saja duduk di rumah sendiri. Bukan dia tak biasa ditinggalkan tetapi bila Ezra sudah beri arahan Dyana tak mampu nak menolak permintaan suaminya. Walaupun hati Dyana sudah mula rasa gelisah bila terfikirkan dia berada disana sendirian bersama keluarga Ezra.
Dyana mempercepatkan kerjanya. Pagi itu dia hanya masak Nasi Goreng saja memandangkan selepas membeli barang nanti mereka akan terus pulang ke kampung. Ezra akan tidur sekali disana dan bersahur kemudian bila hari sudah cerah barulah suaminya akan bergerak ke Kedah.
Ezra pandang wajah isterinya yang agak berlainan pagi ini. Tanpa perlu Dyana mengatakannya dia sudah tahu apa yang sedang difikirkan wanita itu. Dyana takut nak berhadapan dengan mak disebabkan mereka masih lagi belum mempunyai anak.
Sungguh Ezra juga dihurung perasaan yang sama. Risau nak tinggalkan Dyana di kampung. Tetapi Ezra buat keputusan bawa Dyana ke kampung juga disebabkan dia tak mahu Dyana kesunyian di rumah menyambut ramadhan bersendirian. Sekurang- kurangnya di kampung ada abah dan Eza yang boleh menemani.
"Dya okey?"
Dyana panggung wajah pandang suaminya. Hanya seketika barulah kepala dia mengangguk. Ada terselit senyuman nipis ditayangkan.
"Dya okey. Kenapa abang tanya Dya macam tu?" Dyana menyoal balik. Tangan ligat menyendokkan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya. Kemudian pinggan itu diletakkan dihadapan suaminya.
"Abang perasan sejak semalam abang beritahu Dya yang abang kena pergi Kedah lepastu hantar Dya duduk rumah mak muka Dya jadi lain. Dya tak selesa ke duduk rumah mak?"
Dyana tersenyum. Kemudian dia menggeleng kecil.
"Dia dah anggap mak tu macam mak kandung Dya abang. Cuma hati Dya risau. Fikiran Dya ni tak lari nak fikir yang bukan- bukan. Dya bukan nak cakap mak abang jahat ke apa tapi Dya takut mak masih persoalkan tentang kekurangan Dya tu."
"Dya tahu Dya ada abang kan." Ezra bawa tangan Dya ke dalam genggamannya. Tangan itu diusapnya hangat. Menyalurkan secebis kekuatan buat Dyana. Mudah- mudahan resah Dyana itu hilang sedikit. Walaupun tidak banyak mana.
"Tapi abang sekejap je dengan Dya. Lepas subuh abang dah gerak pergi. Seminggu abang tak ada dekat sisi Dya. Dya takut Dya tak boleh nak hadap mak."
Itu yang dia takutkan selama ini. Bertahun- tahun mereka berkahwin Dyana selalu saja mengelak nak balik rumah keluarga Ezra. Bukan tak pernah balik tetapi agak jarang sekali gara- gara dia takut mendengar bebelan mak tentang mereka berdua.
"Abang percaya Dya. Kalau mak tanya soal itu Dya jangan layankan sangat. Lama- lama mak tu penat lah bercakap benda yang sama." Lembut pujukan Ezra pada isterinya.
"Kalau abang boleh balik cepat abang balik tau."
"Abang belum pergi lagi Dya dah suruh balik cepat. Dya rindu abang eh." Usik Ezra. Tangan sebelah yang bebas itu diciut hidung isterinya. Dyana tergelak.
"Abang ada atau tak ada memang Dya tetap rindu abang. Macam mana lah kalau betul- betul abang tak ada depan mata Dya. Mesti Dya meroyankan."
"Ada pula cakap macam tu. Sebelum ni bila abang cakap macam tu puas abang kena bebel dengan Dya sebab tak suka abang ungkit hal itu."
"Sesekali beringat tak apa kan. Cuma Dya harap yang kalau ditakdirkan salah seorang daripada kita yang pergi dulu Dya nak pergi dulu. Dya tak sanggup abang pergi dulu. Hati Dya tak kuat nak lepaskan abang. Sekurang- kurangnya kalau Dya pergi dulu abang boleh cari pengganti Dya. Perempuan tu boleh lahirkan anak untuk abang." Tak semena- mena selepas Dyana habiskan ayat, bibir lembut suaminya melekap pada bibirnya. Terkesima Dyana dibuatnya.
"Dah lah abang tak nak dengar Dya cakap macam tu. Dalam hidup abang ni hanya Dya saja yang abang nak. Faham?" Ujar Ezra selepas melepaskan ciuman. Serta merta hati dia rasa tak sedap hati.
Dyana angguk kecil bersama senyuman. Tangannya diangkat lalu dibawa ke pipi suaminya. Diusap pipi sehingga rahang suaminya yang berbulu nipis.
"Faham. Kita stop okey. Dya dah lapar sangat ni sebab malam tadi tenaga Dya habis gara- gara orang tu kata nak lepaskan rindu sebulan tak dapat nanti." Tutur Dyana penuh makna. Sempat dia melirik nakal kearah suaminya sebelum menyuapkan satu sudu nasi goreng kedalam mulut.
Ezra di sebelah tersengih. Tergeleng- geleng kepalanya mendengar usikan Dyana. Bukan main lagi Dyana mengusik dia tentang hal malam tadi.
Alahai, sayang...
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Bersambung
Jangan lupa vote, comment and share💗
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: