Irham lega. Hanya dengan sekali lafaz dia sah bergelar suami kepada Erra. Tak terungkap perasaannya saat benar- benar DIA memakbulkan doanya untuk hidup berdua dengan Erra. Memang itu doanya dari dulu. Walaupun dalam tempoh itu dia terpaksa melepaskan Erra pada lelaki lain sebelum Erra menjadi miliknya.Dia naik melangkah ke bilik. Erra memang dah tunggu di dalam bilik. Lepas makan malam tadi Erra terus naik ke atas. Dia faham Erra penat dengan majlis hari ini. Sebab tu dia tak halang bila Erra nak rehat awal.
Sewaktu Irham buka pintu bilik, dalam masa yang sama juga pintu bilik air terbuka dari dalam. Pandangan mata mereka saling beradu. Tetapi pantas Erra larikan pandangan. Erra berdehem halus. Hilangkan rasa janggal yang menyapa mereka.
Melihatkan Erra yang tak tentu arah bila ada dia di dalam bilik, Irham memanggil mendekati. Ada perkara yang ingin dibincangkan malam ini. Lagipun perbincangan ini akan menentukan hala tuju mereka berdua.
"Aku nak cakap sikit dengan kau." Irham tepuk ruang kosong di sebelahnya.
Tak banyak bunyi Erra terus mengambil tempat. Jarinya saling dimainkan. Wajah menunduk menekur ke lantai. Langsung tak memandang suaminya.
"Nak cakap apa?" Erra pula kembali menyoal bila Irham tiba- tiba mendiamkan diri. Kepalanya mendongak mencari wajah lelaki itu. Saat itu barulah dia nampak jelas senyuman yang terukir di bibir Irham.
"Barulah aku nampak muka kau. Kalau tidak menunduk aje. Apa lah yang menarik dekat bawah tu. Kalau pandang muka aku dapat juga pahalanya."
Erra berdecit halus bila Irham mengenakan dia.
"Cakaplah cepat." Gesa Erra tak mahu Irham membuang masa. Dia nak tidur. Eh tak! Sebetulnya dia nak mengelak dari isu malam pertama itu dibangkitkan. Dia tak bersedia.
Irham tergelak kecil. Garang sangat tengok bini dia.
"Cuba muka tu senyum sikit. Garang sangat. Dah macam harimau."
"Irham!" Menjegil anak mata Erra.
"Ye lah, aku minta maaf. Nak gurau sikit pun tak boleh." Irham cuit puncak hidung isterinya.
Sentuhan di hidung itu buatkan Erra terkejut. Wajahnya berubah reaksi tetapi masih dikawal supaya tidak kelihatan.
"Terima kasih sebab sudi jadi isteri aku."
"Dah banyak kali you cakap benda yang sama. You tak penat ke?"
"Selagi semuanya tentang kau. Aku tak penat nak berterima kasih." Ayat penuh maksud itu diungkapkan.
"I tak faham."
"Tak perlu faham lah." Irham senyum kecil.
"Malam ni malam pertama kita..." Tak sempat Irham nak habiskan ayat laju Erra dah memintas ayat lelaki itu.
"Am, I tak bersedia lagi. Boleh ke kita tangguhkan dulu malam ni? I harap you faham sangat." Erra harap Irham tak marahkan dia sebab cuba menolak keinginan lelaki itu. Memang dia hak Irham selepas mereka sah bernikah, tetapi untuk sejauh itu Erra belum ada keberanian lagi. Dia risau.
Risau kalau Irham tak boleh menerima kekurangan dia.
"Aku tak habis cakap lagi pun, Ra. Dari dulu kau memang suka pintas ayat aku. Cuba bagi aku cakap dulu." Tergelang- geleng kepala Irham. Berkerut dahi Erra nak memahami maksud suaminya.
"Aku tak minta pun untuk kita lakukan hubungan tu dalam keadaan kau masih tak bersedia. Aku faham dan tak akan paksa kau untuk tunaikan tanggungjawab tu. Kau janganlah risau sangat. Selagi aku tak dapat green light daripada kau, aku tak akan sentuh kau." Tutur Irham seakan berjanji akan berikan Erra sedikit ruang dan masa untuk hubungan mereka.
Erra rasa tersentuh bila Irham memahami dia. Kadang kala dia rasa sebak bila Allah takdirkan Irham untuk ada dengan dia. Membimbing dan mendidik dia kembali ke jalanNya.
"Terima kasih sebab faham I." Ucapan itu ikhlas daripada hati. Mungkin belum tiba masanya lagi. Tapi Erra yakin suatu hari nanti dia pasti akan serahkan hak Irham juga. Dia tak mahu dera hati dan perasaan Irham.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Irham dah mula kerja setelah mengambil cuti dua minggu selepas majlis perkahwinan mereka. Sepanjang cuti dia banyak habiskan masa dengan Erra. Bawa pergi bercuti dan pergi tempat yang Erra nak. Sehabis baik dia cuba tunaikan impian Erra untuk membahagiakan wanita itu.
Hubungan mereka makin rapat. Erra dah tak rasa kekok berdua- duaan dengan Irham. Suaminya banyak membantunya melupakan kenangan lalu bila Erra sesekali akan teringat akan dosa silamnya.
Namun bila melihat Irham berdua dengan wanita lain dia pula yang rasa sakit hati.
"Dah nampak ada isteri nak juga menggedik- gedik dengan laki aku." Erra mengomel sendirian. Matanya tajam menikam ke arah gadis muda yang perlukan khidmat fotografi Irham. Selain kerja di pejabat, Irham kerja mengambil gambar. Kiranya bidang kedua ini Irham jadikan sebagai side income bila ada masa terluang saja.
Disebabkan Erra kebosanan di rumah, dia minta Irham bawa dia sekali jumpa client. Tapi bila dah ikut kenapa dia pula rasa sesakit ini.
"Saya pilih konsep ni lah. Yang lain saya tak kisah. Saya ikut abang." Gadis itu tersenyum manis pada Irham. Apatah lagi perkataan abang yang meniti dibibirnya sengaja dilengokkan manja.
"Baiklah saya akan cuba buat yang terbaik." Irham balas. Mata sempat mengerling ke arah isterinya bila dia perasan Erra seakan tak duduk diam.
"Saya balik dulu abang. Jumpa minggu depan." Gadis itu meminta diri.
Irham balas dengan senyuman. Sempat gadis itu menghulurkan tangan kepada Erra namun Erra sambut dengan kasar. Tak ada hati nak berbaik- baik dengan orang yang cuba nak ambil perhatian suami dia.
"Kenapa ni?" Soal Irham. Tubuh dipusingkan menghadap Erra. Irham tahan gelak bila mana melihat muncung Erra yang panjang.
"Tak ada apa. I okay je." Balas Erra mendatar. Dia malas nak panjangkan isu. Lagipun bukan Irham yang buat masalah tetapi gadis itu.
"Aku tahu kau tak okay. Dari tadi aku perasan kau macam nak terkam budak tu. Apa salah dia pun aku tak tahu."
Erra berdecit perlahan. Dah sah- sah gadis itu cuba nak dekat dengan dia takkan lah Irham tak boleh nak perasan semua tu.
"Lelaki memang sama kan. Nampak perempuan lain si-" Tak habis Erra habiskan ayat laju tangan Irham menekup mulut isterinya. Tak suka bila Erra cuba nak samakan dia dengan lelaki di luar sana.
"Aku tak sama macam lelaki lain." Tekan Irham.
"Lagipun bukan salah aku pun kan. Kau sendiri nampak siapa yang menggedik dengan siapa. Dia kan? Aku memang dah elak dari awal."
"Tapi you nampak suka. Kalau tidak you dah awal- awal tegur sikap dia." Erra masih protes.
"Selagi dia tak sentuh aku tak ada alasan untuk tegur dia. Mungkin memang perangai dia begitu dengan semua orang. Nanti kalau tegur, tak pasal- pasal aku terlepas projek ni."
"Jadi dia lagi penting lah?" Sakit hati pula Erra dengan jawapan suaminya.
"Tak, sayang. Aku tak maksudkan macam tu. Kita husnudzon je lah ye yang dia memang begitu dengan semua orang. Lagipun yang lagi penting sekarang bagi aku adalah... kau." Irham usap- usap lembut pipi isterinya. Nak redakan kemarahan Erra. Atau sebenarnya perasaan cemburu yang tak dapat dibendung melihat Irham bersama wanita lain.
"Next week I ikut you kerja." Erra dah beritahu awal- awal supaya dia dapat pergi ke majlis itu nanti.
"Boleh sangat. Tak ada lah nanti orang tu was- was dengan perasaan kita." Irham mencuit puncak hidung Erra. Nak tergelak dia dengan perangai Erra. Makin lama makin keluar sisi yang tak pernah Irham nampak.
Sekurang- kurangnya itu adalah satu petanda baik untuk hubungan mereka berdua.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Bersambung
Erra dah ada tanda- tanda cemburu. Maknanya apa?
Last part untuk malam ni, esok saya sambung sampai ending.
Yang penting jangan lupa vote, comment dan share. Terima kasih🫶🏻
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: