Keluar saja dari pintu perpustakaan, Haura terima mesej dari Dr Hanisah. Kerana rasa ingin tahu, dia laju membuka pesanan yang dihantar. Mata tunak pada skrin telefon dan perlahan dia membaca isi mesej yang dihantar.Daripada : Dr Hanisah
Assalamualaikum Haura. Ini saya Dr Hanisah.
Awak ada kelas harini? Saya nak jumpa awak sekarang boleh?Haura tak terus membalas, namun dia terus menghubungi Dr Hanisah untuk bertanyakan sesuatu.
"Assalamualaikum Dr." Salam diberi pabila panggilan disambut dari sana.
"Waalaikumsalam Haura. Awak dah habis kelas ke?" Dr Hanisah terus menyoal tujuan asalnya mencari Haura.
"Saya dah habis kelas pukul 2 tadi. Sekarang saya baru keluar dari perpustakaan. Nak balik ke rumah." Dia sempat duduk siapkan assignment di perpustakaan selama satu jam tempoh yang diberikan, setelah itu ada pelajar lain yang ingin menggunakan komputer.
"Awak jumpa saya boleh? Saya tunggu dekat tempat parking bawah fakulti."
"Boleh Dr." Setuju Haura tanpa tahu sebab Dr Hanisah ingin berjumpa dengannya.
Apabila panggilan ditamatkan, Haura terus berjalan ke fakulti. Mujurlah jarak ke fakulti dari perpustakaan tidak jauh sangat. Hanya lima minit saja berjalan dari tempatnya berdiri. Setibanya Haura di lobi fakulti, mata melilau mencari kelibat Dr Hanisah. Saat itu dia terpandangkan empunya tubuh yang berdiri di sebelah kereta tidak jauh dari tempatnya. Kaki Haura terus melangkah ke sana.
"Kenapa Dr nak jumpa saya?" Haura tanya soalan yang dia tak sempat nak bertanyakan sewaktu di dalam panggilan telefon tadi.
"Awak free kan?" Soalan berbalas soalan. Hanya jua, Haura angguk menjawab soalan Dr Hanisah walaupun wanita itu tidak lagi menjawab soalannya.
"Ikut saya naik kereta." Arah Dr Hanisah tanpa cakap lebih.
Dahi Haura sedikit berkerut. Tetap saja dia patut setiap arahan Dr Hanisah. Dia yakin Dr Hanisah tak ada niat jahat, sebab itu tanpa banyak soal dia hanya mengikut saja. Di dalam kereta mewah Dr Hanisah, Haura selesakan duduk. Kereta yang dipandu berjalan keluar dari universiti.
Sepanjang perjalanan, Haura dan Dr Hanisah sempat berbual. Semuanya soalan berkenaan diri dia. Tanpa Haura sedar, kereta Dr Hanisah berhenti di hadapan sebuah kedai komputer. Kepala Haura langsung menoleh kepada Dr Hanisah.
"Saya dah niat nak belikan laptop baru untuk awak. Jom kita turun." Tak sempat Haura menyoal kedatangan mereka di sini, Dr Hanisah seakan dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikirannya.
"Be- betul ke ni Dr?" Soal Haura masih tidak percaya.
Dr Hanisah mengangguk mengiyakan. Tiada sebab dia nak mempermainkan perasaan Haura. Malah bila dia tahu latar belakang Haura buatkan hati dia bertambah kasihan. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Haura tetap jua mahu meraih sebuah kejayaan yang ingin dibawa pulang ke kampung.
Haura mengikut langkah Dr Hanisah dari belakang. Sementara Dr Hanisah mula melilau mata mencari laptop untuk diberikan kepada Haura. Saat dia berkenan dengan sebuah laptop, dia menarik tangan Haura berdiri di sebelah.
"Saya pilih ni boleh? Bagus laptop ni." Dr Hanisah melirik pada Haura.
Haura melihat tag harga. Membulat biji mata dia melihat harga yang mencecah ke angka 3 ribu.
"Kita pilih yang lainlah Dr. Mahal sangat laptop ni."
"Saya tak kisah bab harga Haura. Selagi berguna untuk awak pakai siapkan kerja awak tu dah memadai bagi saya untuk hadiahkan laptop ni."
Haura gigit halus bibir bawah. Dia jadi segan dengan Dr Hanisah. Wanita itu sangat baik dengannnya.
"Saya..." Tak sempat Haura sudahkan ayat, kata- katanya dipintas oleh Dr Hanisah.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: