UJIAN YANG INDAH V

1.3K 82 10
                                    



Dua bulan berlalu. Dalam tempoh itu juga Dhiara tak bertemu dengan suaminya. Menipulah kalau kata Dhiara tak rindukan Nuh. Ya, dia rindu! Dia akui dengan perasaan sendiri. Mengingatkan kembali setiap layanan dia kepada Nuh pada malam itu buat Dhiara rasa menyesal.

Dhiara masih tinggal di rumah keluarga Nuh. Mummy menjaganya dengan baik sekali. Malah, mummy buat dia tersedar atas kesilapan dia pada Nuh. Nuh tak layak dihukum sebegitu. Kerana emosi dia waktu itu, dia minta Nuh pergi dari hidup dia.

Sedangkan saat ini, Dhiara sangat- sangat perlukan suaminya. Dia rindukan wajah itu. Dia rindukan suara Nuh yang mampu mencairkan hatinya. Dia rindukan belaian dan kasih sayang suaminya. Dia rindukan semuanya. Namun semua itu hanya tersimpan di dalam hati. Tak mampu untuk diluahkan dengan kata- kata mahupun menunaikan hasrat dia untuk kembali kepada suaminya.

Dhiara dah tak salahkan Nuh atas kepergian anaknya. Malah sepanjang ketiadaan Nuh dia banyak muhasabah diri. Apa yang terjadi pada diri dan anaknya tentu ada sebab. Mungkin belum ditakdirkan buat mereka untuk menimang cahaya mata. Cuma waktu itu Dhiara masih belum sedar. Dia masih lagi mahu menyalahkan Nuh dan takdir yang telah tertulis buatnya.

Dan disebabkan dia juga, mummy dan daddy rindukan anak- anak dan cucunya. Nuh tak pulang ke rumah kerana tak mahu buat dia tertekan. Nurin, adik iparnya juga tidak pulang ke rumah gara- gara tak mahu buat dia sedih pabila melihat wajah bayinya yang lahir empat bulan lepas. Semuanya kerana mahu menjaga emosi dia yang kehilangan anak.

"Dhia..."

Dhiara tersentak saat mendengar suara dari belakang. Mummy muncul bersama dulang makanan. Dhiara tersenyum memandang mummy. Dia bertuah memiliki mummy sebagai mentuanya. Mummy layan dia baik sangat walaupun Dhiara dah buat anak lelakinya kecewa.

"Jauh termenung." Mummy letakkan dulang di atas meja bulat. Walaupun dia sudah habis berpantang, mummy tetap juga menyediakan makanan sihat untuknya. Ianya kerana mummy mahu dia sihat kembali seperti sebelum ini dan menjaga badan kembali. Kata mummy, badan perempuan kena jaga. Lagi- lagi bila dah kahwin. Lama nak guna badan.

Dhiara tersenyum nipis. Mummy ambil tempat di sebelahnya. Pandangan mummy terhala pada Dhiara.

"Dhia fikirkan apa? Sejak dua menjak ni mummy nampak Dhia macam fikirkan sesuatu. Dhia masih teringatkan anak Dhia lagi?"

Tipulah kalau kata Dhiara tak terfikirkan anaknya lagi. Cuma kali ini dia menidakkan sangkaan mummy. Dhiara menggeleng kepala.

"Dhia dah redha mummy. Betul kata mummy, tak elok kita bersedih pada orang yang dah pergi. Dhia yakin yang anak Dhia sedang tunggu Dhia di depan pintu syurga. Cuma Dhia..." Kata- kata Dhiara terhenti. Berat hati untuk meluahkan. Seolah- olah dia sedang menjilat balik ludah sendiri.

"Dhia rindukan... abang." Akui Dhiara.

Wajah mummy berubah. Terkejut mendengar luahan hati menantunya. Di dalam hati, dia panjatkan rasa syukur kerana DIA telah melembutkan hati Dhiara untuk mengingati Nuh.

"Dhia menyesal mummy. Dhia terlalu ikutkan emosi. Dhia tahu Dhia dah terlambat nak minta maaf dengan abang. Tentu abang dah bencikan Dhia juga. Dhia isteri yang derhaka. Dhia tak layak untuk abang. Kalau mummy nak Dhia tinggalkan abang sekalipun... Dhia redha. Dhia tak mampu nak jadi isteri terbaik untuk anak mummy." Dhiara sudah teresak. Saban hati dia teringatkan Nuh, tapi dia tak mampu nak meluahkan. Malah dia tak ada kekuatan untuk berterus terang. Dia takut Nuh dah mula bencikan dia.

Mummy dekatkan tubuh. Tangan Dhiara dicapai dan digenggam. Kepalanya menggeleng menafikan kata- kata Dhiara.

"Percayalah. Nuh tak bencikan Dhia. Mummy juga sama. Mummy tak akan minta perempuan lain untuk gantikan tempat Dhia. Tempat Dhia hanya untuk Dhia. Hanya Dhia saja yang layak duduk dalam hati Nuh. Dhia janganlah fikir yang bukan- bukan. Mummy tak suka." Mummy juga sudah mengalirkan air mata. Dia tak kuat melihat Dhiara bersedih. Hati dia mudah tersentuh.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now