Mama ingat Lisha seriklah nak cari teman lelaki lain selepas Aril. Namun selagi mulutnya membebelkan tentang jodoh, alih- alih dia dapat tahu Lisha ada orang lain. Mana hati dia tak mendidih sedangkan dia sudah kenalkan Luqman buat anaknya.
Lisha mengertap bibir tatkala sekali lagi mama menyoalkan tentang urusan jodohnya. Kali ini Lisha pura- pura ada hubungan dengan Iman. Gara- gara nak tutup mulut mama sebenarnya Iman bersetuju nak jadi teman lelaki upahan. Ceh! Mujurlah Iman tak kisah tentang hal itu.
"Bukan Iman tu dah ada girlfriend ke?"
Sudah. Apa yang perlu Lisha jawab. Ya, mama mengenali Iman disebabkan Iman merupakan temannya sejak di universiti. Kami belajar bidang yang sama dan kerja bidang yang sama. Lelaki itu juga turut mempunyai butik sendiri bersama dengan teman wanitanya.
Sebut tentang teman wanita Iman, awal- awal lagi Lisha dah beritahu Inara tentang dia nak jadikan Iman sebagai teman lelaki upahan. Dan gadis itu tak kisah asalkan jangan dia rembat betul- betul sudah. Lisha pun dah anggap Inara macam adik sendiri dengan beza umur mereka tiga tahun.
"Mana ada." Tenang Lisha menjawab.
Makin lama Lisha perhatikan mama kenapa dia dapat rasakan wanita itu sangat memilih dengan siapa yang menjadi kekasihnya. Tetapi dengan Haiqal, abang sulungnya tak ada pula mama sibuk nak carikan teman wanita untuk anak bujangnya itu.
Dan Lisha tahu niat sebenar mama mencari dia kali ini. Mama nak pastikan dia terima permintaan tak masuk akal mama. Jangan harap Lisha nak terima!
"Kenapa mama selalu sibuk nak tentukan jodoh Lisha. Dengan abang tak pula mama sibuk. Tapi bila Lisha dekat mata mama semua lelaki yang Lisha pilih mama tak suka. Habis siapa? Dia tu yang mama berkenan sangat nak jadi menantu mama." Tak sembunyikan lagi Lisha terus menyatakan.
Mama nampak tersentak apabila Lisha menyebutkan 'dia' dalam perbualan mereka malam itu. Tengok wajah tak senang mama itu Lisha dah boleh tahu 100% kemahuan wanita itu.
Mama mahu menjodohkan dia dengan Luqman.
"Yes! Hanya Luqman yang sesuai jadi suami Lisha."
"Tapi Lisha ada Iman. Mama tak fikir ke perasaan Iman kalau tiba- tiba Lisha minta putuskan hubungan."
"Mama tak kira. Keputusan di tangan mama. Hati mama dah berkenan dengan Luqman. Lisha suka atau tidak mama tetap nak Luqman jadi menantu mama. Selama ni mama bagi muka dekat Lisha sampai Lisha pilih salah orang. Lisha tak penat ke bazirkan masa cari orang yang salah." Bidas mama lantang.
Kalaulah melawan itu bukan perbuatan berdosa memang dah lama Lisha melawan. Sekalipun dia bertegas kalau mama kata A, tetap dia perlu ikut A. Lisha pun dah lelah nak berlawan mulut dengan mama. Bukan dia boleh menang pun.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
Tepat pukul 10 pagi Lisha dah terpacak di hadapan Butik IMRA Collection. Gara- gara nak elak temujanji khas yang dibuat mama untuk dirinya. Memang tidaklah Lisha nak keluar dengan Luqman. Kekok tahu.
"Habistu aunty tak restulah hubungan aku dengan kau?" Ada nada mengusik Iman berkata.
Lisha merengus. Nak buat macam mana. Sebab hubungan yang pertama dah gagal mama terus halang dia nak bercinta dengan pilihan sendiri. Wanita itu mahukan dia memilih jodoh aturannya.
Iman gelak besar. Awal- awal lagi dia dah yakin yang rancangan Lisha tak akan berjaya. Sedangkan mama Lisha sudah lama kenal dia sejak di zaman universiti lagi.
Lisha kegeraman. Terus bahu Iman dipukulnya kasar. Tak kisah pada pandangan Rai yang memandang kearah mereka berdua. Rai juga sangat memahami yang dia dan Iman memang rapat.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Short StoryKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: