Marsha memandang pemandangan di hadapan. Angin sepoi- sepo bahasa. Matanya ralit memandang keindahan alam di depan mata. Deruan ombak menambahkan keindahan alam. Bunyinya sungguh menenangkan. Marsha duduk beralaskan pasir pantai. Kedua belah kaki diangkat dan dipeluknya erat. Kepala disembam diatas kepala.Lima bulan berlalu selepas pertemuan dia dan Haizal. Selepas itu mereka tak pernah berjumpa lagi. Haizal pergi tanpa sempat mereka menyapa pergi. Dan lelaki itu pergi tanpa sempat dia ucapkan terima kasih. Bermula dari awal sehingga akhir Haizal membantunya. Segala maklumat tentang kes haritu dia juga turut membantu. Sungguh dia berterima kasih kepada Haizal walaupun lelaki itu langsung tidak minta.
"How I wish you were with me right now." Sendu nada suara Marsha. Marsha pejamkan mata. Menikmati angin laut yang menyapa kulit tubuhnya. Wajah yang sentiasa menghantui hari- harinya cuba dibuang pergi. Penat. Penat merindui orang jauh.
"Wanna talk with me?"
Tersentak. Serentak Marsha mengangkat kepala. Terus dia menoleh ke sisi. Mencari punca suara itu. Ada seseorang duduk di sebelahnya. Mata melirik naik ke atas. Iya, Marsha tak pernah salah. Malah tak pernah melupakan. Suara itu milik dia. Milik Haizal. Lelaki itu sedang duduk disisinya.
Haizal tersenyum nipis memandang raut wajah Marsha. Dia tahu wanita itu tentu terkejut melihat kedatangannya tanpa diduga. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Entah, dia hanya mengikut gerak hati dia. Langkah dia bawa dia kesini. Lagipun Haizal rindu tempat ini. Sebab itu dia ada disini sekarang, di sebelah wanita itu.
"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soal Marsha masih rasa tak percaya. Atau sekarang ini dia sedang berhalusinasi. Mana tidaknya, sebelum mata dia terpejam tadi dia sedang memikirkan lelaki itu. Berharap bila mata terpejam bayangan lelaki itu pergi. Tapi lain pula yang jadi. Dia melihat jasad Haizal berada di sebelahnya.
"Saya rindu tempat ni." Balas Haizal membawa mata melihat lautan besar di hadapannya.
"Rindu?"
"Hmm." Haizal angguk kecil. "Banyak kenangan dekat tempat ni. Kenangan yang tak mungkin akan dilupakan. Bukan senang kita nak cipta kenangan indah, dan bukan senang juga nak melupakan kenangan yang dicipta. Susah. Sangat susah. Lagi- lagi bila kenangan tu dicipta bersama dengan orang yang kita sayang."
Kelu lidah Marsha mendengar patah kata yang diungkapkan lelaki itu. Dia tahu semuanya. Dia faham semuanya. Sisi wajah Haizal dipandangnya, tidak menyangka yang dia dapat melihat wajah itu sekali lagi.
"Tak sakit ke terkenangkan kenangan lama?" Marsha soal bersama riak wajah tenang. Sehabis baik dia cuba kekalkan ekspersi wajah biasa. Seolah- olah dia langsung tak tercuit dengan soalannya tadi.
Haizal keluh nafas berat. Tidak tahu mengapa Marsha menyoal dia sebegitu. Kepalanya menoleh memandang wajah cantik Marsha.
"How about you? Still remember old memories with ex- boyfriend?"
Berkerut dahi Marsha. Mengecil matanya memandang Haizal yang kelihatan tenang. Nampak sangat dia dah tak rasa apa- apa. Marsha dihambat rasa kecewa. Mungkin Haizal hanya cakap tentang rindu tempat ini sekadar di mulut saja. Tapi dalam hati dia sudah lama melupakan. Marsha berura- ura untuk bangun. Belakang punggungnya ditepuk halus menjatuhkan pasir yang melekat di seluar. Kemudian dia bersihkan tangan. Tanpa kata, dia melangkah pergi meninggalkan Haizal.
Haizal yang melihat Marsha yang berjalan pergi terus mengejar langkah wanita itu. Tangan Marsha yang berlapik disentuhnya. Terhenti langkah Marsha.
Marsha melirik mata pandang Haizal, kemudian dijatuhkan pandangan pada lengannya yang disentuh Haizal. Goyang sedikit, Haizal terus melepaskan. Seperti mengetahui yang Marsha tak suka kalau lelaki itu sengaja mahu menyentuh tangannya tanpa sebab. Keningnya dijungkit, menyoal Haizal dengan bahasa isyaratnya.
YOU ARE READING
KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]
Historia CortaKOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2] ©️ 2022 Status: On-going Start: 11 March 2022 End: