MEMBURU CINTA V [END]

2.9K 138 5
                                    

Selepas saja Armel selesai miting bersama pekerja di bawah department-nya, dia terus dipanggil Encik Malek masuk kedalam bilik lelaki itu. Tak berlengah Armel terus berjalan ke tingkat atas pejabat memandangkan orang atasan punya pejabat berada di bahagian atas. Sampai saja di hadapan pintu bilik Encik Malek, tak semena- mena dada Armel berdebar hebat.

Kenapa Armel rasa sesuatu sangat waktu itu? Sebab dia dapat hidu bau sesuatu. Bau yang pernah dia hidu sebelum ini.

Tangan naik mengetuk pintu bilik Encik Malek. Apabila lelaki itu menyahut barulah Armel berani pulas tombol pintu. Kalau dia masuk saja tanpa buat apa- apa rasa tak beradab pula. Tak pasal- pasal imej dia jatuh.

"Come in, Armel." Kedengaran suara Encik Malek juga memanggil. Dengan langkah bismillah, Armel tolak pintu. Kaki dia melangkah masuk ke dalam. Saat itu, dia melihat di dalam bilik itu ada Encik Malek dan seorang lelaki yang dia tak kenal. Tengok belakang tubuh lelaki itu saja dia boleh tahu bukan pekerja di sini.

Armel jalan merapati meja Encik Malek. Betul- betul dia berdiri di hadapan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Armel, saya nak kenalkan awak dengan staff baru kita."

Berkerut dahi Armel mendengarkan kata- kata Encik Malek. Staff baru? Kenapa Armel tak tahu langsung ada pekerja baru yang akan masuk hari ini. Walhal dia yang menjaga urusan berkaitan pekerja di sini.

"Perkenalkan Muhammad Irsyad. Our management team."

Saat tubuh lelaki itu menghadap memandang kearahnya, membulat besar mata Armel. Tidak menyangka dia sedang melihat lelaki itu buat kali kedua selepas dia menghilang empat tahun lalu.

"Err-"

Kedengaran tawa halus Encik Malek memenuhi ruang bilik itu.

"Armel, don't show that face." Tegur Encik Malek.

Segera Armel putar tubuh membelakangi dua lelaki itu. Ya Allah, malunya dia!

"Armel..." Sekali lagi namanya dipanggil Encik Malek. Sesaat kemudian barulah Armel putar tubuh kembali menghadap dua lelaki itu.

"Are you okay?"

"I'm fine."

"Nanti awak bantu Irsyad terangkan serba sedikit tentang skop kerja dia dekat sini. Sebelum ini, dia pernah kerja dengan abang saya dekat syarikat dekat Melaka. Bila saya dapat tahu yang Irsyad kerja dekat situ terus saya minta dia masuk sini." Cerita Encik Malek tentang kemunculan Irsyad buat kali kedua di syarikat itu.

Armel angguk kepalanya perlahan.

"I leave it to you."

Encik Malek memandang kearah Irsyad pula.

"Irsyad anything you can ask Armel. Welcome back."

"Thank you Encik Malek."

Armel meminta diri keluar dari bilik Encik Malek. Begitu juga Irsyad mengikutnya dari belakang. Berada dekat dengan Irsyad, Armel rasa lain sangat. Kan dia dah cakap aura Irsyad kali ini nampak lain.

"Kita pergi bilik saya boleh?" Armel angkat wajah memandang wajah Irsyad. Sudahlah Irsyad tinggi terpaksa dia angkat sedikit wajahnya keatas.

"Boleh."

Pergi ke bilik Armel hanya turun menggunakan tangga. Sampai saja di dalam bilik, Armel menyuruh Irsyad duduk di hadapannya. Tadi sebelum keluar sempat Encik Malek menyerahkan dokumen peribadi milik Irsyad. Masih dia tak sangka Irsyad akan kembali ke syarikat ini semula. Tiba- tiba saja. Semalam waktu Irsyad datang makan malam di rumah tak ada pula lelaki itu mengatakan dia akan bekerja satu tempat dengannya. Pandai betul lelaki itu menjaga rahsia.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now