TAKDIR KITA IV

1.8K 102 4
                                    

Marsha mengeliat kecil apabila kedengaran pintu biliknya diketuk. Tangan dibawa keatas dan diregangkan. Kepala menoleh ke kiri melihat jam loceng diatas meja sisi katil. Jarum jam baru menunjukkan pukul 7:30 pagi. Awal lagi Marsha nak bangun memandangkan hari ini adalah hari Sabtu.

Gagahkan tubuh bangun, kedua belah kaki diletakkan ke lantai. Rambut yang mengurai jatuh diikat dengan getah kepala. Merapikan sedikit bahagian rambut atas, kemudian Marsha bangun menapak ke muka pintu. Pulas tombol pintu dan dibukanya, wajah Halim menyapa pandangan.

"Yes papa." Wajah mengantuknya ditayangkan. Mengecil anak matanya memandang wajah Halim.

"Ada orang datang rumah. Mama suruh turun."

Tak semena- mena mata yang mengecil kembali luas. Siapa pula yang datang awal pagi. Tak mungkin kawan Helina. Selalunya kalau kawan mamanya datang, Helina tak akan memanggil dia. Rasanya kali ini bukan kawan Helina, mungkin orang lain.

"Siapa?" Marsha soal ingin tahu. Sebelah matany digosok perlahan.

"Turun dulu. Tengok dekat bawah." Halim mengelak menjawab pertanyaan anak daranya.

"Hmm... Marsha bersiap dulu. Nanti Marsha turun." Balas Marsha. Halim mengangguk sebelum beredar. Sempat dia memesan untuk turun cepat. Menutup pintu kembali, Marsha menapak ke katil. Tangan diraba bawah bantal mencari telefonnya. Bila jumpa terus dia mencapai. Tiada notifikasi penting.

Kemudian, Marsha atur langkah menuju rak penyakut tuala. Tuala mandi ditarik dan diletakkan diatas bahu. Terus dia menghilang masuk ke dalam kamar mandi. Setengah jam kemudian barulah Marsha siap. Dia hanya mengenakan pakaian biasa di hari cuti. Seluar palazzo berwarna hitam dan jersey lengan panjang ke tubuhnya. Dilihatkan shawl jersey berwarna hitam diatas kepalanya. Muka sempat ditacapkan dengan sedikit bedak muka.

Marsha mencapai telefonnya sebelum ke muka pintu. Dia menapak keluar. Pintu bilik ditutup separuh. Seketika telinganya sempat menangkap suara garang Helina. Berkerut dahi Marsha. Mama marahkan siapa sampai nada suaranya sedikit tinggi? Menapak selangkah ke depan, Marsha berdiri di tiang tanga. Kepala menunduk ke bawah. Pandangan menghala ke ruang tamu.

Seketika Marsha tercengang. Kelu lidahnya. Dia berdiri tercegat disitu. Statik. Macam rasa tak percaya mata yang melihatnya. Kenapa Haizal boleh ada dekat rumah dia? Tak bertangguh Marsha terus turun ke bawah. Baik dia menghalang sebelum perkara lain yang terjadi. Dengan Helina semua benda tak boleh dijangka. Dia risau bakal ada hati yang terguris.

Laju Marsha berlari turun ke bawah. Berhati- hati langkah kakinya di setiap anak tangga. Sampai di bawah, renungan pertama yang menyapa pandangannya adalah Haizal sebelum Marsha alih pandangan pada Helina. Tajam renungan mamanya. Menapak lebih rapat, kepala Marsha menoleh Haizal.

"Awak buat apa dekat sini Haizal?" Soal Marsha masih dengan tanda tanyanya. Sebenarnya kejadian minggu lepas di pantai itu dia langsung tak dapat sebarang jawapan dari Haizal. Lelaki itu pergi tanpa sebuah jawapan yang Marsha harapkan. Dia menaruh harapan tapi Haizal langsung tak sambut harapannya. Apa lagi yang Marsha perlu buat selain move on sahaja. Mungkin Haizal sudah ada orang lain yang lebih layak buat lelaki itu.

"Duduk Marsha." Arah Helina tegang.

Hampa. Haizal langsung tak bagi jawapan kepada Marsha. Mamanya laju memotong pertanyaan dia. Hormatkan arahan mama, Marsha labuhkan duduk di sofa satu tempat duduk. Kedudukan dia betul- betul berhadapan dengan Haizal yang duduk di sofa dua tempat duduk. Dia sempat melirik wajah Haizal yang kelihatan gementar. Tertanya- tanya apa yang mama dan papa dah buat pada Haizal sehinggakan lelaki itu beri reaksi sebegitu.

Seketika ruang tamu sepi tanpa sebarang bunyi suara. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing diatas. Marsha menggigit bibir. Kepala dia bersilih ganti memandang mama, papa dan Haizal. Apa sebenarnya yang berlaku ni?

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now