PIN tudung ditanggalkan. Mahairah merengus geram. Dua hari berturut-turut mamat tidak betul itu datang mengganggunya di tempat kerja. Kalau datang order makanan tak apa juga. Ini setakat order air milo sahaja. Baik minum dekat kedai mamak!
"Anak baba nampak stress hari ni. Kenapa?" Tegur Encik Radzi kepada anaknya. Cermin matanya dibuka. Pelupuk matanya diusap-usap. Hampir setengah jam juga dia duduk termenung di sofa.
Entahlah. Sejak arwah isterinya meninggal dunia tiga tahun yang lalu akibat serangan jantung, Encik Radzi kerap termenung. Sementelah anak-anaknya tidak selalu ada di sisinya. Dia rasa sunyi. Si kakak sibuk bekerja untuk menyara keluarga manakala si adik pula sibuk belajar di luar negara.
Kalaulah sebelah kakinya masih ada. Dia tidak akan membebankan Mahairah. Sementelah Mahairah masih muda. Gadis macam Mahairah sepatutnya sambung belajar. Bukannya bekerja. Namun disebabkan dia menghidapi kencing manis, sebelah kakinya terpaksa dipotong.
"Mana tak stressnya, baba. Dah dua hari ni ada lelaki entah mana-mana datang kacau Mairah. Tak senang Mairah nak buat kerja." Adu Mahairah.
Encik Radzi tersengih. "Kiranya Mairah nak cakap yang ada lelaki sukakan Mairah, ya?"
"Eh, tak!" Nafi Mahairah.
"Kalau macam tu apa salahnya cuba terima. Cuba berkawan dulu dengan lelaki tu. Mungkin dia jodoh Mairah. Siapa tahu, kan? Adik kamu tu dah ada kekasih hati. Kakaknya bila lagi?"
Membulat mata Mahairah. Adik tu adiklah. Jangan samakan dia macam adiknya. Dia malas nak kawan dengan lelaki. Buang masa. Kalau betullah ada orang mahukan dia. Dia serahkan saja pada ayahnya. Malas nak bercinta. Malas nak tolong jagakan jodoh orang. Buang masa.
"Tak ada maknanya, baba. Dia tu nampak nakal. Entah-entah nak test market. Biasalah nama pun lelaki." Juih Mahairah.
"Orang yang kita nampak nakal bukan selalunya nakal. Tak apalah, suka hati Mairah. Baba ni bukan apa. Baba dah tua. Baba nak sangat Mairah kahwin. Baba nak tengok Mairah kahwin. Baba nak ada lelaki yang sudi jaga Mairah. Lindungi Mairah. Baba tak risaukan adik sebab baba yakin Zayn mampu jaga adik tapi, Mairah?"
"Mairah boleh jaga diri sendiri. Mairah tak suka bergantung dengan lelaki," ujar Mahairah.
"Itu kata Mairah. Sampai bila? Mairah tu perempuan. Ada benda yang Mairah boleh buat. Ada benda yang Mairah tak boleh buat. Sebab tu walaupun berdikari macam mana pun seseorang perempuan tu, dia tetap perlukan seorang lelaki dalam hidupnya," ujar Encik Radzi.
Mahairah mengeluh perlahan. "Baba, Mairah nak mandi dulu. Dah melekat bau ayam KFC dekat badan Mairah. Lepas mandi nanti Mairah masakkan bubur sayur untuk baba."
Haih, budak ni. Ada saja nak mengelak, getus hati Encik Radzi. Silap dia juga sebab melarang anak-anaknya berkawan dengan lelaki sewaktu mereka kecil. Cumanya, anak bongsunya itu tidak anti dengan lelaki sangat tapi anak pertamanya ini bukan main anti lagi dengan yang namanya lelaki.
TERSENYUM Muiz ketika teringat akan Mahairah. Baru beberapa kali bertemu, raut wajah comel itu sudah berjaya membuat dia angau. Saban malam, wajah Mahairah berlegar-legar di dalam mimpinya. Tidak dapat tidak, dia perlu mencari cara untuk mengikat Mahairah sebelum gadis itu dicaras oleh lelaki lain.
"Lian kena bunuh." Beritahu Afiq.
"Sebab?" soal Muiz. Badannya disandarkan ke dada sofa. Dia pandang Afiq sekilas.
Afiq angkat bahu. "Katanya, isteri Lian tahu yang Lian join geng ni. Isteri dia minta cerai tapi Lian tak nak. Then, Lian nak keluar tapi Robert tak bagi. Kau faham-faham ajelah, Iz. Kalau kita dah masuk, kita tak boleh keluar lagi dah."
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...