Bab 72

5.8K 159 13
                                    

"TAHNIAH! You all berdua diterima bekerja di sini sebagai housekeeping. I harap you berdua boleh rahsiakan kisah silam you berdua. Jangan sampai satu hotel tahu tentang status yang you dua orang pegang. Kami amat memerlukan pekerja. Jadi I harap you berdua boleh amanah," ujar Adlene.

Muiz dan Afiq mempamerkan mimik muka gembira. Muiz menganggap penerimaan itu adalah rezekinya selepas berkahwin. Seminggu dia memegang status seorang suami. Tiba-tiba dia terima panggilan kerja.

"Terima kasih Ms Adlene sebab sudi terima kami bekerja. Kami janji akan kerja baik-baik dan banggakan hotel ni. Kami akan kemas bilik bersih-bersih. Satu habuk pun tak tinggal," ujar Afiq. Teruja.

Muiz mencebik. Ini bukan kipas lagi dah. Ini pedingin hawa terus. Bukan main lagi Afiq nak kipas HR. Macamlah dapat gaji lebih.

"Most welcome. Mari ikut I. I kenalkan you berdua dengan senior housekeeping. Nanti boleh minta dia orang ajar skop kerja." Adlene mengatur langkah ke tingkat dua sambil diiringi oleh dua orang lelaki itu.

Setibanya di tingkat dua. Adlene memanggil tiga orang housekeeping yang sedang bersungguh-sungguh mengemas bilik. Tiga orang housekeeping itu bergegas mendapatkan Adlene tatkala nama mereka diseru.

"Noh! Rokiah!" Afiq terkejut melihat sosok tubuh tegap seorang housekeeping berambut ungu itu. Macam nak tertelan halkum dibuatnya.

"Kenalkan. Yang rambut ungu ni namanya Syamsul or maybe you all boleh panggil dia Syamsiah. Dia akan jadi ketua you all berdua. Yang pakai topi ni namanya Hasim. And lastly yang cantik comel ni namanya Wana."

Muiz dan Afiq bersalaman dengan rakan-rakan satu tempat kerja mereka. Tiba saja nak bersalaman dengan Syamsiah, cepat-cepat Afiq menarik semula tangannya. Hanya Muiz sahaja yang berani bersalaman dengan perempuan jadian itu.

"Ermm... helok anak ikan mak." Syamsiah mengusap-usap belakang telapak tangan Muiz. Loyar lelaki itu dibuatnya. Cepat-cepat tangannya ditarik semula.

Adlene menggelengkan kepalanya. Dia dah masak sangat dengan perangai tidak semenggah Syamsiah itu. Pantang ada lelaki kacak. Semuanya nak cuba.

"Syam, nanti you susun jadual Muiz dengan Afiq ni. Lepas tu tunjuk I." Arah Adlene.

"Baik, Ms Adlene. I rasa si kacak Muiz ni biar satu floor dengan I la. Kesian I seorang diri kemas tingkat dua tak ada teman. Hasim dah tentulah cover first floor and third floor dengan tunang dia tu, Wana." Juih Syamsiah.

Muiz dan Afiq saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing seolah-olah tak mampu nak telan air liur. Muiz pandang Syamsiah semula.

"Ah, habislah. Tak tahulah siapa yang mengandung nanti. Tak tahu siapa sodok siapa." Bisik Afiq di tepi telinga Muiz.

"Ikut you la, Syam. Pastikan pembahagian jadual kerja tu adil. Jangan bias pula. I bukan tak kenal you ni." Sempat Adlene menyindir Syamsiah sebelum beredar.

Syamsiah tersengih lalu dia terkinja-kinja di hadapan dua orang lelaki itu. Dia menghadiahkan satu kenyitan yang menggoda buat Muiz dan Afiq. Kemudian, dia memandang Wana dan Hasim. Diarah dua orang pekerjanya itu pergi terlebih dahulu. Wana dan Hasim akur.

Rasa macam nak tertanggal skru lutut Muiz dan Afiq. Kini hanya tinggal mereka bertiga. Macam-macam perkara boleh berlaku.

"Helok sangat kau orang ni. Memang taste I. Lagi-lagi yang nama Muiz ni. I panggil you sayang la. Boleh tak? Aum!"

"Dia suami orang, Sol." Jelas Afiq.

Syamsiah mencebik. "Ala, tak kisahlah siapa pun. Pernah kena hisap tak?"

Membuntang mata Afiq dan Muiz. Ah, parah. Pondan ni memang dah gila. Cepat-cepat Afiq dan Muiz menekan butang lif lalu turun ke lobi.

TERKEKEH-KEKEH Mahairah dibuatnya. Cerita yang disampaikan oleh suaminya sungguh menggelikan hati. Kelakar sungguhlah di tempat kerjanya pun ada Mak Nyah. Lagi satu, perempuan jadian itu tak ada orang lain dah ke dia nak usyar? Kenapa mesti Muiz?

"Gelaklah kau. Ingat kelakar ke? Aku dengan Afiq nyaris-nyaris kena rogol dengan perempuan jadian. Kalau perempuan tulen tak apalah juga." Juih Muiz.

Satu tamparan manja hinggap di lengan Muiz. "Awak jangan nak menggatal dengan perempuan lain pula. Pasal perempuan jadian tu awak abaikan saja. Lama-lama nanti dia berhentilah tu kacau awak kalau awak tak melayan."

"Susahlah jadi orang hesmes ni. Bukan perempuan ori saja kejar aku. Perempuan jadian pun nak cuba aku. Nasib baiklah iman aku kuat."

Mahairah mencebikkan bibirnya. Hesmes la sangat. Dia menarik bantal lalu diletakkan ke atas kepala. Mahairah berminat hendak bertanya macam-macam kepada suaminya.

"Saya doakan awak dengan Afiq kekal la kerja di Pine Tree tu. Jangan tukar-tukar kerja dah. Semua dugaan kerja hadap dengan tenang. Kalau memang dah tak boleh nak hadap sangat baru fikir pasal cari kerja lain ke apa."

"Insya-Allah... selagi aku berdaya aku akan kuatkan semangat aku untuk kerja. Aku usaha demi nak bahagiakan kau. Cuma aku minta maaf dulu awal-awal sebab kekurangan aku, kau terpaksa duduk dekat rumah mama."

"Tak apalah awak. Saya tak kisah. Perlahan-lahan kita bangkit. Nanti kita dah sama-sama berjaya kita belilah rumah sendiri," ujar Mahairah. Dia tak nak suaminya bersedih hati dengan kekurangan yang mereka hadapi ketika itu.

Muiz mengiringkan badannya menghadap Mahairah. "Susah macam mana pun biarlah aku usaha sendiri. Aku nak kau berhenti kerja. Nanti kau hantarlah surat resign. Aku nak kau jadi surirumah sepenuh masa. Aku tak nak kau terlalu penat kerja sampai kau abaikan aku."

"Tapi... saya kerja ni pun salah satunya sebab nak ringankan beban awak." Balas Mahairah.

"Tak apa. Biar aku saja yang cari rezeki. Kau duduk saja rumah. Jagakan mama. Jagakan Hasya dan jagakan bakal anak kita nanti." Telapak tangan Muiz lekapkan ke perut kempis isterinya.

Mahairah tergelak kecil. "Perut saya kosong lagi. Kita kena usaha lebih lagi untuk dapatkan bayi."

"Nak usaha sekarang ke?"

"Hish! Gatallah awak ni."

Muiz ketawa megah kemudian menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Dahi Mahairah dikucup bertalu-talu. Malam ini dia nampak bidadari. Esok pagi mesti dia dan Afiq akan nampak ahli sihir pula. Siapa lagi kalau bukan Si Syamsial tu. Eh, salah. Syamsiah!

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now