Bab 63

4.3K 154 3
                                    

TERNGANGA Mira dibuatnya. Tirai yang sudah tidak serupa tirai. Pelbagai fikiran nakal menerjah kepalanya. Fuh! Boleh tahan power juga Abang Aiman ni. Untung siapa dapat dia, bisik hati kecilnya.

Muiz sudah terkejip-kejip memandang anak gadis pemilik Homestay itu. Apa yang ditelaah oleh perempuan itu pun dia tidak tahu. Kalau pasal tirai tu...

"Abang tertarik tirai tu semalam. Nanti abang bayar lebihlah." Kata Muiz.

"Tak apa. Mira tak kisah pun. Cuma emak aja yang akan mengamuk kalau tengok tirai dia koyak macam kena rentap tu. Abang Aiman buat apa semalam?"

Terangkat sebelah kening Muiz. Dia pandang ke kiri dan ke kanan. Jam pula sudah menunjukkan angka lapan pagi. Isterinya masih berkurung di dalam tandas. Seronok agaknya jadi peneman syaitan.

Mira gelak sendiri. Malu kerana soalannya dibiarkan tergantung. "Come on. Homestay mak dia dah ala-ala orang nak pergi honeymoon. Mestilah ada berlaku sesuatu malam tadi sampai tirai tu pun ikut tanggal sekali."

Muiz hanya mengangguk persis burung belatuk. Takkanlah dia nak cerita lebih-lebih. Risau Mira lari tak cukup tanah saja nanti.

"Mira buat apa datang sini pagi-pagi buta ni?" soal Muiz. Ingin menutup terus cerita 'nakal' yang difikirkan oleh gadis itu.

Mira tepuk dahi lalu dia menyuakan beberapa helai pakaian kepada lelaki itu. Sebenarnya niat dia datang ke glass box Muiz sebab nak berikan pakaian yang diminta oleh lelaki itu.

"Kan, semalam abang ada chat Mira. Abang minta baju, kain semua tu, kan? Ni Mira bawakanlah ni. Lupalah tu." Beritahu Mira.

Muiz menyambut huluran itu. Mira itu saiz S. Isterinya pula saiz XXL. Mana muat kalau nak pakai.

"Baju Mira ke ni?"

Mira gelak. Lucu pula soalan Abang Aiman ni. "Memang taklah baju Mira, bang. Mira ni kurus comel. Bini abang tu dah macam tong drum. Mana muat."

Muiz berdeham.

"Opss! Terlepas pulak."

"Dah tu baju siapa Mira bagi ni?"

"Baju mak la. Saiz mak tu, kan dah macam Siti Bainun. Muatlah kalau isteri kesayangan abang tu pakai." Jelas Mira.

Muiz pula yang tepuk dahi. Isterinya itu memang gemuk tapi tak adalah sampai tahap Siti Bainun. Kalau macam Siti Bainun dia pun tak nak.

"Tapi Mira peliklah. Abang Aiman tak pernah pun keluar. Kereta abang tu rosak dah rasanya tersadai tak digunakan. Kenapa abang tak pergi mana-mana kedai baju aje belikan baju untuk bini abang tu? Abang bayar dekat mak untuk duduk sini lama-lama. Takkanlah abang tak boleh belikan baju untuk perempuan tu?" Mira menggaru pelipisnya.

Muiz melepaskan satu keluhan. Banyak tanya betullah perempuan ni. Macam mana aku nak keluar kalau polis asyik berkeliaran di luar sana tu, gumamnya dalam hati.

"Mira ikhlas tak ni nak tolong abang? Maaflah abang banyak susahkan Mira. Dah macam kita ni ada pertalian darah pula." Muiz cuba mengelak daripada menjawab soalan perempuan itu.

Tanpa perasaan malu, Mira mendatangi Muiz. Lengan Muiz diusap-usap. Sengaja dia hendak menggoda lelaki itu.

"Untuk abang semuanya boleh. Serahkan jiwa raga pun Mira sanggup. Pertama kali Mira nampak abang. Mira dah jatuh cinta. Tapi sayang... abang dah ada isteri tapi kalau abang nak jadikan Mira isteri kedua pun Mira sudi. Makan benda yang sama lama-lama bosan. Sekali-sekala kenalah tukar-tukar," ujar Mira panjang lebar.

Berderau darah Muiz dibuatnya. Kalau dia itu normal rasanya dah lama dia terkam Si Mira ni. Tapi mungkin dia tidak normal agaknya. Tak ada rasa apa pun bila perempuan itu cuba menggodanya.

"Oi! Amira Shuhada!"

Mira tersentak apabila nama penuhnya disebut. Dia toleh ke belakang. Buntang matanya ketika melihat ibunya sudah mencekak pinggang. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari glass box Muiz.

"Kau ni tak tahu malu ke menggoda suami orang. Aku suruh kau kahwin kau tak nak. Sibuk nak try hak orang." Bebel ibu Mira lalu memulas telinga anaknya itu. Diheret Mira menuju ke keretanya.

"Hesy! Sakitlah mak..."

MAHAIRAH merengus geram. Muiz seolah-olah hendak menghinanya saja. Disuruhnya dia pakai baju yang double besar daripada saiz badannya. Habis menggelebeh. Tulang bahu pun entah hilang ke mana.

"Baju siapa awak bagi saya pakai ni? Daripada awak bagi saya pakai baju macam ni lebih baik awak hantar saya balik ke rumah baba. Lepas tu kalau awak nak habiskan honeymoon bodoh awak ni saya ikut." Marah Mahairah.

Muiz yang sedang bermain dengan telefonnya sambil bersilang kaki di atas katil sudah geram. Bukannya nak berterima kasih. Kompelin saja tahunya.

"Kau boleh pakai aje tak baju tu. Tak payah kompelin. Kira baguslah aku carikan baju daripada kau terpaksa bogel 24 jam depan aku. Tak pasal-pasal aku terkam kau hari-hari. Termengandung cepat nanti." Balas Muiz.

"Baju aje ke yang awak carikan? Anak-anak kecil saya macam mana? Takkan tak pakai? Kalau menggelebeh nanti macam mana?" soal Mahairah bertubi-tubi.

"Benda tu menggelebeh sebab kau gemuk. Kalau kau kurus elok aje kejadiannya. Tak apa, biar aje menggelebeh. Aku suka." Balas Muiz lagi.

Muka Mahairah berona merah. Malu dengan ayat itu. Cepat-cepat dia ambil bantal lalu memukul suaminya berkali-kali.

"Eh, kau ni pukul-pukul aku pulak. Betullah aku cakap. Lepas tu, kalau aku nak pun senang. Tinggal selak saja. Tak perlu aku nak tarik kau punya seluar dalam." Tambah Muiz lagi.

"Itu ajelah yang awak tahu. Dasar tipikal lelaki Melayu. 24 jam asyik fikir pasal seks sahaja." Bentak Mahairah lalu mencampak bantal yang dipegangnya itu ke tepi.

Muiz Aiman mencebik lalu menjungkitkan bahunya. Dia pandang isterinya dalam-dalam. Malam yang indah. Tiupan angin pun sepoi-sepoi bahasa.

Macam ada tanda-tanda akan hujan. Elok kalau bunuh syaitan, getus hatinya. Tanpa melengahkan masa, tangan Mahairah dicapai. Ditarik isterinya itu sehingga terbaring di atas katil.

SECANGKIR kopi diletakkan di hadapan ayahnya. Jauh di sudut hati, Umairah tahu Encik Radzi masih lagi bersedih. Rasa hiba yang seolah-olah terbengkalai.

Punggung dilabuhkan di sebelah lelaki separuh abad itu. Sayu pandangan mata si tua memandang skrin televisyen.

"...Pihak kerajaan akan mengetatkan lagi laluan keluar masuk ke sempadan memandangkan kita telah digembarkan dengan kes penyeludupan rokok dan dadah. Pihak kerajaan juga cakna dengan berita yang telah viral iaitu, beberapa orang mata-mata Siam yang melangkah masuk ke Negeri Kelantan tercinta untuk membuat kerosakan.

Selain itu, pihak kerajaan juga cakna dengan hadirnya kumpulan Kongsi Gelap berlesen yang semakin bermaharajalela kelakuannya. Pihak polis juga akan memainkan peranan mereka untuk menjaga keamanan rakyat dan negara. Untuk sesiapa yang kenal atau tahu tentang keberadaan ahli Kumpulan Kongsi Gelap bersenjata yang masih berlegar-legar di luar sana. Anda sangat dialu-alukan untuk bekerjasama dengan pihak polis..."

"Pasal kumpulan Kongsi Gelap tu dah viral dekat media tapi pihak polis masih gagal jejaki Muiz." Encik Radzi membuka suara.

"Muiz tu licik orangnya baba. Dari zaman sekolah lagi dia memang dah licik. Kita doakan saja supaya dia cepat-cepat kena tangkap polis," ujar Umairah. Senada.

"Mungkin kalau gagal lagi. Pihak polis akan bekerjasama dengan INTERPOL. Takut ada balaci-balaci mereka yang dah terlepas ke luar negara." Tambah Encik Radzi lagi.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now