"MUKA tu kau touch up sikit. Bagi nampak berseri. Jangan keluar selagi kau tak touch up muka kau. Aku tak nak baba nampak mata kau sembab semua tu." Amaran Muiz sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.
Risau juga dia bila Mahairah tak keluar bilik dari pagi tadi. Manalah tahu perempuan itu mati bunuh diri ke apa. Dia juga yang susah nanti. Tajam matanya mencerlung tubuh montel isterinya. Adegan malam tadi masih terlayar di benak fikirannya. Sentuh isteri sendiri. Apa salahnya. Bukan dosa pun.
"Puas? Dah puas?" soal Mahairah tidak bermaya. Dia sudah penat dengan semua itu. Dia penat dengan karenah Muiz. Entah bila lelaki itu hendak melepaskan dia agaknya.
Muiz tersengih gatal. "Kau tanya aku pasal malam tadi ke sayang? Mestilah tak. Aku kalau boleh nak hari-hari. Boleh macam tu?"
"Bila abang nak lepaskan Mairah? Tolonglah lepaskan Mairah. Kalau abang tak nak Mairah, lepaskan Mairah. Abang jangan lupa negara kita ni ada undang-undang." Birai mata Mahairah bergenang.
"Woah! Kau nak ugut aku dengan undang-undang ke? Kau jangan lupa Mahairah. Nak bercerai bukan mudah. Kau nak buat apa? Kau nak minta fasakh? Ada bukti ke kau nak usulkan? Oh, lagi satu. Kesianlah dekat bapak kau terpaksa bergadai nak bayar upah lawyer nanti. Jadi bijak sayang. Sikit aje lagi," ujar Muiz berjela-jela.
"Dah tu, sampai bila abang nak seksa Mairah? Abang nak Umai sangat, kan? Ambil dia. Lepaskan Mairah!"
"Kau buta ke sayang? Kau tak nampak aku tengah usahakan nak dapatkan Umai. Kau sabarlah sikit. Ikut aje permainan aku ni." Bidas Muiz. Berang.
Jijik Mahairah mendengar perkataan 'sayang' yang digunakan oleh suaminya itu. Biasalah lelaki. Dah dapat apa yang dia nak barulah nak bersayang-sayang bagai.
"Dah. Jangan buang masa aku. Pergi touch up muka kau tu dulu sebelum keluar bilik." Sekali lagi Muiz mengingatkan sebelum melangkah keluar dari bilik peraduannya.
ENCIK Radzi menepuk perlahan bahu Umairah sehingga membuatkan gadis itu tersentak. Lantas Umairah meletakkan mangkuk kertas berisi bubur ayam McDonald's itu ke tepi.
"Ya, baba?" Sahutnya.
"Baba nak tanya sikit ni." Encik Radzi melabuhkan punggung di sebelah anak bongsunya. Sudah lama soalan itu berlayar di fikirannya. Baru hari ini dia berkesempatan nak bertanya.
"Pasal apa?" soal Umairah.
"Pasal study Umai. Baik betul universiti kamu tu bagi kamu cuti lama-lama. Lepas tu, kamu tak ada ke exam bagai semua tu? Tak perlu belajar?"
Raut wajah Umairah berubah kelam. Air liur yang diteguk terasa pasir. "Kan, Umai dah cakap yang Umai nak tinggal dengan baba terus."
"Baba faham. Cuma nak tukar tempat belajar bukannya mudah. Baba peliklah. Tak ada pulak pihak sana telefon baba ke apa. Surat pertukaran tempat belajar pun baba tak nampak. Umai boleh jelaskan betul-betul dekat baba tak? Sepanjang Umai sambung belajar pun, tak pernah sekali baba dapat tengok kertas keputusan pointer kamu tu." Encik Radzi memandang dalam anak mata anaknya.
Umairah menunduk. Tiba-tiba dia teresak-esak. Sampai bila dia nak menipu? Kalau dia spin pun dia juga yang nampak bodoh. Selama ini fikirnya Encik Radzi tidak pernah ambil kisah langsung tentang hidup dan pembelajarannya. Tapi, hari ini tiba-tiba ayahnya bertanya membuatkan hatinya luluh. Kecewa kerana sanggup menipu lelaki yang sudah bersusah payah membesarkannya.
"Umai minta maaf baba. Baba jangan bencikan Umai. Jangan marah Umai. Umai tahu Umai salah." Esakannya semakin menjadi-jadi.
Encik Radzi khuatir. Dia memegang tangan Umairah. "Kenapa? Cuba Umai beritahu baba. Kenapa Umai menangis ni?"
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...