NAFAS dihembus perlahan. Bulan pertama gajinya tidak sampai seribu lebih pun. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana dia diberikan kesempatan untuk memiliki wang hasil kerjanya yang halal.
"Baby dapat berapa gaji bulan ni?" soal Syamsiah sambil melabuhkan punggung di sebelah Muiz. Dari tadi lagi dia sibuk menjengah-jengah skrin telefon lelaki itu.
Muiz memutarkan biji matanya ke atas. Nak dimaki ketua... Tak pasal-pasal Si Syamsiah ni mengadu dekat HR aku ni biadab. Aku kena buang kerja, getusnya dalam hati.
"Tujuh ratus lebih saja. Kenapa?" soalnya pula.
Syamsiah melagakan bahunya ke bahu Muiz. "Jomlah, temankan I pergi karaoke. Tak apa. I belanja you. Nak tak?"
"Tak minat karaoke."
Syamsiah merengus perlahan. Dia menaikkan telapak tangannya di atas paha Muiz. Perlahan-lahan tangannya merayap ke celah kelangkang lelaki itu. Sengaja dia bernafas di tepi telinga Muiz.
"Minatkanlah. I boleh ajar you karaoke. Just kita berdua. Tanpa diganggu orang lain. Boleh, kan sayang?" Pujuknya.
Muiz yang semakin tidak keruan dengan godaan perempuan jadian itu segera menepis tangan Syamsiah ke tepi. Ada yang naik tapi bukan bendera, kang! Bahaya betullah pondan ni.
"Daripada kau kacau aku baik kau pergi cari anak ikan lain lagi bagus. Aku nak kerja cari rezeki yang halal. Kau sebagai ketua janganlah nak tunjuk perangai gersang kau. Semalam dengan Afiq. Hari ni dengan aku pula," ujar Muiz. Ton suaranya agak tinggi.
Ternyata Syamsiah rasa tercabar dengan penolakan Muiz. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu bercekak pinggang di hadapan Muiz.
"Kau fikir kau tu hot sangat ke? Entah-entah benda tu pun kecil. Ada hati nak sekolahkan aku. Pekerja baru tu buat sajalah macam pekerja baru. Apa ketua suruh buat tu ikut!" Jerkah Syamsiah. Keluar terus suara jantannya.
"Dah kalau kau nak ajak aku lawan pedang takkanlah aku nak ikut. Bodoh ke apa!" Marah Muiz. Geram kerana perempuan jadian itu menengkingnya.
Syamsiah merengus kasar. "Kau tunggu... aku report dekat Ms Adlene yang kau ni pemalas. Tak reti nak kerja elok-elok!"
"Pergilah report. Aku pun boleh buat report dekat balai polis yang kau ni cuba nak rogol aku. Kau sentuh-sentuh aku. Cap jari kau ada dekat kulit aku, tau!" Gertak Muiz pula.
Hilang terus taring Syamsiah. Dia tergelak-gelak persis orang gila lalu duduk semula di sebelah Muiz. Lengan Muiz diurut-urut.
"Janganlah macam tu... I gurau sajalah baby. Okey... okey... bilik 206 ni baby bersihkan, ya? Nanti I masuk nak tengok bersih ke tak." Sepantas kilat pipi Muiz dicium.
Membuntang mata Muiz. Eii! Ya Allah. Aku kena samak dengan tanah pipi aku ni. Kurang ajar punya keturunan Sajat. Berani kau cium aku. Menggelegak hati Muiz dibuatnya.
Syamsiah menjilat bibirnya lalu melangkah keluar dari bilik 206 itu. Hormon kewanitaannya meronta-ronta sebaik sahaja melihat Afiq sedang menolak troli. Langkah diatur mendekati Afiq.
"Saaaaaaaayaaaaannggg!!!"
Afiq terkejut. Cepat-cepat dia menolak troli masuk ke dalam lif. Belum sempat Syamsiah melangkah masuk ke dalam perut lif. Pintu terlebih dahulu tertutup.
TIGA keping not seratus diberikan kepada Mahairah. Lama perempuan itu mendiamkan diri sebelum menyambut huluran Muiz. Dahinya berkerut seribu. Muiz baru saja kerja. Tak sampai sebulan pun. Cukup ke duit lelaki itu nak tampung diri sendiri?
"Kalau awak sendiri tak cukup pakai... awak simpan ajelah duit ni. Duit simpanan saya masih ada sikit. Bila gaji awak dah stabil nanti baru awak bagi saya," ujarnya.
Muiz mengeringkan rambutnya dengan tuala lalu dia menghempas punggung di atas katil. "Ambil sajalah. Dah memang tanggungjawab saya bagi nafkah dekat awak. Cumanya maaflah nafkah bulan ni untuk keperluan awak sekali gus untuk barang dapur. Insya-Allah bila gaji saya dah stabil nanti saya top up barang dapur tu sendiri."
Mahairah mengukirkan senyuman. Dia nampak Muiz betul-betul sedang berusaha hendak menjadi seorang suami yang baik. Tangan Muiz digenggam kemas. Sejak hubungan mereka semakin baik. Panggilan 'kau-aku' pun suaminya dah tukar kepada 'saya-awak'.
"Berapa dapat bulan ni?" soalnya.
"Tujuh ratus lebih saja. Tiga ratus awak punya. Dua ratus Hasya punya. Seratus lima puluh mama punya." Jelas Muiz.
Membulat mata Mahairah dibuatnya. "Dah tu pada awak cuma tinggal seratus?"
Muiz angguk.
"Boleh ke tahan sampai akhir bulan? Nasi bungkus pun dah mahal. Awak ambil balik ajelah duit awak ni." Mahairah ingin menyerahkan kembali wang yang diberikan oleh Muiz tadi tapi lelaki itu menolak.
"Tenang-tenanglah sayang. Apa guna ada isteri kalau tak digunakan. Awak hantarlah makanan dekat saya setiap hari. Kan, jimat? Tambahan pula... biar terbeliak biji mata Samdol tu nanti. Biadab dia tu. Dia pergi cium pipi saya siang tadi. Najis tahu tak!"
Mahairah terus hamburkan gelak sampai berair matanya. "Alololo... Mak Nyah tu marking awak dekat mana?"
Muiz meletakkan kepalanya di atas paha isterinya. Jari telunjuknya menuding pipi yang menjadi tempat persinggahan bibir Syamsiah siang tadi.
"Sini saya hilangkan marking dia." Mahairah lekas mengucup pipi suaminya bertali-talu. Muiz tersengih gatal.
"Okey... dah. Hilang dah najis lepas isteri saya ni bersihkan. Mulai hari esok awak hantar bekal dekat saya, ya? Nanti kita boleh makan sama-sama. Seramlah saya nak kerja kalau hari-hari kena kacau dengan Samdol tu." Kata Muiz.
Terangkat kening Mahairah. "Eh, mana hilangnya Muiz Aiman yang pailang dulu tu? Dulu bukan main belasah orang sana sini. Takkan dengan Mak Nyah tak berani?"
"Amboi, kau... bukan saya tak berani cuma saya kesian. Dia tu... naluri dia tu naluri perempuan. Baru kena tunjal nanti menangis mengadu dekat HR. Tak pasal-pasal saya kena buang kerja." Juih Muiz.
"Kesian ke jatuh cinta?" Mahairah menduga.
"Otak kau jatuh cinta dengan perempuan jadian macam tu. Aku straight, ya!" Muiz mencubit manja lengan isterinya. Kemudian, dia menggeletek Mahairah sehingga perempuan itu ketawa persis Pontianak.
Puan Aminah yang mencuri-curi dengar perbualan mereka dari luar bilik mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi. Dia tumpang gembira sekiranya anak tirinya itu betul-betul bahagia memperisterikan Mahairah.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...