BAB 12

5.2K 154 2
                                    

PUAN Aminah mundar-mandir di halaman rumah. Sudah beberapa hari Muiz tidak pulang ke rumah. Sejujurnya, hati tuanya dihambat rasa risau. Walaupun Muiz cuma anak tirinya tapi dia telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia ingin menjaga dan membentuk Muiz selayaknya anak kandung.

Ya, dia akui dia pernah melakukan kesilapan tapi tidak bermakna dia tidak boleh berubah. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini layak mendapatkan peluang kedua.

Bukannya dia tak cuba menelefon Afiq, iaitu sahabat baik anak tirinya tapi jawapan Afiq sangatlah hambar. Afiq sendiri tidak tahu tentang keberadaan Muiz.

Hidupkah Muiz?

Matikah Muiz?

Dia ingin tahu.

BERGEGAS Afiq mendapatkan Muiz setelah lelaki itu mencelikkan mata. Jauh dalam hatinya berharap memori Muiz tidak terhakis tentang dirinya. Sejahat-jahat Muiz pun, lelaki itu satu-satunya sahabat yang dia ada.

"Iz, kau dah sedar?" Dia menyapa.

Samar-samar raut wajah itu dipandang. Muiz mengangguk kecil. Gelombang suara Afiq seakan-akan familiar di halwa telinganya.

"Kau ingat aku, kan?"

Muiz angguk lagi.

Afiq menarik nafas lega. Syukur kerana memori tentang dirinya tidak terhakis di kotak fikiran Muiz. Lantas kerusi ditarik. Dia bingkas duduk di sisi kanan Muiz.

"Apa lagi yang kau ingat? Cuba kau beritahu aku, Iz. Nanti aku panggil doktor untuk periksa kau," ujar Afiq.

Muiz diam seribu bahasa. Matanya berkerdip seolah-olah tidak bermaya. Dia tidak ingat apa-apa. Kecuali Afiq dan seseorang.

"Afiq..." Panggilnya.

"Ya, Iz?" Sahut Afiq.

"Aku ingat kau."

"Lagi?"

"Ma... Mahairah."

Terjongket kening Afiq. Dalam banyak-banyak nama, kenapa mesti Mahairah? Dia bingung. Bukankah sepatutnya Muiz ingat Umairah. Sementelah Umairah pun ada di sini.

"Iz, bukan ke kau sukakan Umairah? Macam mana pula kau boleh ingat Mahairah?" soal Afiq kebingungan.

"KFC..."

"Kenapa dengan KFC?"

"Aku ingat. Aku jatuh cinta pandang pertama dengan dia di KFC." Beritahu Muiz.

Afiq tercengang. Sah, otak kawannya tengah bermasalah sekarang. Mungkin akibat daripada kemalangan tempoh hari. Mustahil Muiz sukakan Mahairah. Tersangatlah mustahil!

"Tu aje yang kau ingat, Iz?" soalnya.

Muiz mengangguk.

"Mak Cik Aminah, kau ingat?"

Muiz menggeleng.

"Umairah?"

Muiz menggeleng lagi.

"Okey. Kau ingat kau kerja apa?" soal Afiq. Kalau pasal kerja pun Muiz lupa memang payahlah jawabnya.

Lama Muiz diam membisu. Sebenarnya dia sedang cuba mengingat pekerjaannya. Dia lupa semua perkara. Hanya Afiq dan Mahairah sahaja memori yang tersisa dalam benak fikirannya.

"Iz..."

"Aku tak ingat."

Ah, masak!

Afiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bangkit semula dari duduknya. Terpaksalah dia menghadap orang atasannya untuk menjelaskan tentang keadaan Muiz sekarang. Kalau boleh dia nak Muiz berehat buat sementara waktu sehinggalah memori lelaki itu kembali semula.

"Kau sambunglah rehat. Aku nak jumpa doktor kejap. Bangun-bangun terus masuk air kau ni." Keluh Afiq. Kecewa juga sebenarnya kerana Muiz banyak lupa semua benda.

Tanpa melengahkan masa, Afiq melangkah keluar dari wad yang menempatkan Muiz. Kaki diatur ke lif. Dia ingin menemui Doktor Radj untuk mengambil tahu dengan lebih terperinci lagi tentang keadaan Muiz.

"BENDA tu normal."

Afiq diam seribu bahasa setelah mendengar jawapan Doktor Radj berkaitan tindak balas Muiz sebaik sahaja dia sedar.

"Benda tu tak normal, doktor. Dia ingat saya dengan kawan saya tapi dia lupa benda lain. Sampai benda yang dia suka pun dia boleh lupa," jelas Afiq.

"Itulah yang dilalui oleh orang amnesia, Encik Afiq. Amnesia ni ada pelbagai bentuk dan pelbagai peringkat. Kalau cedera di kepala memang macam-macam kemungkinan boleh terjadi," ujar Doktor Radj.

"Tapi benda tu pelik, doktor." Afiq merengus perlahan. Wajahnya diraup.

"Benda tu tak pelik kalau encik banyakkan buat kajian tentang penderita amnesia dan banyakkan bergaul dengan mereka. Mungkin Encik Muiz hanya kehilangan 90% memorinya. Masih ada 10% lagi yang bersisa. Itu menunjukkan impak positif di mana kawan encik boleh sembuh kalau kita semua mainkan peranan penting untuk pulihkan kawan encik," ujar Doktor Radj. Senada.

Afiq menekur lantai. Tak guna berdebat kerana dia bukan doktor. Nafas dihela perlahan. Dia perlu cari ayat untuk jelaskan tentang keadaan Muiz kepada orang atasannya.



HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now