Bab 60

5.5K 163 4
                                    

BUNYI kicauan burung semakin membuatkan Muiz berasa semangat. Tuala dililitkan ke pinggang. Dia melabuhkan punggung di birai katil lalu dahi Mahairah dikucup perlahan.

Perempuan itu masih tidur tapi dia tahu jauh di sudut hati paling dalam, Mahairah terluka dengan sikapnya.

"Sorry. Aku dah janji tak nak berkasar tapi aku dah terkasar. Kau tak nak ikut permintaan aku. Kau cabar kesabaran aku. Kau sibuk nak minta cerai." Katanya di tepi telinga Mahairah.

Muiz memintal rambut Mahairah lalu dihidu dalam-dalam. Nafsunya naik lagi. Inikah rasanya cinta? Sentiasa bernafsu dengan orang yang mereka sayang? Entahlah. Muiz sendiri tidak pasti. Dia tiada pengalaman bercinta. Dia cuma ada pengalaman mencintai tetapi tidak dicintai.

Baru sahaja bibir hendak didaratkan ke lurah dada perempuan itu, telefonnya berdering. Dia berdecit. Telefon yang berada di bawah bantal dicapai malas. Tertera nama Encik Radzi di skrin telefonnya. Tanpa gentar panggilan itu diangkat.

"Ini mesti kerja kau, kan syaitan! Kau culik anak aku. Pulangkan anak aku!" jerkah Encik Radzi dari dalam corong telefon.

"Baba ada bukti ke nak tuduh-tuduh Iz macam tu?" Muiz sekadar berbasa-basi.

"Syaitan! Anak aku hilang. Siapa lagi nak ambil dia kalau bukan kau. Pulangkan Mahairah sebelum aku buat report polis. Dasar sampah masyarakat. Najis dadah!"

Menggelegak hati Muiz dibuatnya. "Iz tahu, Iz jahat. Tapi, Iz bukan najis dadah. Iz cuma salah pilih pekerjaan. Ya, memang Mairah ada dengan Iz. Baba tak payah masuk campur urusan kami. Iz boleh dakwa baba dekat mahkamah la sebab sembunyikan seorang isteri daripada suaminya."

"Siapa nak dengar cakap sampah masyarakat macam kau? Aku tak nak cakap panjang. Aku nak kau pulangkan Mahairah sekarang jugak."

Muiz gelak sinis. Dia yakin mesti bapa mentuanya itu sakit hati mendengar gelakan itu.

"Suka hati baba la. Untuk pengetahuan baba, Mahairah tengah tidur lena dalam pelukan Iz sekarang ni."

"Hei, setan! Kau buat apa dengan anak aku?" Semakin menggila Encik Radzi dibuatnya.

"Buat apa? Buat seperti yang seorang suami buat dekat isteri dia la. Baba jangan masuk campur urusan rumah tangga kami. Sampai mati pun Iz takkan lepaskan Mairah. Dia milik Iz. Bukan milik baba lagi! Kalau baba berani buat report polis, Iz akan tembak Mairah. Biar Iz hilang isteri. Baba pun akan hilang anak perempuan baba ni." Ugut Muiz.

"Kau jangan berani apa-apakan anak aku. Baik. Aku akan ikut cakap kau tapi tolong pulangkan Mairah dekat aku. Kau tak layak untuk dia Muiz. Aku dah jumpa orang yang lebih layak untuk jaga anak aku."

"Never! Lebih baik baba pergi kesiankan anak bongsu baba yang dah macam anak pungut duk tagih kasih sayang orang lain sana tu. Mairah, Iz punya!" Usai berkata sedemikian, Muiz mematikan panggilan.

Muiz mencampak telefonnya ke tepi. Dia ingin meneruskan niatnya untuk meniduri Mahairah yang entah kali keberapa tetapi niatnya tergendala apabila tangan perempuan itu menghalang perbuatannya.

"Cukup. Jangan seksa saya lagi. Awak dah puas, kan? Saya bukan pelacur, Muiz." Mahairah membuka matanya diiringi dengan aliran air mata.

Muiz sentap. Rambut Mahairah dielus-elus lembut. Dahi Mahairah dikucup sekilas untuk menunjukkan rasa kasihnya kepada Mahairah.

"Aku minta maaf. Kau pergilah mandi. Aku pun nak keluar cari makanan. Nanti malam boleh buat BBQ." Kata Muiz lalu menjauhi isterinya.

"Sampai bila awak nak kurung saya dekat rumah kaca ni? Tolonglah... jangan seksa saya lagi. Apa yang awak nak dekat saya lagi ni Muiz?"

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now