Bab 39

3.7K 150 8
                                    

SEJAK dari kejadian itu, hubungan Encik Radzi dan Umairah menjadi retak. Dek kerana tidak mahu berhadapan dengan Umairah, Encik Radzi banyak meluangkan masanya dengan Mahairah. Dia berbuat  sedemikian kerana rasa sakit hatinya terhadap penipuan si anak bongsu belum reda lagi.

"Baba..." Lembut suara Mahairah memanggil ayahnya yang sedang termenung sambil memegang tangkai cawan berisi air kopi yang masih panas.

"Ya, Mairah?" Sahut Encik Radzi.

"Baba izinkan tak kalau Mairah nak kerja balik dekat tempat kerja lama Mairah tu?" soal Mahairah, lembut. Gusar kalau Encik Radzi melarang kehendaknya.

Daripada dia berterusan makan hati. Lebih baik dia penuhkan jadual hariannya dengan bekerja. Sekurang-kurangnya dia tak adalah nak makan hati sangat bila suaminya asyik melebihkan Umairah.

Berkerut dahi Encik Radzi dibuatnya. "Kenapa nak kerja pula ni? Muiz tak bagi nafkah ke dekat Mairah? Dia ada apa-apakan Mairah, ya?"

Laju Mahairah menggelengkan kepalanya. "Bagi aje baba cuma Mairah bosan duduk terperap dalam rumah ni. Sekurang-kurangnya kalau Mairah kerja adalah aktiviti yang Mairah nak buat."

"Baba sebenarnya tak larang pun kalau Mairah nak kerja ke apa cuma sekarang ni Mairah dah jadi isteri orang. Izin suami tu penting. Gi minta izin dengan Muiz." Arah Encik Radzi. Birai cawan didekatkan ke bibirnya.

Mahairah melepaskan dengusan. Bebola matanya bergerak-gerak ke setiap sudut ruang makan itu. Tak payah minta izin Muiz pun tak apa. Lelaki itu bukan kisah pun pasal hidup dia.

SENGIHAN di bibir Muiz semakin menjadi-jadi. Seronok kerana Umairah semakin berlembut dengan dia. Sejak kejadian gadis itu memeluknya di ruang tamu, dia perasan tingkah Umairah yang sedikit demi sedikit menjadi ayu. Semakin membuak-buak rasa cintanya kepada adik iparnya itu.

Muiz menggigit bibirnya sendiri sambil membayangkan detik-detik dia menikahi Umairah. Dia janji. Dia akan menjadikan gadis itu perempuan paling bahagia sekali.

Krekk!

Bunyi kuakan pintu mematikan lamunannya. Senyumannya hilang serta-merta bila nampak sosok tubuh yang amat dibencinya melangkah masuk ke dalam bilik peraduannya. Dia masih sakit hati dengan sikap acuh tidak acuh Mahairah kepadanya.

Sudah dua minggu Mahairah seolah-olah hendak menjauhkan diri daripadanya. Bukan setakat itu sahaja, mereka pun dah tidak tidur sekatil. Dia tidur di atas katil sementara Mahairah tidur di lantai beralaskan totto tebal. Perempuan itu sengaja nak mencabarnya.

"Lambat kau masuk bilik malam ni. Kau ada mengadu apa-apa ke dekat baba kesayangan kau tu? Maklumlah baba, kan dah buang Umai. Seronoklah kau jadi anak kesayangan dia." Sindir Muiz.

Mahairah merengus perlahan sambil membentangkan totto ke atas lantai. "Hal Umai tak ada kena mengena langsung dengan saya. Kalau abang risaukan dia sangat cepat-cepatlah ceraikan saya. Kahwin dengan dia sana."

Muiz berang. "Kau ni memang tak sabar sangat nak jadi janda ke apa?"

"Sekurang-kurangnya elok lagi jadi janda daripada hidup dengan lelaki macam abang ni. Dayus." Senada.

Membuntang mata Muiz. Perkataan dayus itu betul-betul menaikkan api kemarahannya. Lantas dia bangun dari duduknya lalu mengheret Mahairah ke atas katil.

"Kau ulang sekali lagi ayat kau!" Jerkahnya.

"Pekak ke?"

"Semakin melampau kau, kan? Aku diam makin menjadi-jadi perangai sial kau tu. Hormat sikit aku ni masih suami kau."

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now