EPILOG

10.3K 235 19
                                    

PINTU dibuka. Encik Radzi menarik keluar semua surat-surat yang dia terima dari petinya. Ada satu surat yang menarik perhatiannya. Sampul dibuka. Tersenyum dia saat membaca kad tersebut. Kad undangan pernikahan Nizam dengan pasangannya.

"Alhamdulillah... akhirnya kahwin juga dia." Katanya perlahan. Kaki diatur ke dalam rumah. Kelihatan Azman dan Umairah sedang bersuap-suap makanan.

"Haih... suami kamu tu doktor haiwan. Bukannya tak mampu nak sewa rumah ke apa. Pergilah duduk rumah sendiri sana kalau nak sweet-sweet macam ni. Sakit mata baba dibuatnya." Tegur Encik Radzi.

Umairah tersengih manakala Azman meletakkan semula sudu ke pinggan. Mereka saling berpandangan sebelum Umairah menjawab kata-kata bapanya itu.

"Eh, mana boleh baba. Anak baba yang seorang lagi tu dah tentu duduk dengan emak mentua dia. Kami duduklah dengan baba. Kesian baba duduk seorang diri, kan? Nanti Umai dah ada anak mesti meriah rumah baba ni," ujarnya.

Berkerut dahi Encik Radzi dibuatnya. "Apa-apa ajelah. Hujung bulan Ogos ni marilah kita semua pergi Kelantan. Nizam... anak Pak Cik Hassan tu nak nikah."

"Wah... mesti cantik bakal isteri dia." Umairah memuji.

"Kenapa pula sayang?" soal Azman. Ah, lelaki itu memang blur kadang-kadang. Itulah... banyak sangat bercakap dengan haiwan agaknya.

"Yalah. Jaranglah isteri tentera tak cantik. Entah-entah dia jumpa perempuan tu dekat OMI tak? Ramai la tentera main OMI sekarang ni." Kata Umairah.

"Binatang apa pula OMI tu?" Encik Radzi menggaru kepalanya. Macam-macamlah dunia sekarang ni. Semakin pelik.

"OMI tu aplikasi untuk cari jodoh, baba. Baba tak nak cuba ke? Manalah tahu bini Man ni dapat emak baru." Seloroh Azman. Dia terus menjerit kesakitan apabila dicubit oleh Umairah.

"Abang jangan nak ajar baba bukan-bukan, eh! Lempang karang." Menjegil mata Umairah dibuatnya. Azman sudah menikus ketakutan.

Encik Radzi mengetuk dahunya dengan jari telunjuk. "Nanti Man tolonglah donlodkan untuk baba. Manalah tahu terjumpa Ella ke Siti Nur Haliza ke apa."

"Boleh baba!"

"Abang! Hisy!" Umairah mencubit lagi lengan suaminya. Kali ini dengan lebih kuat. Jeritan Azman pun dah macam jeritan orang perempuan tak tahan nak beranak.

PANGGILAN telefon dimatikan. Mahairah membuang pandangannya ke skrin televisyen semula sambil tangannya memgusap-usap kepala Hasya yang sudah tidur lena di pangkuannya. Sedap betul anak dara itu jadikan paha dia sebagai bantal.

"Siapa yang telefon tu?" soal Puan Aminah. Sesekali dia memerhatikan cucunya yang sudah tidur pulas. Dia tersenyum sendiri. Syukur kerana Mahairah boleh menerima Hasya seadanya.

"Baba, ma," jawab Mahairah.

"Kenapa dia call? Nak suruh balik rumah dia ke apa? Boleh saja. Selasa ni saya cuti." Selar Muiz.

"Eh... taklah. Baba cuma beritahu yang hujung bulan Ogos ni anak kawan dia nak kahwin. Ehem! Lelaki yang pernah bertunang dengan saya tu. Baba cakap dia dah nak kahwin dengan kawan satu kem dengan dia. Baba cakap sempatlah dia selidik sikit. Dia pre-interview Pak Cik Hassan dalam telefon." Jelas Mahairah bersungguh-sungguh.

Muiz mencebik. "Baguslah dia dah nak kahwin. Lega sikitlah hati saya ni. Kalau tak sampai sekarang saya asyik terfikir dia masih simpan perasaan dekat awak. Lagi-lagi awak tu dah tak comot."

Puan Aminah menggelengkan kepalanya. Anak tirinya bukan main lagi cemburunya tu. Tahulah isteri dah cantik tapi kawallah sikit rasa cemburu. Dia risau perasaan cemburu Muiz akan menjadi barah dalam hati lelaki itu.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now