Bab 65

4.4K 162 7
                                    

LAMA Muiz tenggelamkan dirinya di dalam air. Persis hendak bunuh diri pun ada juga. Kata-kata isterinya masih segar dalam ingatan. Sedar tidak sedar sudah dua minggu setengah mereka menetap di glass box itu tanpa melibatkan diri dengan orang luar.

Jika ada pengunjung datang hendak bermandi-manda ataupun bermalam pasti Muiz akan mengurungkan dirinya di dalam glass box sahaja. Termasuk jugalah isterinya.

"...Anggap saja cinta kita dah lama berakhir..."

"Abang Aiman!"

Seruan seseorang membuatkan Muiz tersedar daripada renyap. Nasib baiklah dia masih boleh bernafas. Sia-sia saja kalau mati. Tak pasal-pasal jadi hantu air.

Kepala diangkat. Wajahnya diraup dengan telapak tangan. "Ada apa Mira panggil abang ni?"

"Bukan apa... Mira tengok lama betul abang berendam dalam kolam tu. Mira takut kalau abang mati lemas," ujar Mira.

"Tak adalah. Abang tengah tenangkan fikiran. Itu yang rendam diri dalam air. Ada hantar apa-apa ke?"

Mira mengangguk lalu menyerahkan bungkusan berisi pad itu kepada Muiz. Dia tersenyum-senyum.

"Itu saiz besar Mira beli. Takut bini abang tak muat kalau beli yang biasa. Lepas ni abang nak suruh Mira beli apa lagi?"

Muiz menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa dah. Pergilah balik. Thank you belikan pad untuk isteri abang. Tiba-tiba pula dia datang bulan."

Mira menjuihkan bibirnya. "Ya ke datang bulan? Entah-entah perut dia tu kena busung tak... lepas tu berlaku pendarahan. Eii! Habislah abang lepas ni jadi duda kacak. Tapi tak apa, Mira sudi jadi pengganti."

Muiz menjulingkan matanya ke atas. Perempuan ni tak boleh layan lebih-lebih. Semakin menjadi-jadi dia nanti.

"Tak adalah. Isteri abang tu badan saja besar tapi masih sihat walafiat. Biasalah orang perempuan datang bulan. Macam Mira jugalah. Atau... Mira dah expired?"

Membulat mata Mira dibuatnya. "Abang Aiman ni cakap macam tu pulak! Mira belum expired lagilah."

"Abang cakap saja. Okeylah... pergilah balik. Abang nak mandi ni lepas tu nak masuk tempat tidur abang."

Mira menghentakkan kakinya sebelum melangkah pergi. Sengajalah tu nak halau aku. Tak nampak ke aku sanggup berkorban macam-macam sebab nak bagi dia nampak aku, bebelnya dalam hati. Pintu kereta ditarik kasar.

TIDAK selesa. Pad dipakai persis gaya orang lama. Diikat pad itu dengan kain yang dijadikan persis seluar dalam. Suaminya memang kurang ajar sungguh. Mereka bukannya duduk di dalam hutan sampai perlu berpakaian seperti itu. Apalah salahnya belikan pakaian dalam dia sekali.

"Awak tahu tak darah haid tu bau busuk. Lepas tu awak suruh saya pakai kain tirai tu buat jadi seluar dalam. Awak nak saya cuci berapa kali? Mana sempat kering!" Bentak Mahairah.

"Dah tu nak buat macam mana? Aku sendiri tak tahu nak buat apa. Terpaksalah pakai cara kuno tu," jawab Muiz bersahaja. Dia senanglah. Dia memang bawa segala kain bajunya.

"Saya tak laratlah nak hidup macam ni, Muiz. Awak betul-betul seksa saya tahu tak! Awak tahu tak saya tak selesa hidup macam ni. Awak senanglah. Awak bau busuk nanti awak cari juga perempuan lain." Suara Mahairah sudah naik seoktaf. Melepaskan rasa tidak puas hatinya itu.

"Dah tu takkanlah kau nak pakai aku punya seluar dalam. Mana muat." Muiz masih lagi berlembut.

"Habis tu awak tak fikir ke pasal saya? Saya tak selesa hidup macam ni! Tolonglah lepaskan saya. Saya merayu dekat awak. Tak guna awak kidnap saya macam ni. Saya tak bahagia hidup macam ni. Baba saya tak pernah nak besarkan saya dengan cara kuno. Tapi bila dengan awak... awak buat saya macam ni." Tangisan Mahairah semakin menjadi-jadi. Sungguh dia penat dengan semua ini.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now