UDANG goreng tepung dihidangkan ke atas meja makan. Tersenyum-senyum Muiz memandang inspektor baharu yang akan menjadi lauknya itu. Dia menyandarkan badan ke dada kerusi.
"Kalau tuan cover kami. Hari-hari hidup tuan senang. Tuan nak check-in hotel pun boleh sebut nama Robert. Dia tolong bayarkan apatah lagi makanan dengan duit tepi. Asalkan tuan cover kami." Muiz membuka suara tanpa berbasa-basi.
"Oh, jadi inilah punca awak nak ajak saya keluar makan? Sebab awak tahu Jumaat nanti pihak polis akan rush pub majikan awak tu?"
Muiz terkulat-kulat tetapi dia masih lagi cuba untuk bertenang. "Nama pun business, tuan. Kalau lingkup business kami ni. Mana lagi saya nak cari kerja gaji sedap, tuan. Saya ni bukan orang pandai."
"Salah ambil rasuah ni."
Muiz berdecit. Susah betullah nak makan umpan orang tua ni, gerutunya dalam hati. Dia menegakkan posisi duduknya. Tajam matanya menikam ke dalam mata inspektor yang berusia lebih kurang 40-an itu.
"Ini bukan rasuahlah, tuan. Ini namanya kita tolong sesama bangsa. Tuan pun hidup senang juga nanti. Kalau nak harapkan gaji tuan aje memang akhir bulan kering punya." Gesa Muiz.
"Tapi..."
"Tuan dah kahwin?"
"Dah."
"Tuan ada anak?"
"Ada. Tiga orang. Dua orang masih belajar di UITM, Skudai. Lagi seorang tu baru nak masuk tingkatan lima tahun depan."
"Haa! Tengok. Tuan sendiri banyak tanggungjawab nak uruskan. Kalau cuma bergantung pada elaun dan gaji memang tak cukuplah tuan. Anggap ajelah tuan tolong saya. Saya tolong tuan," ujar Muiz bersungguh-sungguh.
Muiz nampak lelaki di hadapannya itu seolah-olah terdiam sejenak. Manusia. Kalau disogok dengan duit mesti akan kalah punya. Sebab apa? Sebab manusia hanya ingin menjaga perutnya sendiri.
"Baik. Saya setuju. Tapi, awak kena ikut apa yang saya nak. Bayar apa yang saya suruh dan sebagainya. Kalau tak saya akan bongkarkan perangai sampah kamu semua."
Muiz mengangguk tanda bersetuju. Perangai sampai kami semua? Engkau sendiri yang rela nak makan rasuah, getus hati kecilnya.
"Tuan makanlah. Saya belanja. Nanti kalau tuan nak bawa keluarga tuan makan dekat Asam Pedas Kampung Kak Sue ni cuma sebut aje nama Robert tak pun nama Muiz. Tuan boleh makan secara percuma. Nanti bos saya yang akan turun bayarkan." Beritahu Muiz.
"Baik."
ENCIK Radzi bergegas menuju ke dapur sambil membetulkan kolar kemejanya. Dia akan menghadiri majlis hari jadi cucu rakan baiknya yang menetap di Bukit Perdana.
Acap kali dia ajak anak-anaknya ikut sekali tapi mereka tidak mahu. Dia juga perasan akan hubungan si kakak dan si adik yang kelihatan tidak akrab seperti kebiasaannya.
"Baba nak pergi ke rumah Pak Cik Abu Sufyan dulu. Betul ke ni Umai dengan Mairah tak nak ikut sekali?" Encik Radzi masih lagi cuba mengajak anak-anaknya pergi.
"Betul baba. Umai nak siapkan masak tengah hari. Baba janganlah lama-lama dekat rumah orang tu. Basi nanti masakan Umai tak ada orang makan," ujar Umairah sambil memotong cili hijau. Pelannya, dia ingin memasak ayam sambal hijau.
Encik Radzi tersengih. Kalau dah anaknya masak. Apalah kudratnya nak menolak. "Mairah pula. Betul ke ni tak nak ikut baba? Suami kamu tu awal-awal pagi lagi dah keluar."
Mahairah yang sedang mencuci pinggan mangkuk menoleh. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil.
"Mairah takut Abang Muiz cari Mairah nanti. Tak apalah baba pergilah," jawabnya.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...