Bab 67

4.2K 152 6
                                    

LESU tangan yang memegang gagang biru itu. Mulutnya terketar-ketar seolah-olah tidak mampu mengeluarkan sebuah kata-kata. Hanya sepasang mata yang menjadi saksi betapa pedihnya sekeping hati melihat seorang lelaki yang amat disayangi masih meringkuk di dalam tirai besi.

"Mama akan cuba lakukan yang terbaik supaya Iz cepat dibebaskan. Anggap sajalah apa yang mama lakukan ni demi menebus kembali semua dosa-dosa silam mama dekat keluarga Iz," ujar Puan Aminah. Sebak.

"Tak apa. Iz dah lama maafkan mama. Duduk di sini mengajarkan Iz banyak benda. Biji-biji kebencian yang tertanam dalam hati Iz pun dah melebur. Iz tak nak bila Iz mati nanti masih ada rasa kebencian yang berbekas buat mama," ujar Muiz pula.

Puan Aminah meraung-raung. Setelah sekian lama dia menantikan kemaafan daripada anak tirinya itu akhirnya hari ini dia dapat memperoleh kemaafan daripada lelaki muda itu.

"Terima kasih, Muiz. Dah lama mama nantikan kemaafan daripada kamu. Iz... Hasya pun rindukan Muiz. Hari-hari dia berdoa supaya Muiz dan Pak Cik Afiq dia dibebaskan," ujar Puan Aminah.

Muiz menundukkan kepala. Sudah tentulah enam tahun kemudian Afiq akan dibebaskan sedangkan dirinya masih meringkuk di dalam sel kerana dia memiliki senjata api, iaitu pistol.

"Kalau kami dibebaskan... nasib kami dah tak sama macam dulu. Orang sekeliling akan pandang kami sebagai banduan." Muiz bersuara lagi setelah beberapa saat membisukan diri.

"Tidak ada mana-mana manusia yang layak menghukum kecuali Allah SWT. Dia tahu Iz kuat nak hadap ujian-Nya. Sebab itulah dia uji kamu." Selar Puan Aminah.

Muiz hanya tersenyum kelat. Mungkin kalau dia tidak meringkuk di dalam penjara... mungkin sampai sekarang hatinya akan keras. Mungkin sampai sekarang dia akan lari sehingga ke hujung dunia.

"Percayalah cakap mama, Iz. Pendosa yang akhirnya bertaubat itu sebenarnya lebih mulia daripada orang yang kononnya tidak pernah berbuat dosa." Ssmbung Puan Aminah.

"Mairah ada datang jenguk Hasya dan mama tak?" Muiz menukar topik perbualan mereka.

Puan Aminah menggelengkan kepalanya. "Mama tengok dalam Facebook ayah dia. Mairah dah bertunang dengan lelaki lain. Umairah pun sama. Majlis mereka mungkin dijalankan serentak."

Luluh. Seolah-olah hatinya ingin keluar dari jasad. Muiz terus meletakkan gagang telefon lalu berdiri dari duduknya. Tanpa menghiraukan ibu tirinya, dia mengatur langkah ke tempat peraduannya semula.

Puan Aminah turut meletakkan gagang telefon. Dia tahu sebab Muiz memberikan reaksi seperti itu. Muiz kecewa setelah mendengar orang yang dia sayang akan menjadi milik lelaki lain.

KEDATANGAN Puan Aminah dan Hasya membuatkan hati Encik Radzi dan Umairah kurang senang. Dua beranak itu mempamerkan mimik muka menyampah dengan wanita separuh abad itu. Hasya pula hanya duduk diam tanpa bicara.

"Jemput minum mama." Hanya Mahairah yang ikhlas melayan ibu mentuanya itu dengan baik.

Usai menuangkan teh panas di dalam cawan Puan Aminah dan Hasya, Mahairah melabuhkan punggungnya di sebelah bapanya. Manakala Umairah pula berdiri di belakang mereka berdua.

"Ada apa mak cik datang ke rumah kami ni? Hubungan kakak saya dengan anak tiri mak cik tu, kan dah lama berakhir." Umairah mencerlung Puan Aminah.

Mahairah menoleh ke belakang lalu menjegilkan matanya. Memberikan amaran kepada Umairah supaya tidak lancang mulutnya.

"Mak cik datang cuma nak ucapkan tahniah kepada kau orang berdua. Masing-masing dah dipertemukan dengan lelaki yang tepat. Tambahan lagi, mama nak minta maaf dekat Mairah sebab gagal jadi ibu mentua yang baik." Puan Aminah menjeda.

"Waktu Mairah jadi isteri Muiz... hari-hari mama fikir nak buat kau orang bercerai. Mama nak satukan Muiz dengan anak kawan mama sebab mama rasa Mairah tak layak untuk Muiz. Mairah masih ingat lagi tak apa yang mama cakap dengan Mairah dulu?"

Mahairah hanya menggelengkan kepalanya. Terlalu banyak benda yang dia fikir sehingga dia banyak melupakan sesuatu.

"Hanya orang yang kuat layak berdamping dengan Muiz Aiman. Sekarang sudah terbukti yang Mairah tak layak berdamping dengan Muiz."

"Memanglah tak layak sebab anak awak tu penjenayah. Samseng! Penagih dadah. Ahli Kongsi Gelap! Makan duit haram!" Suara Encik Radzi naik seoktaf. Sakit hatinya bila Puan Aminah seolah-olah hendak menghina anak sulungnya.

Hasya berkerut dahi. Dia pelik dengan keadaan yang sedang dihadapinya itu. Seolah-olah nendanya dengan lelaki tua itu sedang bergaduh. Walau bagaimanapun, dia masih diamkan diri. Hanya menikmati teh yang dibancuh oleh Mahairah.

"Tak cukup dengan tu baba... dia pergi buat benda terkutuk tu dengan siapa entah sampai lahir anak haram tu!" Tambah Umairah. Jari telunjuknya lurus menuding Hasya. Dia tidak membenci Hasya. Dia cuma menegakkan apa yang betul.

Pang!

Mahairah yang tidak dapat menahan kelancangan mulut adiknya itu terus menampar Umairah. Tangannya menggeletar hebat. Umairah sudah terdiam seribu bahasa.

"Jangan sesekali panggil Hasya tu dengan panggilan macam tu. Dia tak salah. Akak pun dah lama lupakan pasal tu." Amaran Mahairah dengan mata yang berbinar-binar.

Tersentak kecil. Mahairah menunduk ke bawah. Kelihatan tangan Hasya kemas menggenggam tangannya. Anak kecil yang menjangkau usia 8 tahun itu melorekkan senyuman kecil.

"Tak apalah kakak. Hasya dah biasa. Dulu pun papa selalu panggil Hasya macam tu. Kawan Sya cakap, anak haram tu anak yang tak ada ayah. Maksudnya papa bukan ayah kandung Sya la."

Hati Puan Aminah seolah dirobek-robek setelah mendengar Hasya berkata begitu. Cepat-cepat dia mendapatkan Hasya lalu tas tangannya pula disangkutkan ke bahu.

"Maaf kalau kehadiran saya ke sini hanya menambahkan api di dalam keluarga yang sudah panas. Untuk Mairah. Mama harap Mairah dapat buat keputusan yang terbaik." Kata Puan Aminah sebelum mengatur langkah meninggalkan rumah Encik Radzi.

Mahairah meraup wajahnya. Dia duduk lemah di sebelah Encik Radzi. Tangan bapanya itu digenggam kemas.

"Baba... sudah-sudahlah tu. Biar Mairah yang buat keputusan tentang hidup Mairah. Mairah tak nak kahwin dengan Nizam. Mairah tak cintakan dia. Dia tak cintakan Mairah. Mairah cintakan Muiz." Tersedu-sedu Mahairah menangis.

Encik Radzi menepis kasar tangan Mahairah. "Keputusan yang Mairah buat bukan keputusan yang terbaik. Hidup Mairah pernah hancur disebabkan keputusan Mairah sendiri untuk kahwin dengan lelaki tu. Baba tak nak Mairah terluka lagi."

"Dah dua tahun, baba. Dua tahun! Selama dua tahun ni Mairah relakan saja baba dan Umai aturkan hidup Mairah. Cukuplah! Biar Mairah buat keputusan. Mairah dah besar." Tempelak Mahairah.

"Keputusan baba muktamad. Mairah tetap akan kahwin dengan Nizam. Kau orang dah bertunang. Jangan nak malukan air muka baba!" Herdik Encik Radzi lalu bangkit dari duduknya.

Mahairah turut berdiri. "Selama ni baba pernah ambil tahu tak berapa butir mutiara yang mengalir di pipi Mairah sebab rindukan Muiz. Sebab kecewa dengan perbuatan baba dan Umai. Tak pernah, kan? Sebab apa... sebab baba tak nak ambil tahu pun!"

Terhenti langkah Encik Radzi dibuatnya. Dia tidak menoleh tetapi dia mendengar. Buku limanya dikepal kuat menahan rasa geram di hati.

"Tolonglah baba. Bagi Mairah atur hidup Mairah sendiri. Yang sakit pun Mairah. Yang derita pun Mairah. Yang bahagia pun Mairah. Sekali jahat tak selamanya jahat." Kata Mahairah separuh merintih.

Tanpa menghiraukan kata-kata anaknya. Encik Radzi lekas beredar. Semakin lama dia mendengar luahan hati Mahairah, jiwa tuanya akan semakin memberontak.

Umairah menghampiri kembarnya. "You're too much kakak!"

Kepergian Umairah dihantar melalui ekor mata. Mahairah merenung dinding dengan pandangan sayu.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now