Bab 54

4.4K 172 12
                                    

PANG!

Muiz hanya merelakan mukanya yang kacak itu ditampar berkali-kali oleh telapak tangan lembut itu. Dia sedar akan kesalahan yang dia buat selama ini telah menghancurkan kebahagiaan orang lain. Kerja yang dipilih akhirnya mendatangkan risiko kepada diri keluarganya juga.

"Puas hati kau hancurkan keluarga aku? Puas! Kenapalah kau ni teruk sangat, Muiz Aiman? Kenapa? Kawan-kawan kau yang lain elok aje jadi doktor, jadi polis semua tu tapi kau ni kenapa lebih pilih nak jadi samseng! Kau tahu tak disebabkan kau ayah aku hampir mati!" Bersungguh-sungguh Umairah menghamburkan api kemarahannya kepada Muiz.

Bukan itu sahaja. Sudah satu hari setengah ayahnya masuk hospital barulah Muiz terhegeh-hegeh hendak menyuruh pihak hospital menelefonnya. Bukannya dia tidak boleh telefon nombor Encik Radzi sendiri cumanya dia menyekat nombor ayahnya disebabkan terasa hati.

"Iz tahu Iz salah. Iz cuba telefon Mairah berkali-kali tapi tak dapat. Sebab tu Iz suruh pihak hospital telefon Umai. Sebab Iz tahu, kalau Iz sendiri yang telefon mesti Umai tak angkat. Tapi apa-apa pun Umai jangan risau. Baba cuma cedera di paha dia. Doktor dah keluarkan dah peluru. Baba tengah rehat. Mungkin dia terkejut dengan kejadian tu," ujar Muiz panjang lebar.

"Senanglah kau cakap sebab bukan kau yang kena. Nasib baiklah baba aku hidup lagi kalau mati orang tua tu aku tak tahu macam mana aku dan kakak aku akan pandang kau!" Herdik Umairah.

"Jangan nak salahkan Muiz seratus peratuslah. Kau pun jadi anak tapi tak guna. Bukan reti nak jaga ayah sendiri, sibuk lari ikut jantan. Tahu-tahu hari ni datang dengan jantan hingusan ni." Afiq mencelah.

Tajam matanya mencerlung Azman. Siapa sangka, Umairah akhirnya berhubungan dengan bekas bakal tunang tidak jadi kakaknya sendiri.

"Hei, sampah masyarakat! Kau tutup ajelah mulut busuk kau tu. Hubungan aku dengan Azman tak ada kena mengena dengan baba aku dekat dalam tu yang merana disebabkan kau orang dua!" Selar Umairah.

Azman mendapatkan gadis itu. "Tenang, Ira. Saya tak nak awak stress. Bahaya untuk kesihatan awak."

Afiq mencebik. "Saya tak nak awak stress. Tahu ke kau pasal stress manusia. Bukan kau cuma tahu pasal stress haiwan aje ke?"

"Diamlah bodoh!" Herdik Umairah. Tidak dapat dibendung lagi api kemarahannya itu. Sakit jiwa dia dengan sikap Muiz dan Afiq.

Muiz meraup wajahnya. Sekarang bukan waktunya untuk dia cemburu akan hubungan Umairah dengan Azman. Ada benda lebih penting lagi yang dia perlu buat. Dia perlu tahu ke manakah isterinya menghilangkan diri.

"Umai, Umai ada contact Mairah?" soal Muiz. Nada suaranya diperlahankan lagi.

"Kenapa?"

"Umai tahu ke mana dia?"

"Hei, dia bini kau. Selama 24 jam dia dengan kau. Manalah aku tahu!"

"Umai yakin, Umai tak ada sembunyikan apa-apa daripada Iz? Umai tak sembunyikan Kak Mairah, kan?"

Umairah berdecit. "Buang masa ajelah aku nak sorokkan bini orang. Memang patut pun akak aku lari. Dia pun jijiklah nak mempersuamikan gangster macam kau ni. Tak sangka semua cerita Mafia yang aku tengok dalam TV tu rupa-rupanya ada di dunia nyata. Jijik!"

Kata-kata Umairah tidak dihiraukan. Biasalah perempuan kalau marah memang macam-macam yang keluar dari mulutnya. Muiz segera menarik Afiq agar mengekorinya. Setibanya di laluan gajah menyusur di HSNI, dia membuka bicara.

"Aku rasa kehilangan Mairah ada kena mengena dengan baba. Aku rasa baba yang sembunyikan Mairah. Aku kena jejaki perempuan tu, Fiq sebelum Robert yang jumpa dia." Keluh Muiz. Dia nekad ingin membetulkan semua yang telah terjadi.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now