HILANG mood Muiz nak healing bila nampak Afiq bawa sekali sesuatu yang dia amat benci. Tajam matanya menikam ke dalam mata bulat si kecil yang sudah lama tidak munculkan diri di hadapannya.
"Kau ni memang musibat la, Fiq. Kau ajak aku keluar lepak lepas tu kau bawa anak haram ni sekali kenapa? Kau nak naikkan baran aku ke?" soal Muiz tidak puas hati. Lurus jari telunjuknya menuding Hasya yang duduk tegak di hadapannya, bersebelahan Afiq.
"Jaga mulut kau sikit, Iz. Anak haram ni darah daging kau. Tak ada salahnya pun aku bawa dia sekali. Aku jenguk dia dekat rumah anak yatim tadi. Nenda dia cakap nak datang tapi tak datang. Jadi aku ambillah dia jumpa kau. Dia rindukan kau," ujar Afiq bernada tegas.
"Dia bukan darah daging aku la, sial. Aku tak ada anak haram. Semua tu jadi sebab salah perempuan tu goda aku." Nafi Muiz. Lantang.
"Alah, kau pun sama ajelah. Kau pun melayan. Kalau kau tak layan tak adanya budak ni wujud depan kau ni. Dah-dahlah, Iz. Kau dah besar. Terima ajelah kesilapan yang kau pernah buat. Aku ni memang jahat tapi aku tak tergamaklah nak sakiti anak kecil yang tak berdosa ni," ujar Afiq lagi.
Afiq akui yang perangainya pun lebih kurang macam sahabatnya itu cuma buat masa kini dia belum wujudkan lagi seorang anak. Walaupun dia selalu berzina. Dia tetap berhati-hati.
Hasya terkebil-kebil memandang bapanya itu. "Papa, apa maksud anak haram?"
Cepat-cepat Afiq menekup mulut Hasya. Isyarat senyap diberikan. "Jangan cakap macam tu lagi. Tak baik. Dengar cakap uncle."
Muiz merengus kasar. Cepat-cepat dia mencapai kunci keretanya. Dia ingin beredar dari restoran ala-ala Thai itu tetapi kata-kata Afiq mematikan tindakannya.
"Dah sampai masanya Mahairah tahu yang dia dapat anak instant. Nak tak nak isteri kau kena terima Hasya. Kau pun kena fight untuk dapatkan hak penjagaan Hasya walaupun nipis. Sampai bila kau nak tengok budak ni terperap dalam rumah anak yatim tu?" Kata Afiq.
"Kau tak faham bahasa ke apa, Fiq? Aku tak nak budak ni. Kalau kau nak sangat, kau pergilah angkat sumpah. Jadikan dia anak angkat kau." Marah Muiz.
Hasya yang tidak tahu apa yang dibahaskan oleh dua orang lelaki itu hanya memasang telinga. Dia tidak berani masuk campur ketika kondisi papanya yang sedang marah itu. Takut dia pula yang dimarahi nanti.
"Apa yang kau takut sangat ni, Iz?"
"Aku tak takut."
"Dah tu jujur ajelah dengan Mairah yang kau ada anak. Dia mesti faham. Aku kesianlah dekat budak kecil ni. Dicampak ke sana. Dicampak ke sini. Harapkan kasih sayang nenda dia sepanjang hayat. Kalau mampus emak tiri kau tu. Siapa lagi yang nak bagi kasih sayang dekat budak ni?" soal Afiq. Bengang.
Muiz menyepak kerusi plastik di sebelahnya itu. Mujurlah di restoran itu cuma ada mereka berdua sahaja. Taklah dia malu sangat.
"Aku tak takut pun kalau Mairah tahu pasal budak ni. Aku cuma risau kalau Umai yang tahu. Hubungan aku dengan Umai baru nak baik. Kau jangan cari masalahlah, Fiq." Katanya.
"Apa Umai boleh buat kalau dia tahu yang kau ada anak? Dia bukan isteri kau pun." Sindir Afiq.
"Memanglah. Esok lusa aku akan nikahi dia juga lepas aku ceraikan kakak dia tu. Aku tak nak Umai bagi tanggapan buruk dekat kisah silam aku. Aku nak buang kisah silam aku. Termasuklah budak tak guna ni." Kata Muiz.
"Kau boleh buang kisah silam kau tapi kau tak boleh buang anak kau sesuka hati kau. Dia perlukan kau la, Iz." Bidas Afiq.
"Kau tak faham bahasa ke syaitan? Dia tu anak haram. Dia tak ada nasab aku pun. Dia bukan hak aku. Dia hak emak dia. Kau pergi cari emak dia sanalah. Menyesal aku ikut kau lepak hari ni. Chao dululah!" Muiz yang semakin berang lantas angkat kaki dari situ tanpa menghiraukan panggilan Hasya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...