KEADAAN Muiz semakin membaik. Puan Aminah pun melayan dia seperti putera raja. Tidak dinafikan, masakan Puan Aminah sangat sedap. Buktinya perut dia dah buncit sedikit.
Haih! Lepas ni kena on diet. Selalu kena on track. Apa taknya asyik makan lepas tu tidur, gerutunya dalam hati.
"Iz, mama nak ke rumah Mak Cik Saodah. Dia ada buat makan-makan. Anak bujang dia baru aje balik dari umrah tiga hari lepas. Iz nak ikut?" Ajak Puan Aminah.
Muiz memalingkan tubuhnya menghadap Puan Aminah. Dia menggelengkan kepalanya. Entah bagaimanakah dia yang dahulu. Apa yang dia tahu, dia tidak suka akan majlis keramaian. Tidak kisahlah kenduri ke majlis hari jadi bahkan kenduri tahlil jenazah pun dia tidak minat nak pergi.
"Mama pergilah. Makanan tu nanti tapau aje balik rumah." Katanya.
"Iz tak bosan ke duduk rumah? Iz ikutlah mama. Sekurang-kurangnya Iz boleh pulihkan ingatan Iz sedikit demi sedikit."
"Tak apalah, ma. Lain kalilah. Iz ada tempat yang Iz nak pergi kejap lagi." Sekali lagi Muiz menolak.
Terbit rasa risau dalam hati Puan Aminah. Anak tirinya nak ke mana pula? Jangan-jangan Muiz nak cari tahu latar belakangnya. Habislah dia. Terbongkarlah rahsia dia nanti. Dia tak nak Muiz membenci dirinya lagi.
"Iz nak ke mana?" Ada getaran di hujung ayat Puan Aminah.
"Jumpa kawan."
"Iz nak drive?"
"Haah."
"Tak payahlah, Iz. Mama risaulah. Kamu dah pernah kemalangan. Dah hilang ingatan pula tu. Mama takut nak biarkan Iz memandu. Lagipun, dah malam ni," ujar Puan Aminah.
Muiz melepaskan keluhan berat. Dia tak suka dirinya dikawal macam anak kecil. "Ma, Iz dah sihatlah. Dah nak masuk dua bulan lebih Iz melanguk di rumah. Iz bosanlah, ma."
"Sebab tu mama ajak Iz ikut mama tapi Iz yang tak nak. Banyak kali dah mama ajak Iz ikut mama pergi rumah kawan-kawan mama."
"Iz tak suka duduk di tempat yang ada ramai orang. Iz tak ingat macam mana Iz yang dulu. Cumanya Iz ikut kata hati. Iz tak suka majlis keramaian. Kalau mama ni betul mama kandung Iz mesti mama tahu perangai Iz macam mana." Kata Muiz bersahaja.
Puan Aminah tersentak. Dia terdiam. Akhirnya dia mengalah. "Tak apalah. Iz pandu kereta hati-hati. Apa-apa nanti beritahu mama. Kereta arwah papa tu mama bawa, ye."
"Baik."
SELEPAS diberhentikan di tempat kerj lama, Mahairah kembali semula bekerja di cawangan KFC di Jalan Rogayah. Mungkin sampai matilah agaknya dia berkhidmat untuk atuk KFC.
Sebab dia diberhentikan kerja di tempat lama hanya remeh. Dia cuma menampar muka seorang lelaki warga asing yang cuba meraba punggungnya ketika dia sedang menghantar air minuman. Memandangkan kelakuannya diperhatikan oleh pelanggan lain, dia diberhentikan serta-merta oleh majikannya atas tujuan untuk menjaga reputasi perniagaan.
Walau bagaimanapun, Mahairah puas hati kerana dapat menampar lelaki warga asing itu. Biar lelaki itu tahu yang dirinya bukan seorang wanita yang mudah disentuh.
Satu keluhan berat dilepaskan. Jauh dalam sudut hatinya masih lagi tertanam sebaris nama Muiz Aiman. Teringin sekali dia mengetahui kondisi lelaki itu tapi ego menghalang.
"Ah, lantaklah. Fokus kerja, Mairah. Fokus kerja." Gumamnya. Dia bingkas ke ruang cashier untuk menggantikan tugas rakan sekerjanya.
"Selamat datang. Dine-in or take away?" soalnya kepada seorang pelanggan berbangsa India yang sedang berdiri di hadapannya.
"Take away, miss. Give me snack plate set and regular fries. Add on cheese too. Thank you."
KAKI melangkah masuk ke dalam bangunan KFC. Muiz hanya mengikut firasat hatinya dan nafsu makannya sahaja. Tiba-tiba pula tekaknya teringin nak makan KFC. Sebaik sahaja bayang Puan Aminah hilang, dia pun turut keluar dari kediamannya.
Matanya tajam merenung telefon. Dia sedang berbincang dengan Afiq. Dia menyuruh Afiq untuk mencarikan kerja buat dirinya memandangkan dia dah semakin sihat.
Jadi money dealer pun macam best juga. Jumpa orang lepas tu kutip hutang. Macam pernah buat kerja ni. Tapi takkanlah aku kerja macam tu dulu, getus hati kecil Muiz.
Lama sangat mengelamun sehingga Muiz tidak sedar tubuhnya telah pun berdiri di hadapan juruwang KFC.
"Muiz..." Mahairah terkejut.
"Mairah." Muiz turut terkejut.
Jadi inikah punca jiwanya meronta-ronta ingin makan KFC? Rupa-rupanya dia akan dipertemukan dengan cinta hatinya. Gadis yang selalu muncul di dalam lenanya saban malam.
"Sayang..."
Panggilan itu membuatkan jantung Mahairah berdegup kencang. Muiz yang berada di hadapannya bukanlah Muiz yang dia kenal. Dunianya berubah kelam.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...