Bab 33

4K 161 4
                                    

"BUANG tebiatlah kau ni, Iz. Orang lain dah kahwin duduk asing-asing. Kau pula pergi cari pasal duduk dengan bapa mentua kau. Nanti kalau ada masalah kau ingat orang tua tu boleh nak pertahankan kau? Mestilah dia pertahankan anak-anak dia." Afiq membebel setelah mengetahui yang Muiz duduk sekali dengan Encik Radzi di dalam satu rumah yang sama.

Afiq menghirup milo panas yang baru dipesannya sebentar tadi. Dia mempamerkan mimik muka selamba sahaja. Seolah-olah tak ada apa yang berlaku.

"Aku ada hak dalam rumah tu. Aku tak takut pun la. Yang penting aku mesti dapatkan cinta hati aku balik." Tegas Muiz.

"Hak apa, hamlau?"

"Hak aku la."

"Yalah, apa dia?"

"Mahairah. Tu hak aku."

"Memanglah. Dia bini kau."

"So kalau orang tua tu nak cari pasal, aku kenakan baliklah anak dia. Berani dia nak sentuh aku. Eh, ini Muiz la!" Kata Muiz membangga diri.

Afiq menggelengkan kepalanya. "Kau ni sejak baik dari sakit semakin kejam aku tengok. Bukan dekat isteri kau saja. Dekat orang yang tak reti bayar hutang pun kau tak bagi peluang."

"Nak hidup, Fiq. Kenalah jadi kejam. Cukuplah orang pergunakan aku waktu aku tengah mereng masa tu." Balas Muiz. Senada.

Afiq menjeda sebelum membuka suara. Ingin mengatakan tentang tujuan utama mereka bertemu di Asam Pedas Kampung Kak Sue.

"Robert suruh aku cakap dengan kau pasal ni. Inspektor yang biasa cover kegiatan kita tu dah kena tindakan. Kantoi ambil rasuah." Beritahu Afiq.

"Macam mana boleh kantoi? Aduh, bukan senang nak cari polis yang boleh sekepala dengan kita. Susahlah bos nak buat business pub dia kalau setiap minggu asyik kena kacau." Muiz merungut.

"Business pub tu tak apa lagi. Budak-budak Robert yang pergi hantar dadah ke sempadan tu lagilah risau. Memang ke dalamlah jawabnya nanti. Nasib baiklah kau kemalangan masa tu. Kalau tak rasanya memang dia orang jumpa kau dalam penjara dulu dah." Keluh Afiq.

"Kalau Robert tak paksa aku buat. Tak adanya aku buat. Jahat-jahat aku cuma main perempuan. Bukan main dadah." Muiz merengus geram. Kedua-dua tangan disilangkan ke dada.

"Alah, kau ni. Dah ada isteri tu main isteri ajelah. Banyak cakaplah kau ni, Muiz. Dengar aku cakap kejap boleh tak?"

"Cakaplah."

"Robert nak kau jumpa seorang inspektor ni. Dia akan tak over kes. Jumaat nanti aku dengar-dengar dia nak rush pub kita. Kau ajaklah inspektor tu duduk sembang sambil bagi duit jajan sikit. Kau, kan mulut manis."

Muiz tercengang. "Aku lagi?"

"Robert suruh kau. Kau la buat. Robert pesan lagi. Pastikan berjaya. Kalau tak berjaya, dia pancung kepala kau lepastu buang dalam sungai." Afiq tersengih-sengih.

Gerun Muiz mendengar ugutan orang atasannya itu. Mana boleh pancung kepala dia. Muiz yang handsome cuma wujud satu saja dalam dunia. Sebab itulah Mahairah tergilakan dia.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now