BAGAIKAN seorang pencuri, Umairah melangkah masuk ke dalam rumah Encik Radzi. Dia menarik nafas lega kerana kereta ayahnya tidak ada. Dia yakin lelaki separuh abad itu sedang bersiar-siar di bandar.
Tanpa melengahkan masa. Umairah bergegas ke bilik tidurnya. Pintu dikuak. Dia lega kerana bagasinya masih elok terletak di sebelah katil peraduannya. Dia yakin tidak ada orang menyentuh segala kain bajunya.
Bagasi ditarik. Pintu bilik ditutup semula. Umairah melangkah keluar dari rumah itu dengan hati yang hiba. Langkah diayun menuju ke sebuah kereta berjenama Viva yang sedang menunggunya.
"Patah balik ke tempat tadi pak cik. Nanti saya bayar double." Arah Umairah kepada lelaki tua yang membawa Grab itu.
"Boleh. Adik kena tukar lokasi dalam aplikasi Grab tu." Arah lelaki tua itu.
"Okey," jawab Umairah.
FIKIRAN Mahairah seolah-olah kosong. Tanpa kemahuannya dia telah menjejakkan kaki ke bangunan hospital. Dia masih bingung. Dia masih kelihatan dungu kerana tidak dapat menangkap perbalahan antara tiga orang manusia itu.
"Kalau kau takut sangat nak jujur biar aku yang tolong kau jujur. Mairah tu isteri kau. Beritahu ajelah dia." Suara Afiq melengking tinggi.
Beritahu apa? Mahairah buntu.
"Aku dah ada dekat sini seperti yang kau nak. Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ni, Fiq? Kau kawan aku ke musuh aku ni? Kau patut sokong aku." Selar Muiz.
"Sebab aku selalu bagi muka dekat kau la kau naik lemak. Aku kawan baik kau. Sahabat kau. Dah jadi tanggungjawab aku untuk tegur kau."
Muiz melakarkan senyuman sinis. "Tegur aku? Kau siapa? Kau ustaz? Sedar sikit taraf kita sama."
"Lantak kau la!" Afiq terus berjalan keluar dari bangunan hospital itu tanpa menghiraukan Mahairah yang sedang memandangnya dengan penuh tanda tanya.
Puan Aminah pula berhadapan dengan Muiz setelah Afiq beredar. Lengan Muiz cuba disentuh tetapi ditepis kasar oleh lelaki itu.
"Mama tahu Iz bencikan mama. Tapi tak bolehkah Iz maafkan mama? Layan mama macam ibu Iz. Mama dah menyesal. Mama pun dah dapat kifarah mama. Buktinya, semua harta arwah papa. Papa bagi dekat Iz. Mama tak dapat satu sen pun harta-harta papa tu," ujar Puan Aminah bernada sebak.
"Sebab papa aku tak kaya sangat. Aku rasa kalau arwah papa aku betul-betul kaya kau dah lama berparang dengan aku." Sindir Muiz bersahaja.
"Iz cakaplah apa pun yang Iz nak cakap. Mama terima cuma tolonglah... tolong buka sikit pintu hati Iz tu. Yang dekat dalam tu anak Iz. Anak kandung Iz." Rayu Puan Aminah.
Menggigil badan Mahairah dibuatnya. Suaminya ada anak. Anak dengan siapa? Adakah lelaki itu telah melakukan sesuatu di belakangnya?
"Kau boleh diam tak?" Muiz pula naik angin satu badan. Celopar betul mulut ibu tirinya itu.
"Anak siapa? Apa yang awak buat di belakang saya selama ni, Muiz Aiman?" soal Mahairah dengan suara yang bergetar.
Muiz memandang isterinya lalu memandang ibu tirinya semula. Kali ini Muiz betul-betul benci dengan Puan Aminah yang seolah-olah sengaja nak kenakan dirinya.
"Mama tahu Mairah kecewa. Mama tahu Mairah terkejut sebab baru sekarang Mairah tahu yang Muiz ada anak dengan orang lain. Sebab tu mama tak suka Mairah kahwin dengan Muiz. Hanya perempuan yang kuat sahaja boleh terima hakikat yang suami mereka ada kisah silam," ujar Puan Aminah. Nada suaranya sengaja dibuat-buat sedih.
Setitis demi setitis air mata Mahairah jatuh. Di dalam fikirannya sudah bermacam-macam adegan antara Muiz dengan perempuan misteri itu lakukan. Dia tidak dapat bayangkan macam mana Muiz mengulit wanita itu kemudian mengulit dirinya pula.
"Kau jangan nak dengar cakap perempuan tua gila ni. Aku tak ada anak." Nafi Muiz. Jari telunjuknya menunjal kepala Puan Aminah.
"Mama tak tipu. Budak yang dekat dalam tu memang anak Muiz. Muiz paksa mama letak Hasya di rumah anak yatim piatu sebab Muiz bencikan Hasya." Sambung Puan Aminah lagi. Tunjalan Muiz langsung tidak berbekas dalam hatinya.
"Aku cakap diam tu diamlah!" Jerkah Muiz kepada Puan Aminah.
"Encik, jangan bergaduh di hospital ni. Kalau nak bergaduh boleh keluar." Tegur jagah yang sedang duduk di tempatnya. Muiz dan Puan Aminah terus terdiam.
Mahairah yang tidak dapat menampung lagi rasa ingin tahunya segera menekan butang lif. Dia bergegas masuk ke dalam perut lif dan menuju ke wad persendirian yang dimasukinya tadi.
SETIBANYA di wad yang menempatkan Hasya, Mahairah lantas menarik kerusi. Tadi hanya dia, Afiq dan Puan Aminah sahaja yang masuk melihat anak kecil itu sementara Muiz masih lagi menunjukkan lagaknya di lobi.
Senyuman Hasya tidak membuat hatinya gembira. Lama dia meneliti setiap sudut wajah Hasya. Dia akui Hasya ada iras-iras suaminya.
"Akak ni siapa? Tadi akak masuk dengan Uncle Afiq dan nenda. Tapi tadi akak diam aje tak cakap apa-apa dengan Hasya. Sekarang ni akak masuk lagi." Petah anak kecil itu berbicara.
"Hasya. Nama awak?" Air mata Mahairah menitis membasahi pipi.
Hasya mengangguk. "Ya. Kakak?"
"Mahairah," jawab Mahairah.
"Ooo... Kita pernah jumpa, ek? Akak ni kawan Uncle Afiq, ek? Ke akak ni kawan nenda Hasya?" soal Hasya bertubi-tubi. Jari telunjuknya mengetuk dagu seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
Mahairah kentalkan hati untuk menyentuh tangan si kecil. Dia menggelengkan kepala. "Tak. Akak isteri Muiz. Be... betul ke dia ayah awak?"
"Mairah!"
"Papa!" Bersinar-sinar mata Hasya tatkala melihat sosok tubuh ayahnya yang sedang berdiri di ambang pintu. Dia ingin turun mendapatkan lelaki itu tetapi dia takut jarum di tangannya tercabut.
Mahairah menoleh ke belakang. Tidak dapat dinafikan lagi budak itu dan suaminya memang ada pertalian darah. Dia bingkas bangun dari duduknya.
"Kakak. Itu papa Hasya. Hasya rindukan papa. Dah lama papa tak tengok Hasya. Papa bencikan Hasya." Kata Hasya bertubi-tubi. Tangan Mahairah digoyang-goyangkan.
Muiz melangkah merapati Mahairah lalu tangan Mahairah digenggam kemas. "Kau jangan nak dengar cakap anak haram ni. Aku nak balik sekarang."
Pang!
Menggeletar tangan Mahairah selepas menampar suaminya. Dia menghalakan jari telunjuknya betul-betul di depan muka Muiz.
"Kalau betul sekalipun budak kecil ni pegang status sehina itu tapi awak lagi hina. Dia wujud sebab kesalahan awak. Awak berzina. Budak ni tak ada salah apa pun dengan awak. Kalau awak tanya saya yang mana saya lagi jijik. Saya lagi jijik dengan awak, Muiz!"
Berasap satu badan Muiz dibuatnya. "Kau jangan nak kurang ajar. Kau tu bini aku. Kau tak ada hak nak sekolahkan aku. Lagi penting, kau tak ada hak nak jijik dengan aku. Ingat sikit dah berapa kali kau ada dalam pelukan lelaki yang kau anggap jijik ni."
"Sebab tulah saya jijik bila teringat perkara tu. Kalau boleh balik nanti juga saya nak sental semua badan saya. Sebab awak lagi najis daripada anjing dengan khinzir." Selar Mahairah.
Tsk... tsk...
Tangisan Hasya membuatkan kemarahan Mahairah dan Muiz menurun. Dua pasang mata itu segera memandang Hasya yang sedang meringkuk di atas katil hospital.
"Kenapa papa asyik nak marah. Dengan kakak itu hari pun papa marah. Dengan kakak ni pun papa marah. Papa selalu cakap Hasya anak haram. Hasya ada tanya kawan Hasya. Dia cakap anak haram tu anak yang tak diinginkan oleh ibu dan ayahnya. Sebab tulah papa buang Hasya." Luah Hasya dalam sendu.
Hati Mahairah dipagut rasa sayu. Walaupun dia belum ada pengalaman jadi seorang ibu tetapi dia memberikan satu pelukan hangat kepada anak kecil itu. Dia memujuk Hasya supaya tenang.
"Saya tak tahu nak jelaskan macam mana pasal dia dekat baba. Tolong, Muiz. Tolong jangan muncul depan mata saya sampai saya boleh terima semua ni." Mahairah turut menangis.
Hi. Jom beli ebook saya. Boleh klik link di bio saya. Terima kasih!
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...