"BARU balik dari mana tu? Takkan malam-malam buta pun ada kerja?" Soalan Encik Radzi membuatkan Muiz yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam rumah tersentak. Lekas dia memandang lelaki separuh abad yang sedang duduk di atas sofa itu.
Muiz tersengih persis kerang busuk. "Haah, baba. Ada hal sikit nak selesaikan. Itu yang tak balik malam tadi."
Encik Radzi bingkas bangun dari duduknya lalu menapak merapati menantunya. Tunak dia memandang ke dalam mata Muiz.
"Ada kerja ke gaduh dengan Mairah?" Tebaknya.
"Eh, mana ada. Iz dengan Mairah okey ajelah baba. Kami tak gaduh pun. Kami happy aje suami isteri." Nafi Muiz.
"Janganlah tipu baba. Semalam baba dengar kau orang bergaduh. Iz, baba pernah cakap kalau Iz tak mampu nak jaga anak baba. Tolong lepaskan dia. Tak eloklah hari-hari bergaduh sebab benda remeh." Tegur Encik Radzi.
Muiz terdiam. Ah, orang tua ni sibuk nak masuk campur urusan aku dengan Mahairah. Sibuk betul nak pasang telinga, gerutunya dalam hati.
"Iz minta maaf baba. Cuma biasalah rumah tangga tu ada pasang surutnya. Gaduh-gaduh manja tu hal biasa. Iz sayang Mairah, baba. Takkanlah Iz nak lepaskan dia," ujar Muiz sekadar berbasa-basi.
"Kalau betul Iz sayangkan Mairah, jaga dia baik-baik. Jangan buat baba hilang sabar dengan sikap kamu. Kalau Iz sayangkan Mairah, tolong lupakan Umai. Baba tahu Iz masih ada menaruh harapan dengan Umairah. Ingat, Muiz. Kamu tu cuma abang ipar Umai. Kalau Iz nakkan Umai, Iz kena lepaskan Mairah. Cuma baba cakap awal-awal. Kalau anak sulung baba pun kamu tak mampu nak jaga. Jangan mimpilah baba nak serahkan anak bongsu baba untuk kamu jaga," ujar Encik Radzi panjang lebar.
Membulat mata Muiz dibuatnya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Dia akui selagi Encik Radzi hidup selagi itulah impiannya ingin menjadikan Umairah sebagai isteri tidak akan berjaya. Nafasnya dihembus kasar.
"Baba tak payahlah ambil tahu pasal urusan rumah tangga kami. Baba cakap macam ni macam Iz ni jahat sangat. Iz tahu jaga bataslah." Katanya, geram.
"Kalau Iz tahu nak jaga batas tak adanya kamu pergi peluk Umai hari tu. Jangan ingat baba tak nampak. Baba perhati aje dari tingkap luar. Baba memang tak dengar kau orang cakap apa tapi baba nampak apa yang kau orang buat. Mairah pun nampak kamu peluk adik dia, Muiz." Herdik Encik Radzi.
Muiz terngadah. Dia kehilangan kata-kata. Dia hanya menunduk menekur lantai. Ligat otaknya memerah idea untuk membela diri sendiri.
"Macam nilah, Muiz. Baba bagi masa dekat kamu tiga bulan sahaja. Kalau dalam tempoh tu Iz masih lagi tak boleh nak bahagiakan Mairah, baba akan masuk campur. Baba akan paksa kau orang bercerai." Kata Encik Radzi sebelum beredar meninggalkan menantunya yang termangu-mangu di ruang tamu.
"Shit!" Muiz berdecit.
TERSENYUM Mahairah apabila manager di KFC Jalan Rogayah itu sudi menerimanya bekerja semula disebabkan branch di sana kekurangan juruwang. Dia melangkah keluar dari bangunan KFC itu dengan hati yang berbunga-bunga.
Dia tahu, dia berdosa kerana membelakangkan suaminya tapi cara ini sahaja yang dia nampak untuk jauhkan diri daripada suaminya itu. Dia berharap perasaannya kepada Muiz juga akan hilang sedikit demi sedikit. Sesungguhnya dia sudah lelah hendak mempertahankan rumah tangganya yang memang sudah retak menanti belah.
"Eh, gemuk!"
Mahairah segera memandang pemilik suara lunak itu. Siapa lagi yang berani memanggilnya gemuk kalau bukan Mastura, iaitu musuh ketatnya di tempat kerja suatu ketika dahulu. Sebelah keningnya terangkat tinggi.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...