MAHAIRAH terkulat-kulat dengan kehadiran tetamu. Tidak disangka, hari ini Encik Radzi menjemput keluarga Azman, iaitu lelaki yang bakal dijodohkan dengannya bertandang ke rumah.
Ingatkan kembali ugutan yang diberikan oleh Muiz tiga hari yang lalu membuatkan Mahairah cuak. Dirinya sentiasa diperhatikan walaupun Muiz tiada di depannya.
"Salamlah dengan Pak Cik Bakar dan Mak Cik Erma tu, Mairah." Arah Encik Radzi. Kalau anaknya payah sangat nak cari bakal suami, sebagai bapa biarlah dia campur tangan.
Mahairah akur. Tangan Encik Bakar dan Puan Erma dikucup. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun sukar. Sempat matanya bertentang dengan Azman.
Tidak dinafikan. Perwatakan Azman seolah-olah macam anak emak. Pakai kemeja pun tak tahu nak kemaskan bahagian kolar. Nampak selekeh pun ada juga. Muiz juga nampak smart!
Eh, kenapa nama Muiz juga yang muncul dalam fikiran dia ni? Mahairah menggeleng-gelengkan kepala. Ingin buang jauh-jauh nama lelaki keparat tu.
"Kamu tergeleng-geleng tu dah kenapa, Mahairah? Tak nak ke bertegur sapa dengan Azman?" soal Encik Radzi.
"Hah?"
"Tak apalah, Zie. Aku faham. Budak-budak ni malu-malu lagi. Lama-lama nanti dia orang okey la tu." Seloroh Encik Bakar. Paha anak terunanya ditepuk-tepuk.
"Haah, Zie. Anak teruna kami ni pun pemalu. Sesuai sangat dengan Mahairah. Si Azman ni pun berbuih dah mulut Erma. Erma suruh cari bakal isteri tapi tak cari-cari juga. Kerja dah bagus dah. Tapi bab mengorat perempuan memang failed. Tak macam abah dia." Seloroh Puan Erma pula.
"Ummi..." Azman terkulat-kulat. Nakal matanya memandang Mahairah.
"Betullah ummi cakap. Man tu sampai sekarang tak carikan ummi menantu. Kalau macam tu kamu kahwin ajelah dengan anak Pak Cik Radzi. Senang." Pintas Puan Erma.
Mahairah seolah-olah rasa mukanya berbahang. Terus melangkah ke dapur untuk membancuh kopi. Di dapur, dia mengelamun sejenak. Perlukah dia teruskan rancangan Encik Radzi untuk satukan dia dengan Azman atau dia ikut saja Muiz?
"Tapi, Mairah. Muiz nakkan adik kau. Dia tak sukakan kau. Kau pun benci dia. Abaikan ajelah dia tu. Masa depan kau lagi penting. Kalau kau dengan Muiz, kau memang tak ada masa depan." Gumam Mahairah sendirian.
Hampir dua minit mengelamun, Mahairah lekas-lekas menjerang air menggunakan hitter. Nafas dihela. Dia tersentak ketika telefonnya berbunyi. Tertera nama Muiz di situ. Bibir bawahnya digigit.
"Lama betul ambil masa nak jawab. Kau tengah buat apa? Seronok tengok muka bakal suami? Kau siap sekarang. Keluar! Aku ambil kau!"
Jerkah Muiz di corong telefon sebaik sahaja Mahairah menjawab panggilan itu. Terpejam mata Mahairah. Rasa nak marah tapi kena sabar.
"Kau pasang spy ke apa? Eh, boleh tak bagi aku bernafas sikit? Jangan ganggu aku. Kau pergi cari perempuan lain sana. Adik aku pun dah bahagia. Aku pun nak bahagia juga. Anggap ajelah kau dengan adik aku tak ada jodoh," ujar Mahairah. Senada.
"Tak. Sekarang ni kau nak aku cari pasal dengan bakal suami kau ke apa? Aku buat tu ikut sajalah. Aku tak nak perempuan lain. Aku nak adik kau. Faham?"
"Dah tu, pergilah cari adik aku kalau kau berani sangat. Aku Mahairah. Kakak dia. Jangan ganggu aku!" Herdik Mahairah. Lantas panggilan dimatikan.
Ya Allah. Tertekan betul hidup dia sekarang ini. Disebabkan Muiz, semuanya berantakan. Apa istimewanya adik dia sampai Muiz begitu tergila-gilakan adiknya?
"Mairah, dah siap belum air tu? Jangan buat keluarga Azman tertunggu-tunggu." Tegur Encik Radzi yang tiba-tiba muncul di ambang pintu dapur.
Mahairah tersentak. "Kejap lagi siap. Baba pergilah depan dulu. Nanti Mairah follow."
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...