"HARI ini bakai baju apa? Wah, kita bakai baju sedondonlah. By the way, bunggung awak mantap!" Afiq segera menampar punggung Muiz.
Terkejut beruk Muiz dibuatnya. Tangannya lantas memukul lengan Afiq. Tak guna betul jantan ni mencabul aku, gerutunya dalam hati.
"Kau merepek apa ni labu?" Marahnya.
Afiq gelak. "Kau takkan tak ikuti perkembangan dunia sosial ni, Iz? Sekarang tengah viral perempuan Melayu try lelaki Cina."
Muiz mengerutkan dahinya. Dia tahu cuma dia malas nak ambil tahu. Nama pun perempuan. Memang suka buat benda-benda bodoh.
"Perempuan sebelah mata besar sebelah mata lagi kecil ke macam mana?" Selamba Muiz menyoal.
Semakin kuat gelakan Afiq. "Sial kau mengutuk ciptaan Tuhan!"
"Dahlah. Tak payah nak sibuk hal orang. Ingat sikit hari ni kita ada misi. Si Maharathis A/L Harjeet tu dah empat bulan tak reti nak bayar hutang Robert." Muiz mendengus kasar.
"Masalahnya mana nak cari budak tu? Aku pergi rumah keluarga dia pun Si Harjeet cakap budak tu dah lama tak balik rumah. Telefon pun tak dapat-dapat. Robert tahu nak kekah tenaga kita aje." Kata Afiq tidak puas hati.
"Dah kita ni kerja dengan dia. Kita ni dah macam a bit mafia side, tau! Buat kerja-kerja kotor macam ni. Nak berhenti kena mati." Balas Muiz.
"Boleh aje nak berhenti cuma salah seorang daripada kita semua kena jibam la. Bocorkan semua business haram yang Robert buat sampailah kumpulan kongsi gelap ni dikuburkan." Usul Afiq.
"Macamlah senang. Kau jangan lupa bos kita yang lagi besar tu duduk dekat mana. Thailand, kan. Kau sentuh Robert, nyawa kau melayang apatah lagi kau lingkupkan business dia orang. Belum tentu kau selamat. Lagi-lagi negara kita ni memang dah lut dengan rasuah," ujar Muiz.
Afiq melepaskan satu keluhan berat. "Kau tak teringin ke Iz nak hidup macam orang biasa? Cari kerja yang halal. Bahagiakan anak dan isteri kau. Tak terlibat lagi dalam kerja-kerja jenayah macam ni."
"Nak tu memang nak cuma kita sendiri yang pilih jalan ni terpaksalah hadap. Lagi-lagi aku ni Robert dah anggap macam orang kanan dia. Semua benda aku kena follow."
"Kau tak rindukan Mairah?"
Soalan ringkas Afiq menyentakkan Muiz. Rindu? Adalah sikit, kut? Cumanya dia tidak tahu macam mana nak balik ke rumah bapa mentuanya. Dia yakin Mahairah sudah memburuk-burukkan dirinya kepada Encik Radzi.
"Dia bukan perempuan yang aku cinta. Aku tak rindu dia." Nafinya.
"Jangan tipulah, Iz. Kau dah tidur sekatil dengan dia. Dah rasa luar dalam dia. Dah jadi suami dia hampir nak setahun lebih. Mustahil kau tak ada perasaan sayang walaupun sikit."
"Aku cakap tak ada tu tak adalah."
"Kalau tak ada mesti kau dah ceraikan dia sekarang ni. Umai dah tahu kisah silam kau lepas tu dia lari tak mahukan kau. Jadi kau nak simpan Mairah buat apa? Sebelum ni memanglah kau nak gunakan Mairah untuk dapatkan Umai. Sekarang lain jadinya."
Muiz meraup muka dengan kedua-dua belah telapak tangannya. "Jangan ikut campur urusan rumah tangga aku, Fiq. Rimaslah aku."
Afiq memutarkan biji matanya. "Kalau dah sayang cakap aje dah sayang. Luahkan dekat si dugong tu. Perempuan ni suka overthinking. Jangan satu hari nanti kau yang terkejar-kejarkan dia."
Muiz tidak menghiraukan kata-kata Afiq. Dia memakai rantai silver di lehernya lalu mengenakan jam tangan G-Shock berwarna hitam. Penampilannya ketika itu betul-betul seperti seorang mafia di dalam cerita Turkiye.
PEMBERSIH muka jenama Simple dicapai. Usai membeli kelengkapan mandian, Mahairah melangkah keluar dari bangunan Watson. Matanya bergelintar mencari kereta Encik Radzi. Mujurlah bapanya itu ringan tulang hendak menemaninya berbelanja.
Sedang leka memerhatikan nombor plat kereta Encik Radzi, Mahairah terkejut apabila dia terlanggar seseorang. Lantas dia mendongak memandang lelaki itu. Hilang terus rasa baik hatinya nak minta maaf. Wajah bengis dipamerkan.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Muiz kepada isterinya. Dia sedang dalam usaha menjejaki musuhnya tapi lain pula yang dia jumpa.
"Buta ke? Tak nampak orang keluar dari Watson?" Mahairah mencerlung suaminya.
Walaupun Mahairah marah akan Muiz tapi dalam hatinya memberontak. Dia cair melihat suaminya. Muiz betul-betul nampak kacak apabila mengenakan pakaian serba hitam begitu. Cuma dia tidak suka lelaki itu memakai rantai. Haram hukumnya.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Baru tiga minggu lebih aku tak jumpa kau, kau nak kurang ajar dengan aku. Ingat sikit aku ni masih suami kau." Marah Muiz.
"Saya tak ada suami yang dah ada anak luar nikah dengan perempuan lain. Saya jijik."
"Jaga mulut kau sikit. Yang kau jijik ni masih lagi suami kau!"
"Lepas tu apa lagi? Ceraikan saya. Awak dengar, kan saya cakap saya dah jijik dengan awak. Saya tak boleh bayangkan macam mana awak sentuh perempuan di luar sana lepas tu awak sentuh saya pulak." Tempelak Mahairah.
Belum sempat Muiz membidas kenyataan isterinya, suara Afiq terlebih dahulu memetir. Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap seperti baru habis lari sepuluh pusingan di padang.
"Nak bercinta tu nanti-nantilah. Si Maharathis lari dekat belakang bangunan kedai mamak Sitra tepi tragfic light tu!" Beritahu Afiq.
Muiz segera mengekori langkah Afiq manakala Mahairah lantas memboloskan diri ke dalam perut kereta bapanya.
"Tadi tu Muiz, kan?" soal Encik Radzi kepada anak perempuannya.
Mahairah mengangguk. "Baba boleh follow dia orang? Mairah nak sangat tahu apa yang Muiz buat sebenarnya selama ni."
Tanpa banyak soal, Encik Radzi akur dengan kehendak anaknya. Clutch ditekan dengan kaki.
Setibanya di belakang bangunan kedai mamak Sitra, Encik Radzi memberhentikan keretanya. Dibiarkan sahaja Mahairah melangkah keluar dari perut keretanya.
Mahairah berjalan perlahan-lahan menghampiri tempat yang dipenuhi dengan kotak-kotak lama. Membulat besar matanya ketika melihat adegan yang dia sendiri tidak jangkakan.
Dia melihat suaminya sendiri ligat memukul seorang lelaki India sehingga dipenuhi darah di mukanya. Badannya menggigil hebat.
"Muiz Aiman!" Panggilnya.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...