BAB 24

4.3K 153 0
                                    

RALIT mata Mahairah menonton drama Korea di televisyen sambil mengunyah cemilan. Memandangkan semua kerja rumah telah dia siapkan. Bolehlah dia duduk berehat. Hilangkan rasa penat yang tengah bermaharajalela.

Sampai sahaja di adegan ciuman, tempat di sebelah Mahairah terasa berat. Seakan-akan ada seseorang duduk di sebelahnya. Cepat-cepat dia menoleh. Terangkat sebelah keningnya.

"Bila abang balik?" soalnya.

Muiz sengih. "Sayang khusyuk sangat tengok pelakon tu cium-cium sampai tak dengar abang buka pintu."

"Mana ada." Nafi Mahairah.

"Adalah. Abang perhatikan aje dari tadi. Ada yang halal tak nak praktikkan pula." Juih Muiz. Kan elok kalau Mahairah manjakan dia sekarang ni.

"Suka hati awak la." Mahairah kembali memfokuskan matanya ke kaca televisyen. Tidak diendahkan langsung suaminya di sebelah.

Muiz geram kerana wanita itu tidak menghiraukannya. Dia merengus kasar sebelum meletakkan kepalanya di atas bahu Mahairah.

"Hubby ada buat salah ke? Sayang asyik dingin je dengan hubby. Kejap okey. Kejap tidak. Cuba cerita apa masalah sayang sebenarnya?"

Berbulu telinga Mahairah apabila lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai 'hubby'. Dia tidak biasa dengan panggilan itu sebenarnya. Cepat-cepat dia menggelengkan kepala.

"Saya okey aje. Mungkin abang yang terlalu banyak fikir agaknya." Balasnya.

"Eleh, yalah tu. Sayang tu cubalah jadi macam Umairah, adik sayang tu. Rajin senyum. Ceria orangnya. Barulah awet muda. Ini tidak. Asyik sememeh aje muka tu." Muiz mula mengkritik isterinya.

Bagaikan ada petir menyambar hati Mahairah tatkala dirinya dibandingkan dengan adiknya. Cepat-cepat dia menjarakkan kedudukan mereka berdua.

"Abang dah ingat ke?"

"Ingat apa?"

"Umairah."

"Kenapa dengan dia?"

"She is your fi..."

Belum sempat Mahairah menghabiskan bicaranya, telefon Muiz berdering. Mahairah menghela nafas berat.

"Kejap, sayang. Si Afiq ni sibuk telefon abang pula. Abang jawab call kejap lepas tu nanti kita sambung cakap pasal ni." Muiz cepat-cepat bangun meninggalkan isterinya seorang diri di ruang tamu.

Kedua telapak tangan meraup wajah. Mahairah tersandar lemah di dada sofa. Bagaimanakah hubungan mereka dua, tiga tahun lagi nanti? Mampukah dia menerima hakikat bahawa cinta Muiz bukan buat dirinya?

"Sayang, abang dah habis call Afiq. Jom, kita keluar makan nak tak?" 

Suara garau Muiz memecahkan keheningan suasana. Mahairah tersentak kecil. Lamunannya pun hilang entah ke mana.

"Mairah dah kenyang. Lagipun, Mairah nak kemas dapur sikit. Lupa pula ada pinggan mangkuk yang belum dicuci." Kata Mahairah ingin mengelak ajakan suaminya.

Muiz kembali duduk di sebelah Mahairah. Tangan Mahairah digenggam kemas. Tunak matanya memandang ke dalam mata isterinya.

"Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby yang buat. Sayang tu permaisuri dalam rumah ni." Katanya.

Mahairah terkedu mendengar ayat itu. Dia menggigit bibir bawahnya. Tipulah kalau dia tidak bahagia. Tipulah kalau dia tidak terharu. Dia yakin, semua wanita di luar sana pun mengharapkan untuk dapat lelaki seperti suaminya.

"So bab basuh pinggan tu nanti biar abang yang buat. Sekarang sayang pergi bersiap. Kita keluar makan. Abang tak nak bidadari abang ni kurus. Tak sedap nak peluk nanti." Sambung Muiz lagi.

"Yalah. Abang tu kejap guna abang. Kejap guna hubby. Pening Mairah."

"Ala, tak apalah. Tukar-tukar nama panggilan barulah sweet. Cepat siap. Abang belanja makan banyak hari ni."

"Mesti adalah tu yang dia nak. Sebab tu sibuk nak ajak orang keluar makan." Selar Mahairah.

Muiz tersengih.

TERKEJUT Mahairah dibuatnya ketika dia menjejakkan kaki ke dalam sebuah kafe yang agak mahal pada pandangannya. Biar betul suami aku ni ajak aku makan di sini, getus hati kecilnya.

"Duduklah, sayang. Abang dah lapar ni." Ajak Muiz. Mereka mencari tempat duduk yang agak tersorok sedikit daripada pandangan para pelanggan di situ.

"Seriuslah abang?"

"Ala, MyKori aje pun. Abang saja aje bawa sayang makan dessert. Bagi lega sikit segala rasa panas dalam hati tu," ujar Muiz.

Mahairah mencebik.

"Sayang nak makan apa?"

"Mairah nak dessert buah ada tak?"

Muiz mengangguk lalu bangun menuju ke kaunter. Dia perhatikan saja tindak tanduk lelaki itu. Dia perasan, lelaki yang berada di kaunter itu seolah-olah takut akan suaminya. Tapi, kenapa?

Usai memesan dessert, Muiz kembali duduk di tempatnya. Tangan kanan Mahairah dicapai lalu dikucup mesra.

"Kenapa budak tu macam takut aje dengan abang?" Bibir Mahairah menjuih ke arah lelaki yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Muiz memusingkan badannya memandang ke arah kaunter. Mananya tak takut. Dia telah pukul lelaki muda itu dua minggu yang lalu kerana gagal bayar hutang.

"Entah," jawabya sepatah.

"Awak tak ada buat yang bukan-bukan, kan? Sampai sekarang saya masih pelik dengan pekerjaan awak. Setiap kali kita keluar makan ke pergi mana-mana ke mesti ramai aje yang macam kenal awak. Lepas tu, ramai yang macam takut dengan awak. Dah lama saya perasan benda ni sebenarnya." Kata Mahairah.

Muiz merengus kasar. Hilang mood terus apabila Mahairah mendesaknya soalan begitu. Tak boleh agaknya isterinya itu tutup mulut soal pekerjaannya.

"Abang tak buat benda yang bukan-bukan. Boleh tak Mairah jangan bagi abang tekanan dengan soalan yang macam ni?"

"Mairah cuma pelik. Ini dah lebih sepuluh kali dah Mairah tengok reaksi dia orang bila nampak abang. Budak lelaki tu pun takut dengan abang. Biasanya kalau orang takut macam ni sebab seseorang tu ada pengaruh besar yang boleh memudaratkan semua orang," ujar Mahairah.

"Maksud sayang?"

"Orang-orang yang selalu join Kongsi Gelap. Semua orang takut. Lagi-lagi dekat Batu Pahat ni ada dua Persatuan Kongsi Gelap. Sebab tu..."

"Jadi Mairah nak cakap abang ni gangster macam tu la?" Muiz mencelah.

"Bukan tu maksud Mairah, tapi..."

"Dahlah! Hilang mood la nak makan. Orang bawa dia datang sini sebab nak dating. Dia sibuk tanya macam-macam. Suka hati awak la nak bagi tanggapan apa-apa dekat saya pun!" Herdik Muiz seraya berdiri.

Mahairah terkejut kerana perubahan sikap mendadak suaminya. Dia akui. Muiz memang pantang jika dia ambil tahu pasal pekerjaan lelaki itu. Mesti suaminya akan naik angin.

"Saya cuma..."

"Kalau saya ni jahat sangat. Baik saya tak payah nikah dengan awak la, Mairah. Baik saya rosakkan aje awak! Benci betullah saya bila awak selalu ambil kisah pasal pandangan orang luar terhadap saya." Omel Muiz. Bengang.

"Saya tak cakap awak jahat. Saya cuma tanya. Sebab saya pelik. Kalau awak memang tak terlibat dengan jenayah-jenayah macam tu baguslah. Sebab saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan awak kalau betul awak ni gangster." Bidas Mahairah.

"Kalau saya gangster sekalipun awak jangan lupa yang saya ni masih suami awak. Sekali lagi awak persoalkan pasal pekerjaan saya, awak tahulah nasib awak. Dah, kita balik!"

Mahairah mendesis kesakitan apabila Muiz mencengkam pergelangan tangannya. Sumpah dia malu apabila lelaki itu memperlakukan dirinya persis anak kecil. Sesuka hati nak heret-heret dia keluar dari kafe itu.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now