TANGAN Umairah yang sedang memeluk pinggangnya dialihkan. Mahairah memerhatikan lagi penampilannya di cermin. Nampak elegan. Bawal berwarna biru yang dipakainya digayakan ala-ala Wardina.
"Awak tu dah jadi isteri orang. Tak malu ke masuk bilik kakak dia." Juih Mahairah.
Umairah tersengih. "Ala, laki kita dah pergi kerja. Bosanlah terperap dalam bilik. Baik kacau akak."
Mahairah memutarkan biji matanya ke atas. Haih... suruh duduk rumah sendiri tak nak. Sibuk nak duduk dengan baba. Lepas tu kerjanya mengacau orang saja, getus hati kecilnya.
"Kalau bosan pergilah rumah emak mentua kamu tu." Sindir Mahairah.
Umairah terkulat-kulat. Bukannya dia tak nak pergi cuma tahap malasnya untuk memandu bukan main lagi semenjak dah berkahwin ni.
"Akak bawakan boleh?"
"Eh, tak kuasalah aku." Mahairah menolak. Kepalanya digeleng-gelengkan. Tas tangan disangkut ke bahu.
Umairah mencebikkan bibirnya. Mentang-mentanglah dah kurus. Bukan main sombongnya tu. Tapi itulah... sejak dah kurus ni raut wajah Mahairah semakin iras dengan dia. Kadang-kadang Azman pun keliru mana satu isterinya.
"Dah. Akak nak keluar dulu dengan baba. Akak nak bawa baba cuba makanan dekat Pine Tree Hotel tu." Beritahu Mahairah.
"Untunglah..." Umairah mencebik. Kesian dia tak boleh nak ikut sebab dia sudah berjanji dengan Azman untuk mengikut lelaki itu makan tengah hari di luar nanti.
SETIBANYA di sana. Mahairah memilih tempat duduk. Buku menu yang berada di atas meja dicapai lalu dibelek-belek. Semuanya nampak sedap. Duitnya saja yang tidak sedap. Cuma hari pertama gaji dapat makan makanan yang mewah.
"Baba tengok asam pedas dia macam sedap. Mairah tak nak cuba ke?" soal Encik Radzi. Dia turut membelek-belek buku menu itu.
"Boleh juga. Ikannya pakai gram. Kejam mata ajelah tengok harga total dia berapa nanti." Seloroh Mahairah.
"Kalau mahal sangat tak payahlah, Mairah. Kamu tu cuma sales assistant bukannya manager. Risau pula habis duit kamu tu." Encik Radzi meletakkan kembali buku menu itu di tempatnya.
"Tak apalah, baba. Sekali-sekala apa salahnya. Kan, Mairah dah janji nak belanja baba makan." Keluh Mahairah.
Encik Radzi memandang muka anak perempuannya itu. Kalau dah cemberut begitu memang ada tanda-tanda Mahairah akan merajuk sekejap lagi.
"Ikut Mairah la."
RESUME dipegang kemas. Afiq dan Muiz melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Mereka berasa sungguh teruja kerana dipanggil untuk temuduga kerja. Masing-masing mengenakan kemeja hitam dan berseluar slek hitam. Gayanya ala-ala seorang Mafia.
"Kita dua ni macam ada vibes budak-budak suruhan Robert lagi, ek?" Afiq berseloroh.
"Banyaklah kau. Mangkuk ayun tu tengah gembira tembak dinding penjara. Jangan disebut." Muiz mencerlung rakannya.
"Are you Muiz Aiman and Ahmad Afiq?" soal seorang perempuan berbangsa Cina yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka berdua.
Afiq memerhatikan penampilan perempuan muda itu. Sudahlah cantik. Seksi lagi. Bagus betul kalau dapat usyar. Dia menelan air liur.
"Ya. Saya Muiz dan dia Afiq. Kami nak temuduga untuk jawatan housekeeping hotel ni. Memang masih ada kekosongan, kan?"
"Ya, ada. Come... I kena interview you all berdua. Kita duduk di Coffee House." Ajak perempuan itu.
Afiq dan Muiz akur. Langkah perempuan berbangsa Cina yang mengenakan tag nama Adlene itu diikuti. Kerusi ditarik. Dia melabuhkan punggungnya di meja bulat yang terletak di hujung kiri bartender.
Usai sesi temuduga dijalankan, Muiz dan Afiq menegakkan posisi duduknya. Rasa kematu di punggung. Banyak betul soalan yang mereka berdua kena jawab.
"My last question is... kamu berdua pernah terlibat dalam apa-apa criminal case or maybe pernah dipenjarakan?"
Afiq dan Muiz terdiam seribu bahasa. Lama mereka membisukan diri sebelum Muiz menjawab soalan cepumas itu. Baginya, lebih baik dia jujur. Daripada dia menipu. Nanti akan bagi impak buruk kepada dirinya dan sahabatnya juga.
"Ya. Kami bekas banduan. I dengan kawan I pernah sertai satu Kumpulan Kongsi Gelap bersenjata sebelum ni. Lamalah juga. Start habis sekolah sampailah enam tahun yang lepas. Now kami berdua dah 30 series... tak salah rasanya kalau kami nak cari kerja yang halal. For me past is past," jawab Muiz. Senada.
"Tapi status tu akan merosakkan imej hotel kami. Macam mana kalau customer nak tengok you all berdua lepas tu mereka kenal you all berdua?" soal Adlene. Ingin tahu.
"Kita orang ni mohon jawatan housekeeping bukannya front desk, Cik Adlene. Maksudnya pelanggan bukannya tengok kami 24 jam. Betul tak?" Selar Afiq.
Adlene diam sejenak sebelum menyambung bicaranya semula. "It's okay. Kalau you all terpilih nanti I akan call. You berdua boleh balik dulu."
"Baik."
Afiq dan Muiz bingkas bangun dari duduknya. Jiwa masing-masing sudah memberontak. Susah betul nak cari kerja zaman sekarang ni kalau ada memegang status seorang bekas banduan. Ah, dunia sungguh kejam!
"Kalau semua orang tak nak ambil kita bekerja. Terpaksalah kita buat kerja lama semula. Kau ketua." Usul Afiq.
"Banyaklah kau." Muiz mencerlung sahabatnya itu. Mereka melangkah ke pintu utama.
"Sedap, kan baba asam pedas tu? Bulan depan dapat gaji lagi nanti Mairah belanja lagi. Nanti kita bawa Umai dengan Azman sekali."
Suara itu... suara itu membuatkan jantung Muiz berdegup kencang. Dia amat mengenali suara itu. Apa taknya. Suara itulah yang dia rindukan saban malam. Tanpa melengahkan masa. Dia menoleh ke belakang. Matanya membulat besar.
Mahairah yang sedang seronok berbual-bual dengan ayahnya sambil berjalan turut terhenti langkahnya. Matanya tunak memandang raut wajah kacak yang amat familiar di pandangan matanya.
"Muiz..." Nama itu meluncur keluar dari bibirnya.
YOU ARE READING
HIS MAFIA SIDE [C]
Romance"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebal...