3

839 30 3
                                    

Setelah habis kelas , Farha membuka telefon pintarnya apabila telefonnya berbunyi .

"Assalamualaikum far"

"Waalaikumussalam ibu . kenapa?"

"Far free tak petang ni ?"

"Ada kelas dalam pukul 3 camtu"

"Aduh.. takpe lah , malam ni bersiap ye kita pergi dinner dengan family aunty Farah ."

"hm .. Far ada kerja sikit . Bye assalamualaikum "

"waalaikumussalam "

"Haih asal kau ni ? muka cam ada yang tak kena je" Tanya Pijah . "Nothing" Balas Farha malas

"alahai kau.. taknak kongsi lah tu . Takpa lah" Kata pijah merajuk . "haih kau ni ! Mengada je kojenya . Mak aku nak satukan aku dengan anak kawan dia . Malam ni kitorang dinner dengan family lelaki tu" Kata Farha berat hati .

"Hah?! serious lah ?!" Jerit Pijah . Farha terus menepuk peha Pijah . "Pehal kau ni terjerit ?! Memalukan hidup aku la" Marah Farha . Pijah tersengih .

"hehe sorry .. btw bila korang nikah ? kau tau ke lelaki tu sape ?" Tanya Pijah bertalu - talu . "Kau nak mati awal ke ? Aku tak tau lahh hishh dah jangan tanya pasal benda tu . Malas aku nak layan ." Balas Farha lalu bangun dari tempat duduknya .

Semasa perjalanan ke kafe , seorang junior Farha menahannya .

"Akak farha ." Panggil gadis itu . Farha menoleh . "ye , kenapa" Tanya Farha . "Sir Falliq mintak akak datang bilik dia lepas akak habis kelas nanti" Kata gadis tersebut .

Farha tercengang . "h-hah ? o-okayy thankyou mira" Kata Farha dengan senyuman terpaksa . Mira membalas senyuman dan berlalu pergi .

"Haih ! baru jadi assistant dia , dah kena panggil . ARGHHH stres nya hidup aku macam ni" Jerit Farha . Semua mata beralih kearahnya . Tapi tidak diendahkannya .

Setelah habis kelas , dengan muka masamnya Farha bergerak ke bilik Sir Falliq .

Tok !
Tok !
Tok !

"Masuk !" Sahut Sir Falliq . Farha dengan sebaiknya memaniskan muka .

"Ye kenapa Sir panggil saya ?" Tanya Farha sebaik sahaja masuk kedalam biliknya . Farha sempat melilau matanya mengscan setiap sudut bilik Sir Falliq .

Cantik . Penuh dengan barangan berwarna hitam . Hitam itu premium kan ?

"Saya nak awak tolong sampaikan this assignment kat semua orang . Ha by the way tomorrow i'm not here . So this is the work and please make sure all of student finish this assignment before monday . Tell them if they did not finish my assignment , I'll cut their final exam mark including you Najihah ." Jelas Sir Falliq tegas tanpa memandang muka Farha .

Farha sedikit terkejut apabila dia dipanggil Najihah ? Wait no one call me Najihah before this..

"Uhm , b-baik sir ." Balas Farha . "Nah take this , and you may go now ." Kata Sir Falliq . Farha terus keluar tanpa berkata apa apa lagi .

"Haih , stres hidup aku macam ni" Rungut Farha . Tiba tiba pintu bilik Sir Falliq terbuka .

"What are you doing here?" Tanya Sir Falliq . "H-hah ? tak saya nak balik dah . haaa assalamualaikum" Kata Farha terkejut dan berlalu pergi .

Sir Falliq tergelak kecil . 'What kind of girl is this ...'

"Wuish , mamat ni ada guna guna ke ? Bukan tadi dia tekun sangat ke tengok komputer dia ? Eee scaryy"

Setelah solat Maghrib Farha bersiap pergi dinner .

"Hmm nak pakai baju apa ek ?" Tanya Farha sendiri sambil membelek belek baju didalam wall drobe nya .

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now