18

720 28 2
                                    

"Ish, abang ni! Berani ke nak tampar Nia? Tamparlah!" Cabar Nia. "AKU KATA BLAH, BLAH LAH! KAU NAK SANGAT KE MERASA PENAMPAR AKU?!" Tengking Falliq.

Farha yang sedang menumis bahan masakan pun terkejut. Dia terus berlari ke ruang tamu

"Ab-abang kenapa ni?" Tanya Farha takut takut. Tak pernah dia nampak Falliq dengan muka gerun dia tu

Falliq tidak mengendahkan soalan Farha malah terus pergi meninggalkan mereka. Farha dengan berhati hati mendekatkan dirinya dengan Nia

"Kau okay tak?" Tanya Farha prihatin. "Tak payah nak tunjuk baiklah sial! Hipokrit" Bentak Nia lalu berlari menuju kebiliknya.

"Ibu, kenapa ni? Far tak faham" Tanya Farha memandangkan Puan Nazirah turut ada disitu. "Takde ape.. Sape lagi kat dapur tu? Ibu nak menolong juga, semalam tak tolong rasa segan pula" Kata ibu menukar topik

"Hm, Mak Jah dengan far je.. Ibu tak payah la, kan ibu tak sihat.. Rehat je" Tegah Farha. "Takpe, ibu dah sihat.. Ibu tolong mana mampu je" Kata Puan Nazirah tak mahu kalah.

Selesai memasak, Farha naik kebilik memanggil Falliq. "Ab-Abang.. jom makan kami dah siap masak" Panggil Farha.

"Hm, lepas habis makan ni bersiap kita keluar" Kata Falliq senada. "Ala saya-" Tidak sempat Farha melengkapkan ayatnya Falliq memotong

"Syurga kau kat mana? Kau tak bersiap aku tolong siapkan kau." Ugut Falliq. "Ee pervert! Yelah" Balas Farha pasrah. Nak menang dengan mamat ni memang susah.

"Tadi umi dengar suara Falliq tengking orang. Falliq tengking sape?" Tanya Puan Farah. "Nothing" Balas Falliq dingin

"Yelah kau nothing kata? Tadi Si Nia tu kutuk kak long. Tu yang abang long mengamuk" Kata Fasha. Hampir tercekik Farha mendengar

"Kau asal nak bukak cite kat sini lak? Tak nampak ke ramai orang?" Kata Falliq tegas. Fasha hanya menjelirkan lidahnya

"Dah, dah takyah nak gaduh depan rezeki. Nia, jaga attitude awak tu. Ingat awak perempuan, malu sikit awak bukan budak kecik lagi" Tegur Puan Farah.

Fasha tersenyum puas. Dah lama dia geram dengan Nia tu. Menggedik je kerja.

Selesai makan, Fasha mengajak Farha keluar. "Kak jom dating satgi." Ajak Fasha. "Tak boleh la.. abang long awak paksa keluar" Tolak Farha

"Ala, pujuk lah dia.. Sha tak pernah keluar dengan akak lagi.. Pleasee" Rayu Fasha. "Takde. Kak long kau ni aku punya, sukahati aku lah nak bawak kemana pun" Sampuk Falliq sambil memeluk tubuhnya

"Long, hensemnya kau harinii" Puji Fasha tiba tiba. "Aku tahu, setiap saat aku hensem" Balas Falliq angkat bakul sendiri. "Aku puji sikit je takyah la lebih lebih. Boleh la long.. kau keluar la dengan Nia tu.. Kau kan boleh spend time kat rumah nanti" Pujuk Fasha

"Kau sebut nama budak tu lagi, aku bagi penumbuk kat muka kau" Kata Falliq dingin. "Okay okay, sorry abangku.. Boleh la longg" Pujuk Fasha lagi.

"Okay, boleh. Tapi.. kau kena jadi bibik aku satu hari ni. Deal?" Tanya Falliq dengan keningnya dijongketkan. Suka mengenakan orang

"Yelaaa, jom akak kita bersiapp!" Ajak Fasha lalu mengepit tangannya dilengan Farha.

"Akak!! Ni pakai baju ni. Baru kita matching matching" Kata Fasha teruja lalu menghulurkan sehelai baju bersana tudung. "Hm, teruja sangat kau ni, orang cakap teruja sangat nanti menangis" Usik Falliq

"Biarlah, tak kacau hidup kau pun" Balas Fasha menyampah. "Sudah sudah lah tu, ha Fasha tunggu dibawah nanti kakak siap kakak turun ye" Kata Farha lembut.

Seharian mereka meluangkan masa bersama, Fasha gembira mendapat layanan dari kakak iparnya. Mentang mentang takde kakak

Sempat juga mereka meminta tolong orang mengambil gambar mereka. Ada yang kata mereka macam kembar.

"Akak, Fasha send kat ig eh gambar ni?" Tanya Fasha ingin kepastian. Yela mana tahu kak iparnya tak suka orang post gambar dia sesuka hati.

"Post jela, ape nama ig Fasha? Meh akak nak follow" Balas Farha. "Ni, jemput jemput lah tambah follower, Fasha tahu tak banyak pun follower Fasha, hihi" Kata Fasha merendah diri. Padahal follower 125k nok!

"Mengada la kau. 125k kau kata sikit? Nak makan kaki ke?" Perli Farha

 125k kau kata sikit? Nak makan kaki ke?" Perli Farha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

f.shaaaaaa: 🌻

"Dah pukul berapani? Akak nak balik lah. Nak solat lagi, jom balik" Ajak Farha. Fasha hanya mengangguk.

Sesampainya dirumah Falliq terus meluru kearah isterinya. "Kau ni lama betul pinjam bini aku. Dah bagi aku pulak" Kata Falliq sambil menarik Farha kebahunya.

"Bestnya spend time dengan akak!!!" Perli Fasha sambil menunjukkan gambar gambar mereka. Saja menunjuk sikit.

"Diam lah kau, jom naik atas sayang" Terkedu Farha apabila dipanggil 'sayang' . Namun kakinya hanya mengikut langkah suaminya.

"Najihah, esok kita balik. Lusa dah masuk kampus semula." Pesan Falliq supaya Farha tidak terlalu lalai. "hm"

Selesai mandi dan solat, Farha turun kebawah untuk menolong Mak jah menyiapkan makan malam.

Namun langkah kakinya terhenti apabila namanya dipanggil. "Farha" Farha menoleh, rupanya Nia yang sedang berdiri dengan kepala menunduk

Seram jugak. "Aku, aku mintak maaf. Aku dah malas nak rebut laki kau. Rasa macam orang bodoh pula nak rebut suami orang. Sorry" Kata Nia seperti ikhlas

"Ehm, aku okay je. Takpe.. Learn from mistakes right? Dah lepasni takyah cari laki orang dah. Banyak lagi lelaki yang hensem kat luar sana. Kalau kau nak aku boleh recommend kan" Balas Farha dengan senyuman penuh makna

"Amboi, laju betul nak recommend kat aku.. Meh la." Balas Nia teruja. Tak sangka Farha ni peramah, ingat kan budak awkward

"Nanti aku tunjuk. Aku nak pegi tolong Mak jah kejap" Pamit Farha. "Okayy, tapi kita kawan kan??" Tanya Nia

"Yeee" Balas Farha meleret. Nia terpegun dengan sikap Farha. "Mak jah~~" Panggil Farha.

"Aduh, Far tak payah la tolong.. Far pergi rehat diatas. Biar lah kalini semua masakan air tangan Mak jah" Kata Mak jah. Farha tergelak kecil

"Iyelahh.. baru nak tolong. Tak jadi la ni. Saya naik atas dulu lah" Kata Farha.

"Nia, meh la sini. Aku tunjuk" Panggil Farha. Nia terus berlari anak kearah Farha.

Farha menunjukkan gambar seorang lelaki yang segak berpakaian hitam.

"Ha, ni abang aku. Single and available lagini. Hehe mana tau kau jadi kakak ipar aku ke" Promot Farha.

"Serious la, abang kau? We hensemnyaa, mana dia? Asal dia tak ikut mak kau jugak?" Tanya Nia. "Dia busy kerja, stay kat rumah ibu jela.. Kalau kau nak aku boleh tanya kat abang aku dulu" Kata Farha seperti ingin menjual abangnya sendiri

"Boleh jugakk, aku dah lama menyingle ni" Balas Nia.

"Aku tengah bermimpi ke ni?" Tiba tiba suara Fasha kedengaran. Pantas mereka menoleh

Weh sorry do tak update, mianheee. SELAMAT HARI RAYAA SEMUAAA, MAAF ZAHIR DAN BATINN, sorry kalau ada tersilap kata sepanjang cerita ni berlangsung.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now