32

812 37 11
                                    

Hari demi hari hubungan Farha dan Falliq semakin keruh. Asal mula bercakap je mesti naik suara. Jadi bagi mengelakkan pergaduhan, Farha lebih selesa bercakap apabila penting sahaja.

Checkup pun Farha seorang diri. Bulan hadapan merupakan final examnya. Akhirnya semua akan berakhir. Ibu mertuanya selalu bertanyakan khabar, memandangkan hubungan Farha dan Falliq tidak baik, mereka jarang kerumah sebelah sana. Begitu juga dengan ibu dan abangnya.

Farha sedikit pun tidak membuka aib suaminya. Lelah mendengar hinaan orang setiap hari. Ya, masih ada yang memfitnahnya mengandungkan anak haram. Farha tetap akan memafkan mereka.

Perutnya kian membesar. Memandangkan keadaan jadi begini, mengidam pun macam dah tak rasa. Sedang menunggu namanya dipanggil oleh jururawat, Farha membuka aplikasi Whatsapp

Fazilah's family

- Adik, ni bukan Falliq ke? (Abang Fareez)

*gambar

+ haah, kenapa?

- Kat mana tu ? (Ibu)

- Aeon. Tapi pelik ada perempuan depan dia. Adik kat mana ? (Abang Fareez)

+ Hospital

-Checkup ? Falliq tak teman ke? (Ibu)

+ Entah

- Adik are you okay? (Abang Fareez)

- Hospital mana? Ibu datang sekarang.

- Abang amek ibu.

+ Far pandai jaga diri la ibu.. nanti Far jenguk ibu ye

- Adik you better send your location, before abang yang dapat sendiri

+ Hospital ******

Farha memandang dinding hospital dengan mata yang kosong. Sudah biasa. Entah kenapa dia seperti tolol tidak membuat apa apa tindakan. Walaupun dia tahu Falliq sedang digunakan.

Dia seperti orang bodoh yang hanya mengikut segala rentak perempuan itu. Hanya membiarkan. Walaupun didalam hatinya memberontak ingin membawa Falliq ke rawatan islam. Mengapa?

"Farhatul Najihah" Panggil jururawat tersebut. Farha masuk ke bilik doktor.

"Assalamualaikum.." Farha memberi salam. "Waalaikumussalam! Meh duduk, lama tak jumpa. Kenapa lama tak mai checkup ni far?" Tanya doktor Iman itu. Dia agak rapat dengan doktor itu memandangkan segala sakit dia akan berurusan dengan doktor itu

"Busy la hihi" Balas Farha dengan sengihan. "Mana laki Far?" Tanya Doktor Iman. "Dia busy la... kan dah nak final exam, so he must be the busiest man kan?" Balas Farha dengan gelakan palsu.

"Haih, ape ape jelah Farha.. Jom start"

Setelah mendapat penjelasan doktor, Farha keluar. Tidak sangka Puan Fazilah dan Fareez tengah menunggunya.

"Far" Panggil Fareez. Farha menoleh, laju saja kakinya bergerak kearah ibunya. "Ibu.." Sayu sahaja suara Farha. Terus didakapnya tubuh anak perempuannya

"Aik, ibu je? Abang ni tunggul ke?" Tanya Fareez bergurau. "Hehe maap bang, tanak peluk kau." Balas Farha

"Datang sini naik ape?" Tanya Puan Fazilah. "Grab je bu. Kereta kan kat rumah ibu." Balas Farha tenang. "Hah? Grab?! Falliq tu mana? Apesal dia biarkan kau naik grab? Kau tu dah la mengandung, ish geram pulak aku" Kata Fareez dengan suara tertahan. Kat hospital kena jaga.

Farha diam tidak membalas. "Dah jom ambik ubat balik rumah ibu" Kata Puan Fazilah. Faham keadaan anaknya. "No need la bu. Farha isteri dia, so Far kena la ada disamping dia." Kata Farha

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now