10

805 28 2
                                    

Dengan terpaksanya , Falliq mendukungnya . Dia berdoa agar Farha cepat sembuh . Penat pulak nak jaga isterinya .

Keesokan harinya sangat ajaib , Farha sembuh dari demamnya . Tak sia sia Falliq berdoa semalam .

"Sir ." Panggil Farha . Falliq memandang Farha tajam . Dia ni dah lupa ke kena panggil aku apa?

"Sir" Panggil Farha lagi . Langsung tidak diendahkannya . "Sir.. saya panggil nii" Panggil Farha bengang .

"Kau panggil aku sir lagi , aku cium kau" Ugut Falliq . "Habistu nak panggil ape?" Tanya Farha sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Haih engkau ni , demam terus hilang ingatan ke ape ni?" Tanya Falliq sepert memerli . Farha membuat muka bingung .

"Hah ?" Gumam Farha . "Eh eh , semalam baru buat perjanjian . Panggil aku Falliq , jangan panggil aku sir kat luar uni" Terang Falliq malas . Malang nasib dapat isteri blur ni

"Oh ye ek ? Maap le saya mana ingat ape jadi kalau demam hehe" Kata Farha dengan sengihan .

"Hm , kalau aku cerita ape kau buat kat aku .. Mesti kau malu . Demam pun nak orang peluk" Ejek Falliq . Membahang muka Farha , terus dipukulnya lengan Falliq . Setelah Falliq hilang dari pandangannya , Farha terus menampar diri sendiri .

"Ee memalukan hidupp!!" Jerit Farha sendirian . Tiba tiba telefonnya berbunyi .

"Shh si- awak tak payah cerita kat saya lah.. simpan sendiri sendiri je ehh .." Kata Farha malu . Dalam hatinya macam macam carutan diberikan pada diri sendiri .

Falliq menggelakkannya . "Tau pun malu , masa buat tak malu pulak" Perli Falliq dan berlalu pergi .

Unknown number .

"Siapa pulak ni ? scammer ke?" Gumam Farha sendirian . Farha menekan button angkat walaupun hatinya gelisah

"Hello , ni siapa?"

"You don't need to know me , bitch . Just want to remind you . Tengku Falliq Zaqwan is mine , I'll make sure you and him divorce . Sundal , jangan ingat Falliq yang kau rampas dari aku tu selamanya milik kau . Ingat tu"

Tit !

Farha terkedu mendengar kata kata wanita ditelefon itu . "Aku orang ketiga ke ? Aku pemusnah kebahagiaan orang?" Tanya Farha sendirian .

Farha sebersalah . Dia takkan pernah ambik hak orang lain . Hubungan lamanya yang hancur itu pun disebabkan oleh orang ketiga .

Tiba tiba Falliq masuk kebilik . "Kau kenapa ni?" Tanya Falliq apabila Farha termenung panjang .

"T-takde ape" Balas Farha terkejut . Sejak bila mamat ni masuk ?

"Ni , umi datang . Turun bawah" Ajak Falliq . Farha mengangguk lalu menyarungkan tudung sarung hitam .

"Ha tudia pengantin baru dah sampaii" Usik Fazwan , adik Falliq . Falliq menjeling tajam .

"Ehem , maaf Farha tak turun tadi" Kata Farha sebersalah , dah la tak tolong Puan Nazirah memasak .

"Takpe .. Umi tau Farha demam sejak balik hotel hari tu" Kata Puan Farah . "Kenapa umi datang sini?" Tanya Falliq

"Aik , umi datang sini nak jenguk menantu pun tak boleh ke?" Tanya Puan Farah . "Eh takk , wan tanya je umi oii , cepat sangat merajuk nya" Pujuk Falliq .

"Umi nak tanya , bila korang nak pergi honeymoon?" Tanya Puan Farah . Terkejut Farha ditanya begitu . Semua benda tu mana diorang rancang .

Farha dan Falliq saling memandang . "Hm , kitorang sibuk la umi .. Macam takde masa je nak honeymoon bagai" Kata Falliq penyelamat .

"Eh , mana boleh macam tu.. Nanti kan ada cuti sem panjang tu.. Bawak la Farha pergi tempat korang nak pergi .. Umi boleh sponsor" Kata Puan Farah teruja .

"T-tapi-" Farha cuba memberi alasan ."Takde tapi tapi ." Bantah Puan Nazirah . Farha pasrah .

Semua bersembang rancak sehinga Puan Farah menyebut ayat ini . "Umi kalau boleh nak cucu 3 ke 4 .. hm" Kata Puan Farah .

Tersedak air liur dibuatnya Farha . "T-tak awal sangat ke umi?" Tanya Farha . "Eh , ape nya ? Lagi awal , lagi bagus !" Kata Puan Farah .

"Hahahah" Farha tergelak hambar apabila semua tergelak dengan reaksinya . Setelah Puan Farah pulang  , Farha terus menarik lengan Falliq untuk naik kebilik .

"Kenapa kau ni?" Tanya Falliq . "Awakkk , saya tak nak pergi honeymoon" Kata Farha sambil mengerdipkan matanya berkali kali .

"Takpayah buat muka macam tu lah , kalau comel tak pe lagi . Macam beruk ada lah . Nak taknak kena pegi jugak , kau ingat aku nak sangat ke bercuti dengan kau" Kata Falliq sinis .

Terhenti Farha dari membuat muka comel nya . Farha sedikit terasa dengan kata kata Falliq .

Pada waktu malam , mereka makan malam bersama sama . Sunyi sahaja meja makan itu . Tiba tiba suara Falliq memecah keheningan

"Ehem , ibu" Panggil Falliq . "hm?"

"Izinkan Falliq bawak Farha kerumah kami . Saya rancang nak bawak esok , boleh ?" Tanya Falliq sopan . Ceh dengan mak mentua bukan main sopan

Tersedak Farha mendengar kata kata Falliq . Pantas Falliq mengacah acah memberikan air bagi menenangkan Farha .

"Ape kena dengan engkau ni adik ?" Tanya Fareez . "T-tak.. Tapi kenapa awak tak bincang dengan saya dulu ? Saya taknak pindah . Saya nak duduk dengan ibu" Bantah Farha .

"Far , kamu tu dah berkahwin . Seorang isteri mesti ada disisi suami . Ibu ikut je apa yang korang buat ." Kata Puan Fazilah . Pantas Farha menggeleng .

"No ! Far taknak tinggala dirumah lain .. Far nak tinggal dengan ibuu" Kata Farha . Fareez geram dengan sikap adiknya , dia paling pantang ada yang menaikkan suara depan rezeki  Itulah perkara yang paling dibenci oleh arwah ayahnya

"Adik. Please respect rezeki depan mata." Dingin sahaja suara Fareez menegur. Farha terdiam lalu teringat kata kata ayahnya.

Selesai makan, Falliq dan Farha naik kebilik.

"Falliq, saya taknak tinggalkan ibu" Kata Farha sayu. "No, you need to follow what i said Najihah." Tegas Falliq berkata.

"Fine! Just do what you want." Kata Farha lalu menarik selimut dan memejamkan mata. Air matanya mengalir tanpa disedari.

Falliq yang disebelahnya mengerling kearah Farha. Dapat dia lihat bahu gadis itu terhinjut sedikit, pasti dia menangis.

Falliq mendekati tubuh isterinya lalu menarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya.

"Najihah.. i do this for our sake. Sampai bila kau nak duduk sini? Sampai bila kau nak bergantung pada ibu je?" Tanya Falliq lembut sambil mengusap kepala isterinya.

Farha mendongakkan kepalanya sebentar lalu menekup mukanya didada bidang Falliq.

"Taknak.. awak tak faham apa saya rasa" Kata Farha perlahan. "Hey , sayang .. you know what , pasangan yang sudah berkahwin seeloknya duduk dirumah sendiri.. Please sekali je kau dengar cakap aku" Rayu Falliq

"Dirumah ni banyak memori bersama abi.. saya tak sanggup nak tinggalkan" Kata Farha lalu mencengkam hujung baju Falliq. Rasa sakit didada mengenangkan arwah ayahnya

"Kita akan selalu datang sini . I promise." Kata Falliq. Farha mendongakkan kepalanya kembali.

"Betul ni?" Tanya Farha. Falliq mengangguk. "Okay , tapi esok sebelum sampai rumah tu awak bawak saya pegi mcd . Teringin mekdi" Kata Farha. Falliq tergelak, comel je menangis lepastu mintak mcd.

"Ye , ye.. dah tidur" Kata Falliq

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now