31

602 23 3
                                    

Selesai kelas, Farha menunggu Falliq ditempat biasa. Nombor Falliq didail

Namun tidak terjawab. Farha cuba untuk kali yang ke 7 tapi masih tidak dijawab. Malas hendak menunggu dek kepalanya sakit berdenyut denyut.

Alahan mengandung tadi pun agak teruk, muntah-muntah, sakit kepala seperti biasa.

"Hafizah, kau dah balik ke?" Tanya Farha sebaik sahaja Hafizah mengangkat telefonnya

"Belum ada kat kafe lagi ni. Why?" Tanya Hafizah kembali, risau mendengar suara sahabatnya yang lemah

"Nak tumpang kereta boleh? Aku tak dapat call Falliq" Kata Farha. "Hm, boleh je, kau kat mana?" Tanya Hafizah.

"Ada kat tempat biasa tunggu Falliq. Aku sakit kepala ni" Kata Farha perlahan.

"Haih, kau tunggu situ aku datang as soon as possible" Kata Hafizah lalu mematikan call.

Farha menyandarkan kepalanya didinding. Berat sungguh kepalanya.

Setelah sampai dirumah, Farha terus naik kebilik dan membersihkan diri lalu solat seperti biasa. Ada juga Hafizah offer temankan sementara Falliq tiada. Namun Farha menolak takut menyusahkan.

Farha membaringkan dirinya diatas katil. Badan diselimutkan. Sungguh dirinya mahu demam.

Baru sahaja ingin melelapkan mata, telefonnya berbunyi menandakan notifikasi masuk.

Unknown number.

*Gambar Falliq jalan bersama seorang perempuan muslimah.

Farha sudah dapat mengecam perempuan tersebut. Raizatul perempuan sok alim tu.

Air mata bergelinang. Kepala semakin berdenyut-denyut. Farha menutup matanya dan cuba melelapkan dirinya 

Falliq yang sedang melayan karenah Raizatul pelik. Mengapa dia berada bersama Raiza? Sedangkan dia sepatutnya berada di sisi sang isteri?

"You, ni okay tak dengan skin tone I?" Tanya Raiza sambil meletakkan tudung bawal berwarna nude disebelah pipinya 

Falliq hanya mengangguk. "I should back to home right now. You shopping sendiri lah, i'm tired" Pamit Falliq.

"Ala.. Liq.. Teman la I kejap. Sikit je lagi, pleasee.." Rayu Raiza dengan suara manjanya. Falliq seakan dipukau dengan nada dan riak muka Raiza.

"Okay, fine. Come, tengok ape lagi? I belanja" Kata Falliq. "Hehe, tau pun you kalah dengan I.. Hm.. I nak pusing jap you tunggu sini" Kata Raiza.

Falliq mencari tempat duduk lalu telefon pintarnya dibuka.

7 missed call from sweet.

4 new message from sweet.

Falliq menekan chat Farha.

-Assalamualaikum, abang dimana?

-Naji balik dengan Hafizah dulu tau..

-Abang lambat lagi ke nak balik?

-Naji tak larat nak masak, abang makan diluar dulu lah ye?

Falliq hanya membaca mesej tersebut tanpa ada niat untuk membalas.

Tiba tiba dia dikejutkan oleh Raiza. "You! Fokusnya dengan phone. Tu ha I dah letak tudung kat kaunter. Kata belanja." Kata Raiza dengan senyuman melebar.

Falliq membalas senyuman lalu menuju ke kaunter. "Total 452" Kata penjaga kaunter tersebut. Falliq membayar cash.

"Thanks Liq.. Sayang you!" Kata Raiza dengan nada manjanya. Falliq tersenyum. Comel pula.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now