"Aku naik abang aku. Puas hati? Ke nak aku call dia?" Tanya Farha tenang, nasib dapat cover
"Okay... Ish korang ni buat fake news jela! Takkan lah Sir hot tu nak suka dekat minah sundal tu" Kata Myra sambil berjalan kearah circlenya.
Farha hanya memekakkan telinga. Diorang panggil macam tu dah lama, sejak dia dengan Khaisar lagi.
Ting!
Farha membuka aplikasi whatsappp lalu membuka chat Pijah.
Pijah lemau
-Sorry do, aku tak datang hari ni.. Mc 2 hari, aku demam
-It's okay, rest betul betul.. Jangan nak merayap pulak
-Yela, aku bangun pun tak larat ni. Bye, babe
Farha menutup telefonnya apabila lecturer nya masuk.
Selesai kelas, Farha turun ke cafe untuk makan. Namun tak disangka dihalang oleh Khaisar.
Mentang mentang Pijah takde!
"Kau nak ape?" Tanya Farha dingin."Jangan lah marah marah... Jom makan semeja dengan I" Ajak Khaisar lembut
Eee lembut mana pun nada dia, lagi lembut lagi rasa nak muntah. Janji palsu!
"Taknak" Bantah Farha dan cuba meloloskan diri. Pantas pergelangan tangan Farha ditarik.
Farha terkejut, dengan spontan dia merentap tangannya dari tangan Khaisar.
"Ape masalah kau ni?! Main sentuh sentuh pulak" Tengking Farha. "Waw rilek la sayang... Pegang tangan je pun, macam tak pernah pegang dulu" Kata Khaisar dengan senyuman miang
"You know what, past is past. So, kau hidup lagi kan? Keep on your life, don't look at back. Benda dah ludah kau nak jilat balik ke? Jijik" Kata Farha tanpa mengendahkan reaction Khaisar.
Farha terus mengambil langkah seribu. Khaisar memandang Farha yang berlari dengan senyuman penuh makna
"Soon, sayang. I'll make you mine" Bisik hati Khaisar. Farha terus berlari ke kelas semula. Hilang selera nak makan.
Tangannya menggeletar ketakutan. Didalam hati Farha berzikir bagi menenangkan dirinya.
Setelah 5 minit, Farha berasa tenang sedikit. "Ya allah dugaan apa lagi aku kena lalui ni?" Duga hati Farha lemah.
Kini tiba kelas, Falliq. Farha perasan Falliq asyik memandang kearahnya. Namun ditepis perasaan itu, mungkin dia perasan sendiri kut
"End of our class. Najihah, come to my office after this" Arah Falliq. Farha mengangguk pasrah.
"Sir!!" Panggil Myra. Falliq memberhentikan langkahnya lalu menoleh.
"What?" Tanya Falliq senada."Sir free tak malam ni?" Tanya Myra. "No." Balas Falliq sepatah dan berura ura mahu beredar.
"Sekejap la Sir!!" Jerit Myra lalu menahan Falliq dengan memegang lengan Falliq. Farha hanya melihat drama 20 sen tu
Falliq mencerlung kearah Myra. "Who give you permission to touch me?" Tanya Falliq dingin. Myra menunduk kepala.
"Sorry sir.. Terpegang. Tapi sir malam ni, boleh lah.. pleaseee" Rayu Myra dengan suara manja
YOU ARE READING
Mr's Falliq
RomanceNur Farhatul Najihah Binti Fahmi Adlan . Sebaris nama itu boleh membuatkan seorang lelaki gembira . Namun , derita yang dihadapi oleh Farhatul sangat dasyat . Dibaling telur , dicaci maki , difitnah . Itu cukup membuat Farhatul mendapat tekanan . De...