33

526 26 5
                                    

Farha menunggu Falliq keluar kereta untuk menyambut sang suami. Setelah Falliq keluar dari kereta, Farha menghulur tangan untuk salam, namun tidak diendahkan oleh Falliq

Farha tersenyum tawar. Sabar. "Abang, n-nak bincang sikit boleh?" Tanya Farha hati hati. Takut Falliq mengamuk.

"Hm" Balas Falliq malas. "Em, abang ada nak keluar ke malam ni?" Tanya Farha lembut. "Tak" Kata Falliq sepatah.

"Takpe lah, abang mesti penat. Abang mandi lah dulu. Rest lepastu kita bincang, boleh?" Tanya Farha. "Hm" Kata Falliq lalu kaki bergerak naik keatas.

Farha duduk dibirai katil bagi menunggu Falliq selesai mandi. Farha termenung. "Ya Allah bantulah kami.." Getus hati Farha.

Kedengan pintu bilik air dibuka, lamunan Farha terhenti. Falliq yang hanya membalut badannya dengan tuala memandang isterinya pelik.

"Najihah kenapa ni?" Ingin sahaja dia melontarkan perkataan itu, namun dia hanya boleh berkata didalam hati sahaja.

"Ab-Abang" Panggil Farha. "Hm" Balas Falliq. Menyampah betul dengan isterinya, dah macam nak mintak emas sekilo

"Ibu ajak keluar malamni.." Kata Farha. "So?" Balas Falliq malas. "Ibu ajak kita dua pergi sekali. Jom lah.." Kata Farha lagi.

"Malas. Cakap jela aku ada kerja." Balas Falliq senada. "But, abang nanti ibu terasa lah.." Kata Farha memujuk.

"Then? It's your mom, not my mom" Kata Falliq seperti tiada perasaan. "Tap-" Belum sempat Farha menyambung Falliq memotong.

"Kalau aku kata tak nak, better kau jangan paksa aku" Kata Falliq. "Abang, tolong lah.. kalau abang benci saya sekalipun, jangan lah buat ibu macam ni. Please kalini je" Rayu Farha. Nak menangis dia melihat suaminya begini

"Aku.tak.nak. Kau pekak ke ape? Pergi jela kau keluar dengan mak kau tu. Bergembira sikit, duduk kat rumah terperap dah macam mak meroyan" Kata Falliq. "Abang.." Farha masih tidak putus asa. Lengan sasa Falliq disentuh

"Jangan sentuh aku lah! Dah jangan kacau aku" Jerkah Falliq. "Abang, ibu datang pukul 8 malam ni. Dia pick up kita. Kalau abang tak pergi saya tak tahu nak cakap ape. Tapi saya merayu sangat, please pergi. Harini je. Lepas je balik keluar dengan ibu, saya janji saya buat ape yang abang nak" Kata Farha merayu.

"Seriously?" Tanya Falliq sinis. "Ye, but please pergi.." Kata Farha. "Okay then, aku pergi tapi.. kau kena sign something" Kata Falliq. "A-ape?" Tanya Farha takut.

"Hm, nanti lah aku taknak la bagi kau sedih sekarang. Balik nanti. Make sure kau sign kalau tak siap kau aku kerjakan" Kata Falliq memberi amaran.

Farha mengucap syukur. Dia tidak kisah apa pun yang dia bakal hadapi, yang penting Falliq sembuh. Kalau 'benda' yang perlu ditandatangani tu apa yang berada dalam mindanya, maka diaakan turuti. Dia tidak mahu suaminya terus menjadi tolol sebegini.

Setelah solat maghrib, Farha bersiap. Pakaiannya agak simple. Tangan mencapai telefon nya.

Nombor Puan Fazilah didail.

-Hello Assalamualaikum bu..

+Ha waalaikumussalam, macam mana?

-Ibu amek ye nanti, Farha dan Falliq dah siap ni

+Okay.. Ibu gerak sekarang

-Bye bu assalamualaikum

+Waalaikumussalam

Falliq hanya menjeling Farha disebelahnya. Rasa macam berasap pulak duduk sebelah isterinya itu.

Tidak sampai setengah jam, Fareez dan Puan Fazilah sampai.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now