30

846 28 2
                                    

Selesai makan mereka bergerak kekampus seperti biasa. Sampai sahaja di kampus, Farha bertembung dengan Raizatul.

Kalau ikut hati nak je jeling perempuan tu, tapi bila teringatkan pesan sang suami dia hanya menguntum senyuman tipis pada Raizatul.

Senyuman bukan sebarang senyuman. Senyuman sebagai satu amaran je

Nasib Farha baik hari ini, dia menghabiskan kelas tanpa gangguan hormon mengandungnya. Ada lah sakit kepala sikit.

"Thanks anak umi.. baik je tak meragam hari ni" Kata Farha sambil mengusap perutnya yang membuncit sikit.

"Kau tak balik lagi ke Far?" Tanya Mia. "Sir busy lah, lambat sikit kut balik" Balas Farha. "Tak bahaya ke duduk sorang je kat sini? pegila bilik Sir" Cadang Mia. Risau tengok kawannya tinggal dikerusi lepak sorang sorang

"Hm, aku takut la kalau aku terjah nanti ada Miss Raizah tu. Malas nak bergaduh" Kata Farha. "Hokaloh cemburu ko?" Tanya Mia, mengusik.

"Ihh tak lah! Kan tak baik lelaki dan perempuan berduaan kat satu tempat" Kata Farha. "Sembang la kau ni. Jom aku teman kau" Kata Mia.

"Yela.." Kata Farha pasrah. Memandangkan Hafizah ada kerja urgent dia terpaksa keseorangan, kalau tak Hafizah mesti teman. Takkan lah nak tengok kawan dia yang comel belaka ni sorang sorang

"Kau dah call dulu ke?" Tanya Mia. Takut pula nak terjah. "Belum.. takut dia meeting ke.." Kata Farha perlahan. "Kau ni semua takut! Ish call sekarang" Arah Mia 

Tut...Tut...

Tidak sampai tiga deringan, Falliq menjawab.

"Assalamualaikum abang" Sapa Farha. "Waalaikumussalam, em who's there? Falliq takde" Balas suara perempuan.

Seperti dapat diagak suara perempuan itu siapa. Farha terdiam. "Hello?" Panggil perempuan itu. Terus dimatikan call.

"Kenapa Far?" Tanya Mia. Lama tunggu ni. "It's not him.. Suara perempuan.." Kata Farha perlahan.

"Ish kau ni, thinks positive okay? maybe dia ada meeting lepastu dia keluar orang lain angkatkan" Kata Mia memberi kata positif.

"It's Miss Raiza voice. I know that" Kata Farha dingin. Geram. "Ya Allah Farha.. Dahlah tak payah fikir. Balik dengan aku dulu. Stay rumah aku dulu" Kata Mia. Risau jadi lain

Farha hanya diam tidak membalas. Mia menarik lengan Farha supaya mengikutnya.

"Siapa call Raiza?" Tanya Falliq yang baru sahaja keluar tandas. "I don't know, tapi you save nama dia 'Sweet', suara perempuan.. who's that?" Tanya Raiza kembali

"Ehem, no one lah.. Dah makan, nanti lambat. I nak kena buat macam macam lagi" Kata Falliq berdalih. Dalam hati terdetik sebersalah. Dia tengah makan, isterinya keseorangan. Allah sungguh dia lupa

"I think you makan sendiri lah. I've something urgent to do. nah pay it by yourself " Pamit Falliq. Makan tak tenteram terus. Kepingan not 50 diletakkan diatas meja, lalu pantas kaki Falliq melangkah keluar restoran.

Farha yang didalam kereta Mia hanya termenung sendiri. "Far.. dahla tu.." Kata Mia. "I cannot stop thingking bout him la Mia.." Kata Farha.

Tiba tiba telefonnya berdering

Husb

"Sayang? Where are you? Abang kat tempat biasani" Terjah Falliq. Tanpa salam. "Naik mia" Kata Farha ringkas.

"Allah, kenapa tak bagitau dulu ni? Abang risau tau. Najihah tahu ke niat Mia tu elok ke tak ke? Bahaya !" Balas Falliq tegas. Farha hanya diam tanpa balasan

"Sorry. Saya nak sampai rumah Mia dah ni. Nanti ambik la, saya bagi location." Kata Farha lalu menutup call.

Falliq tercengang. "Salah ape lagi ni?" Keluh Falliq.

Farha terus menghantar location rumah  Mia. Nak ambik, ambik, tanak ambik biarlah dia duduk situ.

Tidak sampai 30 minit kedengaran bunyi hon kereta. "Assalamualaikum" Jerit Falliq.

"Waalaikumussalam" Balas Farha. "Aku balik dulu Mia, thanks tumpangkan kereta dan rumah." Pamit Farha lalu membuka pagar rumah Mia

Falliq yang menunggunya ditepi kereta tidak diendahkan. Dia terus membuka pintu kereta sendiri.

Sunyi menyapa didalam kereta. "Najihah, did i do something wrong to you?" Tanya Falliq. "Tak" Balas Farha senada.

"Okay abang faham. Why? Tell me kenapa sayang marah ni? Pasal tadi ke? Yes Miss Raiza yang angkat call sayang.. But we're on our work la.. It's not a purpose abang nak berdua dengan dia" Terang Falliq

"Berdua? Awak dah janji semalam tak berdua dengan dia. You such a lier." Balas Farha dingin.

"Come on sayang.. please understand me.. Jangan lah pentingkan diri.. Abang buat kerja dengan dia bukannya abang buat benda yang tak berfaedah dengan dia. Please sayang, don't make this complicated " Rayu Falliq.

"Okay. Then stop thingking abt my feelings and please cepat sikit bawak kete, nak tido ni" Kata Farha dingin.

Falliq tidak membalas, kakinya sahaja menekan pedal minyak. Geram.

Sampai dirumah Farha terus naik kebilik mereka. Kalini Farha bertindak matang. Dah malas nak tukar bilik.

Selesai mandi, Farha membaringkan dirinya diatas katil yang empuk itu.

Falliq yang masih berpakaian formal hanya memandangnya. "Abang ada kerja tak siap lagi ni, may i go now?" Tanya Falliq.

"Hm" Balas Farha dengan mata yang tertutup.

Setelah bunyi pintu tertutup kedengaran, Farha membuka mata. Kecewa

Farha menunggu Falliq pulang, kantuk matanya kian memberat. Jam dikerling. 00.00

"Mana dia ni?" Getus hati Farha. Tiba tiba kedengaran bunyi kereta dari luar rumah. Terus Farha berlari naik kebilik.

Pura-pura tidur.

Bunyi pintu kedengaran

"Haih.." Keluh Falliq lalu melonggarkan tie di lehernya. Setelah mandi, Falliq terus turun kebilik kerja nya.

Esok harinya, Farha perasan Falliq tiada disebelahnya. Sedikit terusik hatinya.

Farha mengabaikan perasaanya dan melakukan tugasnya sebagai isteri seperti biasa.

Farha mencari Falliq dibilik kerjanya. Tiada. Kereta masih ada.

Tiba tiba Falliq turun dengan tali lehrnya yang masih ditangan

"Abang tak makan, abang dah lambat ni. Sorry.." Kata Falliq tanpa memandang isterinya.

"Ha tercegat ape lagi kat sana? Cepatlah naik kereta, abang dah lambat ni" Panggil Falliq.

"Tap-" Farha terdiam. Makanan tu membazir lah..

Falliq hon keretanya tanda cepat

Farha bergegas keluar setelah kunci pintu.

"Haih, lembab betul" Gumam Falliq. Faliq menekan pedal minyak. Farha memegang tali pinggang keledar erat. Takut.

"Ab-abang jangan la bawak laj-" Kata Farha dipotong. "Shut your mouth" Balas Falliq dingin.

Farha pelik, dimana salahnya? Mengapa dia dilayan sebegitu rupa?

Sunyi perjalanan mereka. Tiada gurauan.

Sampai sahaja dikampus, Farha keluar selepas menyalam suaminya.

Hafizah yang seperti memahami sahabatnya perlahan lahan menapak kearah Farha.

"Kau okay tak ni Far?" Tanya Hafizah prihatin. "Okayyy! Kau baru sampai ke?" Tanya Farha kembali.

"Haah, kau termenung kat tengah jalan ni macam laki mati" Seloroh Hafizah. Farha tergelak kecil. Bukan mati laki, tapi tawar hati.

That's all for today, sorry update tak de schedule! I'm on my holiday rn, so tak de masa nak reka reka. Enjoyy and again sorry yeeeee 🙏🙏🙏😘😘

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now