23

758 36 4
                                    

Setelah sebulan berlalu, khabar angin itu pun berlalu walaupun ada lagi yang mengata Farha, tapi tidak ramai.

Mia tidak putus putus membuat rancangan menjatuhkan Farha lagi. First plan hancur, ingatkan kena halau lah perempuan tu.

Farha pun pelik satu kampus dah tahu pasal fitnah tu tapi, dia tak kena panggil dengan orang atasan pun. Tapi Alhamdulillah lah

Hubungan Farha dan Falliq semakin rapat. Falliq tidak lagi membahasakan dirinya 'aku, kau'. Farha pun mulanya terkejut, tapi bila dah lama, terbiasa lah. Mereka tidak lagi tidur dibilik sendiri.

Puan Nazirah? Alhamdulillah kesihatannya makin membaik. Namun masih didalam pantauan doktor. Farha bersyukur masih dikurniakan orang orang yang baik disekelilingnya.

Hari demi hari, rasa sayang dan cinta kian berputik diantara Farha dan Falliq.

Farha sedikit terkilan apabila setiap kali pulang ke kampung suaminya, pasti ditanya pasal anak. Nasib baik suaminya pandai membalas.

Dia bukan tak mahu, tapi tak sedia. Takut tak dapat pimpin tanggungjawab besar. Dengan study tak habis lagi, nanti jadi serabut pulak

Setiap kali habis kelas pasti Farha akan menunggu Falliq didalam bilik suaminya itu.

"Haih, boringnya.. kalau lah aku dapat drive kereta aku balik. Takde la kena tunggu dia lama lama" Kata Farha sendirian.

Tok!Tok!

Terkejut Farha mendengar ketukan itu. Bukan kat luar dah tertera ke Falliq Zaqwan tiada? Aduh, buta huruf agaknya.

Cepat-cepat Farha menyorok dibawah meja Falliq. Kedengaran bunyi pintu dibuka. Bunyi tapak kaki seperti kasut heels, perempuan kah?

"Harapnya jadi kali ni" Kedengaran sayup sayup suara wanita itu. Macam kenal je suara. Hati tidak sedap.

Selepas pintu ditutup dari luar, Farha terus melihat apa yang diberi. Makanan?

Suspicious... Farha yang berasa tidak sedap hati terus membuang makanan tersebut bersama bekasnya sekali. Niat orang, kita tak tahu..

"Suami aku dahlah hensem, buatnya dia bagi sihir ke.. Nayaaa" Kata Farha sendirian. Tiba-tiba pintu dibuka.

Farha terlompat sikit kebelakang. "Allah, terkejut saya" Kata Farha sambil menggosok dadanya. Falliq tersenyum sinis.

"Siapa hensem?" Tanya Falliq dengan senyuman nakal. "Ehm, Aaa ha! rocky saya, hehe" Kata Farha dengan sengihan. Janganlah dia dengar.. mahu dibahannya aku setahun

"Elelele, dah kata orang hensem nak cover pulak. Cakap jelah, abang tahu abang hensem" Kata Falliq memuji diri sendiri.

"Don't elele with me, I'm gengstah!" Balas Farha dengan gaya gangsternya. Falliq tergelak kecil.

"Cik adik, pergi cermin diri tu. Cukup ke ketinggian tu nak jadi gangster? Gangster mana ada yang comel" Kata Falliq. Farha terkedu.

"Asal diam? Pipi merah merah ni, nak sendol eh? Jom, abang belikan" Usik Falliq sambil mencucuk cucuk pipi Farha. Terus melekap tapak tangan Farha dibelakang Falliq.

Pak!

"Ha, itu makan dia.. Mana ada merah. Dahlah jom balik, lama saya tunggu abang" Kata Farha. "Sttt derhaka eh kau" Dengus Falliq.

"Kisah pulak saya, jom lah balikk" Ajak Farha sekali lagi sambil menarik lengan Falliq. Namun sedikit pun tak berganjak. "HAHAHA gangster ape macam ni, abang yang ringan ni pun tak dapat tarik" Usik Falliq dengan gelak besarnya. Seronok tengok muka Farha marah. Comel

"Falliq Zaqwan.. Nak gaduh kat rumah eh, saya penat ni" Kata Farha lalu terus keluar dari bilik itu. Malas nak melayan. Tak habis habis nak kenakan dia. Annoying punya laki

"Aduh, merajuk pulak minion aku ni" Gumam Falliq. Terus dicapai begnya lalu menutup suis lampu dan aircond. Terus dikejarnya langkah kecil isterinya.

Langkah kecil pun jalan laju. Tanpa mereka sedar ada yang memerhati tingkah mereka dengan senyuman sinis.

"Wait and see bitch" Bisik orang itu.

Sesampainya dirumah pun, Farha langsung tidak memandang wajah Falliq. Falliq cepat cepat menekan punat lock kereta. Laju kaki mengejar langkah Farha

"Najihah jangan lah merajuk.. Abang say sorry.." Panggil Falliq. Tidak diendahkan oleh Farha. Saja nak lama lama sikit merajuk.

Falliq mengunci pintu lalu terus kebilik mereka. Peristiwa uminya datang mengejut telah membuatkan mereka tidak lagi tidur berasingan. Kantoi punya pasal

"Najihah, abang mintak maaf lah.. Tak tahu pulak mengusik sampai merajuk teruk macam ni" Kata Falliq lagi. Farha masih tidak membalas, tangannya lincah membuka pin di kepalanya.

Satu pin tidak dapat dibuka, Falliq terus mendekat dan membuka pin tersebut. Setelah dibuka Falliq menarik tudung Farha dari kepalanya

Terus dicium ubun ubun Farha. Farha terkedu. "Abang mintak maaflah sweetheart.." Lembut Falliq memujuk.

"Awak tu annoying. Sikit sikit nak mengusik saya" Kata Farha dengan muka monyoknya. "Ala, sorry lah.. Abang gurau je, jangan lah makan hati" Pujuk Falliq lagi.

Farha terus bangun dari duduknya. Belum sempat Farha membuka langkah, dia ditarik kedalam dakapan suaminya.

"Janganlah merajuk lagi sayang, abang say sorry kan.. please forgive me" Pujuk Falliq lagi.

"hm" Itu sahaja balasan Farha. "Hm ape? Abang tak faham lah" Saja Falliq mengusik. "Abang!! Iye saya maafkan. Jangan bagi saya marah lagi. Abang bagi saya marah lagi, saya tanak cakap dengan abang seminggu" Ugut Farha.

"Eleh ugut-ugut pulak, makan kang" Kata Falliq perlahan. "Ape?!" Tanya Farha. "Ta-tak.. Takde ape, abang cakap abang tak buat dah" Kata Falliq tergagap. Takut bini ni

Tersenyum lebar Farha.

Ditengah malam, Farha terjaga. Kelihatan suaminya yang masih belum tidur dengan muka yang berkerut. Spek mata dibuka lalu dipicit kepala. Jam dikerling. 00:10 a.m

"Banyak sangat ke kerja abang?" Tanya Farha sambil mendekat. Tangannya menyentuh bahu suaminya lalu diurutnya perlahan.

"Hm.." Itu sahaja balasan Falliq. Menikmati picitan sang isteri tercinta. "Abang tidur lah, dah lewat ni. Esok siapkan lah.." Kata Farha dengan suara lembut. Bergetar jiwa Falliq.

"Abang.." Panggil Farha dengan meleret. Kaku terus tubuh Falliq. Dia nak cabar aku ke ni?

"Don't call me like that" Tegah Falliq dengan suara tertahan tahan. "Kenapa?" Tanya Farha lalu duduk diatas ribaan suaminya. Dia memang nekad nak serahkan segalanya pada suaminya.

Kesian tengok suaminya yang sering diperli oleh keluarganya dan keluarga dia tentang anak.

"What are you doing, hm?" Tanya Falliq dengan pandangan yang berbeza. Seperti menahan nafsu nya.

"Seducing you" Balas Farha sambil mengigit bibirnya. Falliq tidak dapat menahan lagi, terus digendong sang isteri.

"Can I?" Tanya Falliq dengan pandangan penuh bernafsu. Farha hanya mengangguk dengan senyuman manis.

that's all for today, maaf update macam nak tak nak aje, ikut mood masalahnya.. Enjoyy!

nak tengok gambar Falliq? Jemput singgah la @f.zaqn
BYE!!

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now