9

784 31 1
                                    

Farha menelan air liur . "O-okayy" Balas Farha tergagap .

Keesokan harinya , mereka check out dan pulang kerumah . Falliq membawa ke rumah Puan Fazilah atas permintaan Farha sendiri .

Sebelum bertolak , Falliq telah mengcheck aurat Farha . Alhamdulillah full bertutup , cuma Falliq tak wajibkan lagi pakai handsock dan stokin .

"Sir" Panggil Farha . "ape?" Tanya Falliq senada . "Nak tidur kejap boleh ? Saya mengantuk lah" Pinta Farha .

"Tidur jelah , bukan kau yang memandu . Kalau kau tido pun tak terbalik lah kereta ni" Balas Falliq padu . Farha mencebik .

"Orang cakap sikit , balas berdas das" Gumam Farha . "Ape?" Tanya Falliq , pura pura tak dengar padahal dia dengar je .

"Takde ape suamiku.." Balas Farha meleret .

Sesampainya dirumah Puan Fazilah , Falliq teragak agak ingin mengejutkan Farha . "Najihah , dah sampai ni" Kejut Falliq lembut .

Farha membuka matanya sedikit . "Hm? Auchh !" Farha menjerit sakit . Pantas Falliq menoleh .

"Kenapa?" Tanya Falliq cemas . "Sakit kepala" Kata Farha perlahan seperti tak bermaya .

"Haih kau ni , sekejap" Kata Falliq lalu dibukanya pintu lalu mencempung Farha . Farha yang tidak bermaya hanya membiarkan tindakan suaminya . Kalau dia bertenaga , mahu disepaknya badan Falliq tu .

"Eh , Falliq ? Kenapa dengan far?" Tanya Puan Fazilah sebaik sahaja Falliq menjejakkan kaki kedalam rumah .

"Tertidur dalam kereta ... tak sampai hati nak kejut" Balas Falliq tipu . Puan Nazirah mengangguk lalu Falliq mencempungnya sampai kebilik Farha .

'Ringan jugak budak ni' Getus hati Falliq . Dia meletakkan isterinya diatas katil .

"Najihah , kau larat tak nak berdiri ni ?" Tanya Falliq . Farha menggeleng lemah . Falliq memegang dahi Farha . Panas .

"Woi , Najihah . Kau demam ni !" Kata Falliq risau . Farha tetap berdiam . Falliq membuka tudung Farha .

"Bangun , mandi dulu , solat  . Nanti makin melarat demam kau ni ." Arah Falliq tegas . "Tolong saya bangun" Pinta Farha lalu menghulurkan tangannya .

Namun lain yang dibuat Falliq , dia mengangkat Farha gaya bridals style lalu membawanya ke bilik mandi .

"Nak aku mandi kan ke , mandi sendiri ?" Tanya Falliq lembut . "Saya mandi sendiri . Sir keluar lah dulu" Kata Farha perlahan .

"Nak apa apa panggil aku" Kata Falliq lalu menutup pintu bilik mandi . Selesai mandi Farha mengagahkan diri untuk solat isyak bersama Falliq .

"Ibu." Panggil Falliq . "Kenapa?" Tanya Puan Fazilab . "Ada coolfever tak ? panadol ke?" Tanya Falliq . Berkerut kening Puan Fazilah .

"Ada , tapi.. kenapa kamu mintak ? Farha demam ke?" Tanya Puan Fazilah risau .

"Haah , tiba pulak demam . Tadi elok je sebelum bertolak" Kata Falliq . Puan Fazilah memberikan coolfever dan panadol lalu memberi pesanan .

"Farha tu demam lain sikit . Dia tak boleh tidur kalau takde orang peluk lepastu dia manja sikit kalau demam . Kamu bertahan lah dengan perangai dia nanti" Pesan Puan Nazirah . Jarang jarang Farha ni demam .

"Okay , ibu . Falliq naik atas dulu" Pamit Falliq . Falliq mendaki tangga sambil tertanya tanya . 'manja yang macam mana eh'

Sesampainya di bilik , Falliq mengejutkan Farha . "Najihah , bangun . Makan panadol dulu . Kurangkan sakit kepala , esok kita pergi klinik" Kejut Falliq .

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now