34

654 30 2
                                    

Fareez sudah menempah hotel untuk didiami mereka pada malam itu. Farha dibaringkan disebelah Falliq.

Puan Fazilah dan Fareez keluar kebilik sebelah. Memandangkan suami isteri itu memerlukan privasi. Namun tidak betah mulut Puan Fazilah memesan kepada Farha untuk memanggilnya jika terjadi apa apa.

Farha mencabut tudungnya perlahan. Kepala berdenyut denyut, loya, penat. Falliq yang masih tidak menyedarkan dirinya ditatap sayu oleh Farha.

"Kenapa abang macam ni?" Bergetar suaranya. Tangan naik mengelus lembut pipi Falliq. Rindu yang teramat.

"Najihah sayang abang sampai mati" Kata Farha lalu mengesat air matanya. Farha mandi bagi menyegarkan dirinya.

Baju jangan tanya mana dapat*

Farha membaringkan tubuhnya disebelah Falliq lalu dipeluk erat tubuh suaminya itu.

Farha bangun dari tidurnya. Falliq tiada disebelahnya. Farha terus berdiri mencari Falliq.

"Cari ape?" Tanya Falliq sambil menggosok rambutnya yang basah. Nadanya berubah. Ni baru Falliq sebenar.

Bergelinang air mata Farha. "A-Abang.." Bergetar suaranya. Farha berlari anak memeluk Falliq. Falliq membalas pelukannya. Walaupun ingatannya agak samar-samar tentang semalam.

"Najihah rindu abang.." Gumam Farh didalam pelukan itu. Rasa tak mahu lepas pula. Falliq menolak tubuh isterinya perlahan.

"Macam mana kita boleh ada kat sini?" Tanya Falliq. "Abang, semalam kita pergi berubat.. Ada orang hantar sihir pemisah kat kita" Kata Farha dengan suara bergetar. Geram yang teramat

"Abang kena rasuk semalam, Najihah pun takut tengok abang semalam" Kata Farha lagi. "Allahuakbar, abang dah banyak buat salah kat Najihah" Kata Falliq nada kesal.

"Takpe.. Farha tahu tu bukan abang.." Kata Farha dengan senyuman. "Abang minta maaf sangat layan Najihah teruk selama ni.. Abang- Abang nak pujuk Najihah, abang nak peluk Najihah dulu, tapi tak boleh. Dekat dengan Najihah abang panas sangat. Rasa nak belasah Najihah pun ada. Sebabtu abang kalau boleh tak nak sebilik dengan Najihah. Abang memang dah rasa lain sangat tapi abang macam kena kawal. Abang memang nak ikut Najihah semalam tapi abang tak boleh.." Kata Falliq dengan mata yang merah. Kesal yang teramat.

Farha menarik Falliq kedalam pelukan. "Kita lupakan yang lepas. Boleh? Najihah nak Abang jangan fikir yang dah lepas. Kita sama sama memaafkan" Pujuk Farha apabila terdengar sayup-sayup suara Falliq menangis.

"Abang tahu kan siapa buat kita macam ni? Kalau abang tahu kita biarkan lah dia. Selagi dia tak kacau kita balik, kita biarkan. Biarlah Allah yang menghukum dia" Kata Farha.

Setelah bersiap, Fareez menghantar mereka pulang. Sebelum itu Falliq berpuluh kali memohon maaf pada Puan Fazilah dan Fareez kerana layanannya kepada Farha.

Nasib baik hari itu hari cuti. Falliq tidak berniat untuk mengajak Farha keluar. Hari ini dia akan manfaatkan masa dengan isterinya.

Sepanjang hari mereka berkepit. Masak bersama, solat, kemas rumah. Farha sangat gembira hari itu. Sepanjang hari juga tidak jemu bibir Farha menguntun senyuman manis.

"Abang" Panggil Farha. "Ye?" Balas Falliq. "Em.. Sebenarnya dah lamaa Najihah mengidam bendani.." Kata Farha dengan nada perlahan.

"Hah? Apa dia? Meh abang belikan. Anything you want?" Tanya Falliq teruja. "Nak bau minyak petrol, boleh?" Tanya Farha. "Ha? Dah kenapa sayang ni? Ape pelik beno mengidamnya.." Kata Falliq.

"Please abang.. Dah lama saya nak.. Memang lah boleh je saya pergi bau, tapi baby nak abang ada sekali.." Kata Farha dengan nada ingin menangis. Macam taknak bagi je..

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now