14

703 25 0
                                    

Kantung air mata Farha hampir pecah. Tak pernah ada orang yang tengking dia macam ni sebelum ni

"Ta-tapi.." Belum sempat Farha menyambung penjelasannya Falliq memotong.

"Tak payah nak tapi tapi. Dah salah sendiri, pandai minta maaf lah. Kau tau 1 jam aku cari kau kat kampus? Tch, menyusahkan hidup je. Aku nak naik atas, malam ni aku takde" Kata Falliq dingin.

Serentak Falliq menggerakkan kakinya, air mata Farha jatuh mencurah curah.

Farha menyambung kemas dapur, setelah siap dia terus naik ke bilik.

Setelah Falliq siap mandi, dia terus duduk diatas katilnya lalu membuka phone yang telah dicas.

Banyak notification yang masuk. Semua daripada Farha.

Falliq tergamam. "Allah, ape yang aku dah buat ni?! Aduh bodohnya kau tak tengok phone dulu!" Dengus Falliq sambil meraup muka.

Rasa malu tuduh melulu. Falliq menyiapkan diri, yela malam ni Maria ajak lepak.

Sebelum turun, Falliq membuka pintu bilik Farha terlebih dahulu. Farha yang sedang membuat assignment terus menoleh

"Ke-kenapa?" Tanya Farha takut. Tapi kalini pandangan Falliq seperti redup je

"Sorry, aku tuduh kau melulu. Aku yang bodoh pergi cari kau satu kampus padahal kau dah hantar mesej. Kau nak ape ape tak? Aku nak keluarni" Kata Falliq lembut.

Farha terkedu, Falliq tiba tiba melembutkan nada percakapannya.

"Nak mcd boleh? Menu yang biasa tu" Kata Farha. "Ha, tau.. Aku balik dalam pukul 11. Is it okay or nak aku balik awal lagi?" Tanya Falliq. Yelah takut Farha nak tidur awal ke. Nanti bazir je makanan tu

"Ehh, takpe lah.. saya memang tidur lambat hari ni nak siapkan assignment." Tegah Farha. "Hm" Balas Falliq acuh tak acuh

"You..." Panggil Maria meleret. Falliq hanya membalas senyuman manja Maria

"Lama ke tunggu? Sorry, I ada problem tadi" Kata Falliq. "It's okay, tak lama pun I pun baru sampai" Kata Maria. Mata tak lepas dari tengok muka Falliq

"Asal you pandang I macam tu?" Tanya Falliq segan. "Rasa menyesal putuskan hubungan kita dulu" Kata Maria perlahan

"You dah janji kan jangan sebut pasal hubungan kita dulu? We're still friend right?" Kata Falliq.

"But I want more than that! I nak you. Jom kita fix relay kita? You still single sebab tunggu I kan?" Tanya Maria dengan senyuman melebar

"No. I taknak ada hubungan dengan siapa siapa. If I said we just a friend, so please. Past is past. Tolong jangan nak melebihi batas you sebagai kawan" Kata Falliq tegas.

"But sayang, I know you still love me right?" Tanya Maria berharap. "No. My heart belong to someone else, dan I nak ingatkan you sekali lagi. Jangan cabar I. You ingat I layan you ni, you fikir I suka you lagi lah? Oh please, Maria you cantik lah. Go find another man, not me" Kata Falliq

"But I want you sayang.." Rayu Maria dengan suara manja. Ingat Falliq boleh tergoda lah tu? "Can you respect my decision? Sekali lagi you sebut pasal benda ni, I tak teragak agak buat kita lost contact macam dulu. Stop lah dengan behavior mengada ngada you tu" Kata Falliq memberi amaran.

Falliq yang menyampah dengan sikap Maria terus bangun dari duduknya dah berura ura pergi. Namun terasa tangannya ditahan

"Sayang! I'm sorry.. please dinner dengan I? I janji I tak sebut pasal benda ni" Kata Maria. Falliq menghela nafas berat. Dia kembali duduk

"Stop calling me sayang. Call me Falliq" Arah Falliq dingin. Maria hanya mengangguk

Sewaktu makan, yang lebih bercakap hanya Maria, Falliq seperti acuh tak acuh je menjawab.

"Bye sa- Falliq! Nanti jumpa lagi tau" Jerit Maria setelah Falliq masuk kedalam keretanya

Sangkanya balik pukul 11, sekarang baru pukul 10. Falliq terus ke drive-thru mcd.

Sesampainya dirumah, Falliq terus naik keatas dan singgah kebilik Farha.

"Aik awalnya awak balik?" Kata Farha pelik. " Tak payah banyak tanya, nah ambik ni." Kata Falliq senada.

Mukanya nampak serabut. Hati rasa macam nak tanya, tapi takut pulak.

"Aw-awak okay tak?" Tanya Farha spontan. Dia pun tak perasan mana dapat keberanian.

"Hm, aku penat sikit.. Tengok muka kau hilang sikit penat aku" Kata Falliq jujur. Matanya nampak kuyu

Farha yang terkedu dengan jawapan Falliq. Terus berdehem. "Kalau awak tak sihat, awak ambik cuti lah.. Pergi rest betul betul. Nak ape ape call saya" Kata Farha ikhlas.

Falliq mengangguk perlahan dan menutup pintu bilik Farha.

Keesokan harinya, Farha memasak sarapan seperti biasa. Tapi yang peliknya hari ni, Falliq tak turun lagi. Selalunya dialah yang turun awal

Rasa risau yang mendadak, dia terus menerjah pintu bilik Falliq. Sekujur tubuh berselubung didalam selimut tebal.

Farha menyelak selimut itu, muka Falliq pucat. Pantas tangan melekap didahi Falliq. Panas!

Farha menepuk nepuk tubuh Falliq. "Falliq bangun.. awak demam ni" Kejut Farha. Sedikit sahaja mata Falliq terbuka

"Hm" Balas Falliq lemah. "Kejap saya basahkan tuala" Kata Farha.

Sepatutnya kelas pagi ni kelas Falliq. Tengok macamni sah la kelas cancel. Farha mengambil phone Falliq lalu dibuka chat group kelas

-Maaf semua harini kelas cancel. Saya mc

Terus ditutup phone tadi. Setelah itu dia turun dan memasak bubur. Campak campak je dah siap.

"Awak, ni saya masak bubur ni.." Kejut Farha lembut. Falliq menggeleng lemah. "Awak, awak kena makan.. nanti badan awal lagi lemah kalau awak tak makan." Nasihat Farha

Falliq terpaksa terus membuka mata. Farha membantu Falliq bangun. "Nak saya suapkan ke?" Tanya Farha.

Falliq mengangguk lemah. Sepanjang Farha menyuap Falliq makan, mata Falliq tak lepas dari memandang Farha.

Farha mengelap sedikit tubuh Falliq. Rasa malunya ditepis, ni darurat. Selesai mengelap, Farha bangun dari duduknya namun ditahan oleh Falliq

"Nak pergi mana?" Tanya Falliq lemah. "Saya nak pegi tukar air ni lah"  Kata Farha. Falliq menggeleng

"Stay with me please" Rayu Falliq dengan mata yang kian layu. "Iyelah.." Balas Farha pasrah.

Tangan Falliq tak lepas mengenggam jari jemari Farha. "Baring sebelah aku" Arah Falliq sambil menepuk ruang disebelahnya.

Dengan teragak agak Farha baring disitu. Tak disangka sangka, Falliq menarik Farha kedalam pelukannya

Farha yang kian mengantuk turut terlelap didalam pelukan sang suami. Sedar sedar dah pukul 12

"Allahurabbi, awak saya dah lambat ni.. pukul 1 saya ada kelas.." Pujuk Farha.

"Hm? Kau pergi lah dulu. Tapi kau nak naik ape?" Tanya Falliq. "Saya dah mintak tolong kat Pijah ambil saya.. Lagipun rumah dia dekat je dengan sini" Balas Farha. Falliq mengangguk

"Habis kelas terus balik. Jangan lama lama, nanti aku rindu" Kata Falliq.

That's all for today! today ke waktu sekarang ni? Entah la tapi tengok mood nak publish ke tanak HASHAHAH okay lah, bye

outfit simple by Farha

ib: Pinterest

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now