13

695 25 0
                                    

"Who is this?" Tanya Maria.

"Cousin I.." Balas Falliq tenang. Farha terkedu dia kata Farha tu cousin dia?!

'Takpe lah, dia mesti nak cover depan awek dia' Getus hati Farha. "Cantik nya cousin you! Korang buat ape kat sini?" Tanya Maria.

"Ouh, saja bawak dia keluar sebab esok dia nak balik rumah dia dah" Balas Falliq lagi. Ha yelah tipu lagi

"Ohh, I kacau la ni?" Tanya Maria teragak agak. "Eh no lahh, kalau you nak join kitorang pun boleh juga" Pelawa Falliq.

Menggeletis terus perempuan tu. "Yeay, nakk!" Riang Maria berkata lalu mengepit tangannya dilengan Falliq

Farha hanya mendiamkan diri walaupun hatinya sakit. Lagi sakit dia biarkan je perempuan tak cukup kain ni sentuh dia

"Ehm" Farha berdehem sebentar. Pendangan mereka berubah ke Farha.

"Ohh, ha ni ambik kad aku ni. Beli ape yang penting. Aku ada kat area sini" Kata Falliq dengan riak muka yang ceria.

Farha tidak membantah dan terus pergi. Semasa dia mencari cari barang, tiba tiba dia terasa ada orang mengekorinya

Rupanya, Khaisar. Bala dah datang! Macam mana kalau dia nampak tadi?!

"Hai sayang" Sapa Khaisar dengan senyuman manis. Farha tidak melayan dan terus pergi dari tempat itu. Dahlah tempat tu macam sunyi je

"Nak lari mana ni sayang? Laju laju bukannya ada orang nak culik you pun" Tambah Khaisar lagi lalu merentap tangan Farha dari menolak troli

"Ish jangan sentuh lah!" Bentak Farha. "Wow, no need to jerit sayang. I nak ajak you minum sekejap je.. Kita bincang pasal kita" Kata Khaisar

"No, better kau blah sebelum aku jerit kat sini" Ugut Farha. Hatinya dah berdegup pantas. Bukan sebab cinta, tapi takut!

"Jerit lah, takde sape kat sini." Cabar Khaisar dengan senyuman sinis. Tanpa berkata apa apa, Farha membuka langkah seribu sekali lagi

Nasib Khaisar tu tak kejar. Farha berhenti di tempat yang ramai orang sedikit. Farha terus memegang dadanya. Terasa sesak.

"Oi" Panggil Falliq. Farha menoleh dengan wajah ketakutan.

"H-hah?" Tanya Farha tergagap. Rasa takut masih menyelubungi didalam diri. Teringat kisah silam hitamnya dulu

"Mana barang nya?" Tanya Falliq dingin. "A-ada kat bahagian perkakas dapur.. A-awak pergi ambil boleh? Sa-saya nak ambil barang perempuan kejap" Kata Farha memberi alasan.

Tanpa berkata, Falliq bergerak. Farha rasa nak menangis sekarang. Dia takut

Selesai membayar, mereka terus pulang kerumah

Farha cuba mengangkat barang, namun dihalang oleh Falliq

"Tak payah angkat. Aku angkat, kau pegi naik bilik. Macam tak sihat je kau, pucat semacam je" Kata Falliq senada.

Farha terus naik kebilik tanpa berkata apa apa. Dia hanya memerlukan rehat

Farha membuka tudung lalu membaringkan diri diatas katil miliknya. Dia cuba melelapkan mata, namun setiap kali dia menutup mata, dia terbayang muka Khaisar yang cuba memperkosanya ketika dahulu

Air matanya turun bercurah curah. "Jangan ganggu aku.." Kata Farha lemah. 'Bodohnya aku percaya kau dulu, Khaisar..'

Farha memeluk lututnya lalu menyebamkan muka dicelah lutut. Dia menangis sepuas hatinya.

Keesokan harinya, Farha tidak lupa memasak makan pagi. Selesai masak,dia terus mandi dan bersiap kekuliah.

Matanya bengkak sedikit akibat menangis teruk semalam.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now