22

703 29 1
                                    

Selesai menyiapkan assignmentnya, Farha terus mengambil wudhu untuk solat sunat hajat.

Farha tertidur diatas sejadah setelah menangis ketika mengadu masalahnya pada Dia.

Pada hari esoknya berjalan seperti biasa, bangun pagi buat sarapan. Namun pada hari itu Farha mendiamkan diri.

"Kau tunggu dalam bilik aku habis kelas. Jangan pergi sorang sorang ke hospital. Kuatkan semangat kau, I'll try my best to protect you. Ingat Allah ada dengan kau, kalau kau tahu benda tu tak betul, sabar. Pasti ada hikmah semua ni" Nasihat Falliq.

"Okay" Hanya itu balasan Farha. Rasa nak menangis balik bila dengar nasihat tu. Macamtulah sikapnya, tak boleh dengar orang yang prihatin terhadapnya, pasti rasa nak menangis. Terharu.

Rasa gementar, resah muncul. Farha mengenggam totebag nya bagi menguatkan semangatnya.

Tidak berani untuk melihat terus ke muka manusia disitu, Farha hanya berjalan tunduk sampai ke kelas.

Alhamdulillah tiada siapa yang menegurnya.

"Betina, kau berani lagi eh tunjuk muka kat sini? Tak malu ke, dah buat zina lepastu show off muka kat sini lagi. Dasar sundal" Kutuk Mia. Rasa nak lempang je mulut longkan minah karat ni

"Apesal aku nak kena lari kalau aku tak buat benda tu? Why should i?" Balas Farha menyampah. Ingat dia tak berani nak balas ke?

"Dahla tak payah nak acah macam kau dianaiya la, jujur jela. Tak payah jadi hipokrit sangat. Jijik" Balas Mia dengan riak jijiknya. Lagi jijik tengok muka tepung dia tu

"Bukti dah ada, tu pun nak defend diri lagi ke? Heh tak sedar diri langsung. Memalukan course ni je, better kau berhenti belajar kut. Daripada kena kecam kat sini" Tiba-tiba Sufiyyah menyampuk

Malas nak melayan, nanti jadi gaduh pulak. I'm not that type of person. Farha terus ketempat duduknya

Mereka hanya mengelakkan Farha kerana dianggap Farha pengecut. Farha menunggu ketibaan sahabatnya.

Dia tak sanggup nak lawan semua seorang diri.

"Far!" Panggil satu suara. Farha menoleh. Pijah! Alhamdulillah perempuan ni datang

Farha hanya membalas dengan senyuman. "Sorry lambat, aku bangun lewat sikit hari ni." Kata Pijah.

"Sokay, as long kau ada kat sini aku bersyukur dah." Balas Farha lembut. "So.. how?" Tanya Pijah.

"Setakat ni dalam kelas jela kena nganjing, maybe rumor ni tak sampai lagi ke orang luar. Kalau sampai, i swear aku tak datang dah weh" Kata Farha senada.

"Ada certain people tanya aku pasal rumor tu, aku ingat diorang macam minah karat tu jugak" Kata Pijah. "Alhamdulillah la, aku tak pandang orang pun tadi, jalan je sampai kelas. Syukur lah kalau diorang bersikap profesional." Kata Farha

Madam Halina menjejakkan kakinya kedalam kelas.

Semasa Madam Halini mengajar, dia tidak lepas bertentangan mata dengan Farha. Farha berasa tidak selesa dengan pandangan itu. Seperti pandangan judge.

"Before we end our class, I want all of you score this subject and please don't make any issues. To the someone yang kantoi buat 'benda' tu, bawak bawak lah bertaubat ye. Takut tak dapat score masa test nanti." Kata Madam Halina sinis. Matanya memandang tepat kemuka Farha.

Farha terkedu dengan kata kata Madam itu. Tak sangka Madam sanggup percaya benda tu, walaupun dia rapat dengan Madam. Rasa dikhianati sikit.

Tidak bercakap apa apa lagi, Madam Halini terus keluar dari kelas. "See? Madam pun dah tahu, so kau masih nak teruskan disini ke?" Kata Mia sambil mengibas rambut karatnya

"Cuba kau hadam muka aku ni. Nampak muka aku kisah tak?" Balas Farha menyampah. "Ew, tak nak aku tengok muka burik kau tu" Kata Mia sinis. Kedengaran pelajar pelajar disitu mentertawakannya

Baru nak membalas, tiba tiba ada pelajar junior memanggilnya.

"Sir Falliq suruh jumpa dalam bilik" Kata pelajar itu. "Okay, thanks" Balas Farha ringkas. Malas nak memandang muka perempuan karat itu lagi, Farha terus menarik totebag bersama laptopnya.

"Kak, hati hati jangan goda Sir pulak!" Jerit pelajar itu. Terhenti langkah Farha. Wow biadap sungguh.

Farha terus membuka langkah semula tanpa menoleh lagi. Hafizah menawarkan diri untuk menemani Farha, namun ditolaknya dengan baik.

Sesampainya dibilik Falliq, Farha terus mengetuk dan tidak menunggu balasan Farha membukanya.

Dua pasang mata menoleh kearahnya. Madam Halina. Oh shit, asal aku tak tunggu dulu!!!!

"Where's your manner, kid?" Tanya Madam Halina dengan pandangan atas bawah.

"Ehm, I'-I'm sorry.." Kata Farha malu. "It's okay.. I yang suruh dia datang tadi." Kata Falliq. "I see.. So continue lah apa yang korang nak bincangkan, I go first" Pamit Madam Halina.

Setelah Madam keluar Farha terus duduk diatas kerusi depan meja Falliq.

"Kenapa nak jumpa?" Tanya Farha senada. "Aku tak masuk kelas hari ni, so ni kerja untuk harini. Suruh semua orang prepare untuk presentation sekali lagi. Make sure prepare betul betul. Tak nak ada yang kelam lah, group tak cukup lah. Kalau ada, aku cut marks. Aku send kat group sample dia nanti, so you can use it sebagai rujukan." Kata Falliq.

Farha hanya mengangguk. "Anything else?" Tanya Farha. "No. But stay jap." Kata Falliq lalu membuka laci mejanya. bekas polistrin dihulur.

"Nah, makan. Aku tahu kau tak makan sebab ramai kat cafe tu. Duduk, makan." Arah Falliq lembut. Polistrin bertukar tangan, Farha duduk kembali.

Air milo dihulurkan kepada Farha. Dia tahu Farha suka air milo walaupun Farha tak pernah bagi tahu.

"Thanks" Kata Farha singkat. Farha tidak selesa ditenung Falliq ketika dia menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

Terus terhenti suapannya. "Why stop?" Tanya Falliq. "Don't stare at me lah, tak selesa" Kata Farha. Falliq tergelak kecil

"Ala nak tengok bini makan je, bukan aku nak makan kau pun" Kata Falliq berserta gurauan. "Tak selesa lah awak" Tegah Farha dengan muka masamnya.

"Comel" Perlahan sahaja perkataan tu keluar dari mulut Falliq. "Hah?" Tanya Farha, perlahan sangat tak dengar.

"Nothing, makan lah. Aku tak pandang" Kata Falliq. Kalau dia dengar, jatuh saham aku.

that's all from me for today, maaf lambat update. Takde mood hehe. Enjoy, byee


outfit farha

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now