6

759 28 1
                                    

"Engkau? Kau nak belasah aku ? Tangan pun kecik ada hati nak belasah aku ."

"Eh Sir tak boleh pandang rendah ea kat perempuan macam saya ni . Saya pandai silat lah!" Kata Farha geram .

"Tak tanya pun" Balas Falliq ringkas . Lagi naik api dalam hati farha bila dibalas begitu sahaja . Malas nak melayan Farha terus keluar dari kedai emas tersebut .

Setelah membayar cincin tersebut , Falliq keluar namun kelibat Farha tiada disitu . Falliq sedikit gelisah .

"Aduh budak ni .. mana pulak dia pegi ni ?" Getus hati Falliq risau . Risau bukan sebab sayang , tapi itu anak orang . Kalau hilang macam mana nak jawab kat family dia

Setelah berkeliaran mencari Farha akhirnya dia teringat , Farha mengidam Llao llao . Dia terus memandu kereta ke liao liao berdekatan .

Dan memang sah Farha disitu sedang menikmati llao llao . "Woi budak!" Kejut Falliq . Terhenjut bahu Farha kerana terkejut .

"Eh kau ni menyusahkan hidup aku betullah . Penat aku cari kau merata tempat . Kesini kau pergi ?!" Marah Falliq . Tapi kali ni nampak macam betul betul serious .

"Saya tak suruh pun sir cari" Balas Farha bersahaja . "Tak payah nak naikkan api kemarahan aku lagi . Jom balik cepat" Paksa Falliq .

"Ish ! Taknak ! Saya nak makan ice cream ni kejap lah !" Bantah Farha . "Ikut aku atau aku tinggal kau kat sini?" Ugut Falliq .

"Tinggal je lah . Saya boleh naik teksi" Balas Farha berani . "Okay fine ." Kata Falliq dan berlalu pergi . Farha memandang pemergian Falliq yang laju membawa kereta nya .

"Aduh !!! Bodohnya kau Farhatull ! Macam mana nak balik ?! Dahla susah nak cari teksi kat sini . Mati lah kau" Jerit Farha . Dia tidak menyangka Falliq akan meninggalkannya . Ingat main main

Farha masih menunggu teksi setelah 2 jam . Mukanya gelisah seperti mahu menangis . Telefon pulak habis batery .

Falliq sebersalah meninggalkan Farha , dia terus berpatah balik mengambil Farha . 'Haih kenapa lah aku tak dapat tahan baran aku ni' Getus hati Falliq .

Mata Falliq menangkap susuk tubuh Farha yang duduk mencangkung seperti gelandangan itu . Rasa kesian terbit didalam hatinya .

Pip ! Pip !

Farha terkejut mendengar bunyi hon itu lalu mengangkat wajahnya . Kereta Falliq .

Falliq membuka cermin tingkapnya . "Masuk cepat" Arah Falliq dingin . Tanpa membantah , Farha masuk kedalam kereta Falliq .

Dia hanya mendiamkan diri . "Lain kali jangan bagi aku naik angin" Kata Falliq senada . Farha tetap mendiamkan diri sampai lah kerumahnya

Tanpa berkata apa apa , Farha keluar dari kereta .

"Far ? Kenapa monyok ni?" Tanya Puan Fazilah . Farha menggeleng sambil kakinnya pantas menaiki tangga .

"Huaaa!!!" Farha melepaskan tangisnya yang ditahan sejak tadi . Dia terlalu takut . Tangannya dari tadi menggeletar .

Farha mandi setelah menenangkan diri . Terus hilang moodnya untuk menyiapkan assignment Sir Falliq .

Keesokan harinya ..

Farha melihat mukanya dicermin , matanya bengkak . "Haih ini lah yang aku benci kalau menangis . Baru nangis sikit , bengkak macam 5 jam menangis " Rungut Farha .

Farha menuruni tangga untuk bersarapan . Tiba tiba dia terdengar suara seperti orang ramai tengah bergurau didapur . Farha terus naik keatas semula dan memakai tudung .

"Eh Far ! meh sini duduk makan . Aunty Farah ada disini dengan familynya" Pelawa Puan Fazilah.

'Aduh dahlah mata aku bengkak ! Macam mana nak jawab nanti' Getus hati Farha . Dia hanya menundukkan kepalanya selepas menyalam Puan Farah

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now